
zaini sakmis
621 posts







Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan rasa prihatin terhadap keadilan undang-undang Persekutuan yang tidak berpihak kepada negeri Pahang. Baginda bertitah, Pahang adalah antara empat negeri terawal membentuk negeri-negeri Melayu Bersekutu. "Hasil negeri-negeri Bersekutu itu disatukan sebelum dikembalikan kepada negeri-negeri itu dan negeri-negeri Bersekutu ini jugalah menjadi asas kepada pembentukan Malaysia. "Saya begitu kecewa apabila Kerajaan Pusat tidak meluluskan usaha kerajaan Pahang untuk menambahkan hasil negeri seperti eksport pasir sungai." Berita penuh: malaysiakini.com/news/774631










Seorang wanita dilaporkan ditahan dan sedang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, dipercayai susulan kenyataannya yang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam satu video di TikTok. Hantaran tular di media sosial turut mendakwa wanita berkenaan — yang menggunakan nama Jorjet Myla — direman selama tiga hari. Turut dilaporkan bahawa dia tidak diwakili peguam ketika proses reman dijalankan. Setakat ini, polis belum memberikan maklum balas terhadap pertanyaan Malaysiakini sejak pagi tadi bagi mengesahkan penahanan serta butiran lanjut berkaitan kes tersebut. Akaun TikTok milik Myla juga tidak lagi dapat diakses namun salinan video yang didakwa menjadi punca siasatan itu terus tersebar meluas. Berita penuh: malaysiakini.com/news/772633






Dah hilang ke, orang ni?
















