Anwar Ibrahim@anwaribrahim
Konflik di Asia Barat yang berlarutan kini mula memberi kesan nyata kepada rantaian bekalan global, khususnya tenaga. Walaupun Malaysia masih bertahan berbanding negara lain, hakikatnya kita sedang berdepan satu fasa baharu yang amat mencabar.
Situasi ketika ini bukan lagi keadaan seperti biasa. It is no longer business as usual.
Kerajaan telah bertindak awal untuk memastikan bekalan tenaga terjamin, ekonomi kekal stabil, dan kebajikan rakyat terus dilindungi. Antara langkah yang dilaksanakan:
🧭 Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersidang lebih kerap dengan penglibatan wakil industri, nelayan, petani dan sektor berkaitan bagi merangka tindakan susulan
💰 Pembatalan rumah terbuka Aidilfitri peringkat Persekutuan sebagai langkah penjimatan
⛽️ Penyelarasan kuota BUDI95 kepada 200 liter sebulan sebagai langkah sementara
🚫 Penguatkuasaan had pengisian diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan
💻 Pelaksanaan dasar Bekerja dari Rumah (BDR) bermula 15 April bagi mengurangkan penggunaan bahan api
Dalam masa yang sama, Kerajaan telah bertindak menampan impak krisis tenaga global menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat, dengan perbelanjaan mencecah RM4 bilion setakat ini. Hasilnya, rakyat terus menikmati harga RON95 pada RM1.99 seliter, manakala sektor perniagaan, nelayan dan golongan yang layak terus menerima subsidi diesel.
Usaha juga sedang dipergiat untuk mempelbagaikan sumber bekalan tenaga negara bagi menjamin kesinambungan bekalan dalam jangka panjang.
Namun di saat negara berhempas pulas berdepan krisis, ada pihak yang menyebarkan berita palsu untuk mencetuskan kekeliruan, semata-mata meraih keuntungan politik murahan dan kelangsungan politik sempit. Tindakan ini adalah pengkhianatan kepada negara.
Dalam saat mencabar ini, negara memerlukan kebijaksanaan, disiplin dan rasa tanggungjawab bersama. Insya-Allah, usaha berterusan ini akan memastikan kestabilan ekonomi, jaminan bekalan tenaga dan kebajikan rakyat terus terpelihara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI