Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾

69.1K posts

Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 banner
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾

Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾

@ZulAzharCha

Anti-Illegal Immigrants Activist. Former President for Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia - 1Agenda

Kuala Lumpur Katılım Haziran 2011
5.2K Takip Edilen7.5K Takipçiler
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Lima, Peru | 15 Ogos 2024 | Khamis Mengadakan mesyuarat dua hala dengan Singapura, Vietnam, Brunei Darussalam dan Jepun di Pusat Konvensyen Lima (LCC) di sini hari ni, iaitu di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) (14th APEC EMM). Pelbagai perkara melibatkan hubungan kerjasama dua hala telah dibincangkan dalam pertemuan dengan Menteri Kanan Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) dan Kementerian Budaya, Komuniti dan Belia Singapura, Low Yen Ling ; Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Vietnam, Nguyen Hoang Long ; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Brunei Darussalam, Pehin Halbi dan Naib Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Nobuhiro Yoshida. Perbincangan merangkumi pelbagai bidang di bawah sektor tenaga seperti pembangunan hidrogen bagi penjanaan tenaga, pembangunan rangkaian Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), pembangunan kapasiti dan keupayaan dalam bidang tenaga nuklear, potensi dan kerjasama dalam memperkukuh dan memperluaskan infrastruktur sambungtara elektrik bagi menyokong inisiatif ASEAN Power Grid. Pertemuan berkenaan turut membincangkan mengenai peluang kerjasama dalam pembangunan persijilan halal oleh Vietnam, pembangunan kapasiti dan pelaburan SME oleh Singapura dan penganjuran Mesyuarat Peringkat Menteri ke-3 Asia Zero Emission Community (AZEC) oleh Malaysia pada tahun 2025. Turut mengalu-alukan kehadiran Menteri-Menteri berkenaan ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN dan merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan yang diberikan bagi kepengerusian ASEAN - Malaysia pada tahun 2025. #TPMFY #PETRA #bilateral #EMM #APECPeru2024
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
9
26
650
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Onn Hafiz Ghazi
Onn Hafiz Ghazi@onnhafiz·
Syukur Alhamdulillah, saya teruja dapat menghadiri Forum Invest Johor 2024: The Next Growth Epicentre yang diadakan dengan kerjasama RHB di Marina Hotel, Forest City. Forum ini menghimpunkan para pemegang taruh, pemimpin perniagaan, dan pelabur berpotensi untuk melabur serta mengembangkan perniagaan di Johor. Matlamat utama program ini adalah untuk memfasilitasi perbincangan dan kerjasama yang boleh merangsang peluang pelaburan dan pertumbuhan ekonomi di kawasan yang berpotensi untuk dimajukan. Dalam forum ini, saya berkesempatan membentangkan hala tuju pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor - Singapore (JS-SEZ). Saya berkongsi mengenai visi, aspirasi, garis masa, inisiatif, perkembangan, dan faktor-faktor kejayaan utama dalam perlaksanaan pembangunan JS-SEZ. Antara perkara yang ditekankan adalah sektor ekonomi utama inisiatif ini termasuklah ekonomi digital, tenaga, kewangan, perniagaan, logistik, perkilangan, kesihatan, pelancongan, pendidikan, dan sekuriti makanan. Usaha penting untuk mempertingkatkan kesalinghubungan dan infrastruktur kewangan turut digariskan, termasuk pembinaan RTS, kelonggaran Kod QR (Immigration Clearance), penubuhan Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC-Johor), Zon Kewangan Khas (SFZ), Johor Talent Development Council (JTDC), Tech Medini, dan Global Business Service (GBS). Insya-Allah, dengan kerjasama antara semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Singapura, para pelabur, institusi kewangan, dan agensi-agensi kerajaan, kita dapat merealisasikan inisiatif dan usaha pembangunan JS-SEZ, sekaligus mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura. Semoga segala inisiatif ini dapat direalisasikan, sekaligus hasrat bagi menjadikan Johor sebagai sebuah negeri maju dapat dicapai dengan jayanya. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Onn Hafiz Ghazi tweet mediaOnn Hafiz Ghazi tweet mediaOnn Hafiz Ghazi tweet mediaOnn Hafiz Ghazi tweet media
Indonesia
2
5
36
922
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani@joharighani·
Saya lihat banyak reaksi positif oleh peneroka dan penduduk Nenggiri kepada Calon BN, Sdra. Azmawi Fikri.
Indonesia
8
24
204
6.3K
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi@DrZahidHamidi·
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 Seterusnya, saya ke Kg. Kala Star, Gua Musang untuk merasmikan Hari Terbuka RISDA Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024. Program ini merupakan manifestasi komitmen Kerajaan Perpaduan melalui RISDA dalam memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup pekebun kecil getah, khususnya di negeri Kelantan. Sebagai Menteri di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, saya amat berbangga dengan pelaksanaan program-program di bawah RISDA yang bukan sahaja memberikan bantuan berbentuk kewangan, tetapi juga menyediakan latihan dan sokongan teknikal yang diperlukan oleh pekebun kecil. Ini termasuk peruntukan besar yang diumumkan bagi membantu mereka mengatasi cabaran ekonomi semasa, terutama dalam keadaan harga getah yang tidak menentu pada masa kini. Inisiatif ini juga seiring dengan hasrat kita untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar dan memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Dalam kesempatan yang ada, saya juga turut menyeru kepada semua warga DUN Nenggiri agar terus memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional dalam PRK pada hari Sabtu ini. Kehadiran kita di sini hari ini adalah bukti nyata bahawa Kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib rakyat, terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar. Jangan sia-siakan peluang ini, pilihlah calon No.2 Barisan Nasional, Awie - yang pastinya mampu untuk membawa pembangunan dan kesejahteraan yang berterusan! Insya-Allah. #RISDA #N43Nenggiri #PRKNenggiri
Ahmad Zahid Hamidi tweet mediaAhmad Zahid Hamidi tweet mediaAhmad Zahid Hamidi tweet mediaAhmad Zahid Hamidi tweet media
Indonesia
1
6
46
1.4K
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Alhamdulillah pagi ini tadi berkesempatan Subuh berjemaah di Mezquita de Magdalena del mar, satu-satunya masjid yang terdapat di Lima, Peru. Turut merakam gambar kenang-kenangan bersama beberapa jemaah dari Mesir, Pakistan, Peru dan rakyat Malaysia di Lima di hadapan masjid berkenaan.
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
1
15
45
1.1K
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
GJPBS yang mempunyai keahlian daripada 48 firma perunding bumiputera yang meliputi disiplin Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan dalam memperkasakan Agenda Ekonomi Bumiputera di dalam perkhidmatan jurutera perunding di negeri Sarawak.
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
9
14
447
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Menerima kunjungan hormat Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) di pejabat saya Menara PETRA, hari ini. Kunjungan ini adalah bagi memperkenalkan ahli Jawatankuasa GJPBS yang baharu untuk sesi 2024/2027 serta menjalinkan hubungan lebih erat dengan kerajaan. GJPBS diwakili Penasihat, Ir. Talha Bin Affendi; Pengerusi, Ir. Irwan Zulkarnain Bin Hasbie; Timbalan Pengerusi, Ts. Campbell Apau; Setiausaha Kehormat, Ir. Ts. Noorazan Bin Morshidi dan Bendahari, Ir. Ts. Zamhuri Bin Drahman. Ahli-Ahli Jawatankuasa yang hadir pula, Ir. Haidel Bin Heli; Ir. Ts. Abang Asri Bin Ariffin; Ir. Felicia Michael; Ts. Syauqi Aqwa; Ir. Syed Muhammad Zabeed Bin Syed Zakaria dan Kasim Gani. #TPMFY #PETRA #MalaysiaMADANI #KerajaanPerpaduan
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
1
11
35
1K
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi@DrZahidHamidi·
𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐊𝐨𝐫𝐢𝐝𝐨𝐫 𝐔𝐭𝐚𝐫𝐚 (𝐍𝐂𝐄𝐑) 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐆𝐮𝐧𝐚 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Petang ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Pelan Guna Tanah Daerah Bagan Datuk yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) JPM, Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Ketua Pengarah MARA dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA). Antara yang dibincangkan ialah mengenai beberapa game changer yang akan dilakukan. Kerana itu, NCER melalui NCIA dan agensi yang berkaitan berperanan dalam merekayasa agenda pembangunan bagi Daerah Bagan Datuk. Pada sesi petang ini saya juga telah menerima dua kertas pembentangan iaitu Pelan Tindakan Pembangunan Perindustrian termasuk pembangunan Taman Industri Perikanan Bersepadu selain tumpuan sedia ada seperti sektor pertanian. Selain itu saya juga menerima pembentangan mengenai Bandar Baharu Bagan Datuk sebagai sebuah bandar terancang yang dilihat mampu untuk mengubah landskap Bagan Datuk yang dilengkapi dengan pusat pentadbiran, perumahan, kemudahan awam, komersil dan rekreasi. Berdasarkan beberapa syor dan usaha menerusi taskforce yang telah diwujudkan saya meletakkan keyakinan hasrat Bagan Datuk membangun 2030 akan dapat direalisasikan bersadarkan jeda waktu yang telah ditetapkan dan mengambil kira isu-isu yang wujud. #BaganDatuk
Ahmad Zahid Hamidi tweet mediaAhmad Zahid Hamidi tweet mediaAhmad Zahid Hamidi tweet media
Indonesia
1
11
48
2K
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Mengenai Sumber dan Bekalan Air Negeri Johor di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran. Hadir sama, YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, YB Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh serta Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Hj Mad Zaidi Mohd Karli. #TPMFY #PETRA #MalaysiaMADANI #KerajaanPerpaduan
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
13
36
894
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Alhamdulillah, aritok tek sempat meluangkan masa bersama ahli-ahli Parlimen GPS di Parlimen sewaktu sesi rakaman ucapan “Hari Sarawak” bersama TVS. Rindok ati dapat berkumpul kamek orang semua walaupun dalam kesibukan masing-masing. Terima kasih juak kepada TVS kerana sudi meluangkan masa bersama kamek orang semua di Parlimen. #TPMFY #SarawakMajuMakmur
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
22
75
1.8K
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Merafak sembah dan menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di atas limpah perkenan berangkat mencemar duli Solat Jumaat di Masjid Negara. Majlis turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. Daulat Tuanku Menjunjung Kasih Tuanku #TPMFY #KerajaanPerpaduan #MalaysiaMADANI
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
11
32
2.7K
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi@DrZahidHamidi·
Bukanlah keputusan yang kita inginkan tetapi saya percaya pasukan negara telah mencuba yang terbaik. Insya-Allah kita perbaiki kesilapan dan mara memenangi perlawanan menentang Bahrain nanti. Terima kasih kepada penyokong-penyokong Malaysia di Qatar, di Bukit Jalil dan di mana sahaja di seluruh dunia yang setia menyokong pasukan Harimau Malaya. Semoga kemenangan memihak kepada kita di perlawanan seterusnya. #HarimauMalaya #AsianCup2023 #DemiMalaysia
Ahmad Zahid Hamidi tweet media
Indonesia
8
13
119
4K
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi@DrZahidHamidi·
Saya bangga melihat semangat dan kecekalan yang ditunjukkan oleh Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO Malaysia serta para sukarelawan yang telah turun padang menyantuni dan membantu mangsa-mangsa banjir di Negeri Johor dalam Misi Sukarelawan Pasca Banjir 2024. Selain membekalkan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir, mereka juga turut bersemangat untuk bersama-sama mencuci kawasan yang dilanda banjir dan bersama-sama membersihkan kediaman yang terjejas. Sebelum ini saya telah melihat usaha yang sama mereka lakukan di Negeri Pantai Timur, melalui Misi Sukarelawan Pasca Banjir 2024 kali ini diharapkan ianya sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa yang terlibat banjir di Johor. Sikap kepedulian dan kasih-sayang sebegini merupakan suatu nilai yang sentiasa diterapkan di dalam UMNO di semua peringkat. Kita juga percaya, bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah perlu diberikan keutamaan melangkaui kepentingan politik bagi mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Semoga Allah SWT pemudahkan urusan mangsa-mangsa banjir yang sedang diuji ketika ini dan semoga misi bantuan yang dilakukan oleh Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO Malaysia serta para sukarelawan berjalan dengan lancar.
Ahmad Zahid Hamidi tweet mediaAhmad Zahid Hamidi tweet mediaAhmad Zahid Hamidi tweet mediaAhmad Zahid Hamidi tweet media
Indonesia
1
16
59
2.3K
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi@DrZahidHamidi·
Rangkuman Majlis Perasmian Program TVET Place & Train UTeM@KPT di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam usaha melahirkan 30,000 tenaga kerja mahir dalam bidang TVET. Saya turut mengumumkan bahawa terdapat 1,000 kuota ditawarkan kepada lepasan jurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang automatif di China. Kerajaan China juga bersetuju membiayai sepenuhnya kos pengajian di negara itu termasuk penginapan dengan tempoh kursus antara tiga bulan hingga setahun. Manakala kos penerbangan pergi dan balik yang sepatutnya ditanggung pelajar pula akan dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Indonesia
2
16
67
2.9K
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Pagi ini, Mesyuarat Kabinet dipengerusikan YAB PM, Dato Seri @anwaribrahim di Bangunan Perdana Putra. Sebelum itu, jemaah menteri menghadiri sesi bergambar bersama, iaitu yang pertama selepas rombakan Kabinet pada 11 Disember 2023. #TPMFY #KerajaanPerpaduan #MalaysiaMADANI
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
4
50
478
7.6K
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani@joharighani·
Saya telah bertemu dengan sahabat saya, YB Datuk Seri @saifnasution, Menteri Dalam Negeri bagi membincangkan soal isu pengurusan pekerja asing bagi sektor perladangan dan komoditi.
Johari Abdul Ghani tweet media
Indonesia
1
22
149
7K
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Azalina Othman Said
Azalina Othman Said@AzalinaOthmanS·
Pagi ini saya bersama-sama Badan Kehakiman dan rakan-rakan pengamal undang-undang di Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024. Kerajaan menerima baik penghargaan yang disampaikan YAA Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat atas sokongan dalam menubuhkan Akademi Kehakiman, dan kekal komited memperkukuh institusi perundangan dan kehakiman.
Azalina Othman Said tweet mediaAzalina Othman Said tweet mediaAzalina Othman Said tweet mediaAzalina Othman Said tweet media
Indonesia
3
17
93
4.3K
Zul Azhar Cha #Kedah #Malaysia 🇲🇾 retweetledi
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi@DrZahidHamidi·
Pada sebelah pagi, saya telah bersama-sama YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara kali pertama bagi tahun ini. Mesyuarat ini bertujuan untuk menilai kemajuan pelaksanaan ke atas keputusan-keputusan yang telah dibuat MTEN pada tahun lalu. MTEN hari ini telah membincangkan mengenai penambahbaikan tata kelola Approved Permit (AP) dan Permit Import (IP) ke arah meningkatkan daya saing negara, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) diarahkan untuk melaksanakan kajian dan penilaian terhadap tata kelola dan pengimportan barangan halal dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) diminta mengkaji isu berkaitan kewujudan kartel dalam isu pengimportan barangan berasaskan makanan. Semoga apa yang dibincangkan pada hari ini akan mencapai matlamat seiring dengan hasrat Kerajaan ini dalam menetapkan hala tuju ekonomi negara, agar kekal kukuh dan berada di landasan yang tepat ke arah mencapai agenda Malaysia MADANI pada tahun 2024.
Ahmad Zahid Hamidi tweet media
Indonesia
11
31
185
7.9K