


Shiroroll だよ 🌸🤍 ONI VTUBER 😈 APT Cover OUT NOW
4.8K posts

@ShirorollYT
🌸 CEO of Yap, Vtuber, Vocalist, rapper & lyricist! 🤍 🤍 Mama @nagarehoshi22, @XomuEDM; Papa @Hg_Curry 🤍 🌸Stream Fri & Sat 8PM JST 🌸 🎨 #DrawRoro 🎨



















LENSA MG | Bukit Bintang ‘Runway’ Budak GEN-Z Fenomena fesyen dalam kalangan anak muda Gen Z semakin mendapat perhatian, terutama di Kuala Lumpur. Generasi ini tampil dengan gaya yang berani hasil gabungan elemen tradisional, vintaj dan fesyen jalanan moden. Bagi mereka, jalanan Bukit Bintang bukan lagi sekadar tempat lepak atau swafoto, tapi menjadi ‘runway’ terbuka untuk mengekspresikan diri melalui penampilan. Fesyen hari ini bukan lagi tentang jenama semata-mata, sebaliknya menjadi cermin kepada identiti, cara berfikir dan keyakinan untuk tampil lain daripada yang lain. Gaya oversized, padanan berlapis, aksesori unik dan warna-warna kontra kini menjadi pilihan utama anak muda kota. “Sejujurnya pemakaian saya ni mencerminkan diri saya, yang sentiasa ceria. Warna warni, sarat dengan aksesori. Ia seperti lantunan ekspresi saya kepada orang ramai. Saya mahu menceria kan sesiapa yang nampak saya,” Akmal Sharudin. Melalui fesyen, mereka bukan sahaja menonjolkan kreativiti, tetapi turut mencipta budaya baru yang lebih terbuka, berani dan ekspresif. Bukit Bintang terus menjadi lokasi ikonik yang menyaksikan perubahan fesyen anak muda. Ia kini bukan hanya kawasan beli-belah, tetapi ‘pentas gaya’ yang mencerminkan denyut nadi generasi masa kini. Foto: Mohd Adzlan #malaysiagazette #lensaMG #bukitbintangrunway #fesyenGenZ



















