

Tok Perak
20.7K posts

@TokPerak8
Seorang yang mahu melawan kejahatan




Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda perairan wilayah Aceh pada pagi Khamis, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, lapor Xinhua. Gempa berlaku pada 11.56 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 62 kilometer (km) barat laut bandar Sinabang di pesisir timur Pulau Simeulue. BMKG berkata gempa berpusat pada kedalaman 10 km namun tidak berpotensi mencetuskan tsunami. Berita penuh👇 malaysiakini.com/news/761907










Datuk Ewon Benedick mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet Persekutuan atas dasar prinsip dan pendirian berkaitan pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan. Beliau yang memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti penghakiman bertulis oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Celestina Stuel Galid, berhubung Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLS). Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com #AWANInews



