Pakngah
28.6K posts








𝗕𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡, 𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗨𝗔 𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗥𝗘𝗡𝗧𝗔𝗞, 𝗦𝗔𝗕𝗧𝗨 𝗡𝗜 𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗔𝗨𝗡𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 Sabtu ini, 2 Mei 2026, saya akan berada di Taman Angsana Hilir, Ampang untuk siri Kaunter Bergerak yang seterusnya. Penduduk Pandan sudah biasa dengan tradisi Kaunter Bergerak yang saya mulakan sejak 2013 lagi. Sesiapa sahaja boleh datang dan membuat aduan, permohonan atau apa-apa saja, jangan minta projek saja. Kebelakangan ini, saya sering ditanya apa perasaan saya bila Tengku Zafrul Aziz, yang kini Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri ligat berada di Pandan. Terkini, pasal Tengku Zafrul dan DB letrik terbakar di sebuah pangsapuri di Pandan Indah. Bagi saya, lebih ramai orang membantu rakyat biasa lebih baik. Kalau semua masalah boleh diselesaikan serentak, alhamdulillah. Cuma saya berharap perkara itu berpanjangan, jangan sebab nak dekat pilihanraya, semua berlumba-lumba buat content. Jangan jadi macam Kuala Selangor dahulu. Nak dekat pilihanraya umum, Menteri Kewangan Tengku Zafrul umum Kuala Selangor jadi parlimen angkat. Habis semua disentuh, minyak motor pun semua ditukar. Tak sampai 2-3 bulan, bila sudah kalah, terus hilang dan Kuala Selangor dilupakan. Saya berharap perkara itu tidak berlaku di Pandan. Dengan kedudukan Tengku Zafrul di Pandan, saya harap dia boleh bantu buat banyak perkara yang saya dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah, ahli parlimen sebelum saya, tak mampu buat kerana kekangan kewangan sebelum ini. Contohnya, kita nak minta semua pangsapuri kos rendah dan kos sederhana dicat baru di seluruh Pandan. Setakat ini, saya hanya berjaya mengusahakan beberapa buah sahaja. Kita nak mintak semua kes-kes kerakyatan yang masih tertunggak di peringkat Kementerian Dalam Negeri diselesaikan. Dan paling utama, kita nak minta Tengku Zafrul bantu selesaikan masalah hakmilik strata yang melibatkan lebih 3,000 unit kediaman di Pandan yang tidak selesai sebab pemaju telah bungkus lama dan tidak membuat bayaran kepada Kerajaan Selangor. Yang kecil-kecil pasal longkang, sampah, penduduk setempat tu tak pe kami yang kecil-kecil di bawah ni cuba selesaikan setiap kali kami berjumpa penduduk. Satu lagi pesan saya - sebagai Penasihat Politik Kanan Perdana Menteri, saya harap Tengku Zafrul jangan lupa buat yang sama di Tambun. Saya pasti banyak DB yang terbakar di Tambun. Jangan jaga Pandan saja sampai PMX kena cari kerusi lain nak bertanding PRU akan datang. Kepada penduduk Angsana Hilir, Kampung Pandan dan sekitarnya, kalau ada masalah yang nak dikongsi, boleh jumpa saya di Taman Angsana Hilir hari Sabtu ini, 2 Mei dari jam 10 pagi.

Cara dia bercakap macam full of oneself. Takde bunyi merendah diri langsung. Kalau i jadi mak ayah pihak perempuan, i rasa malu dan terhina sebab bakal menantu suka hati bagi i arahan sebab “dah transfer 50k” macam eh kau ingat kau boleh beli anak aku macamtu ja ka? 😂

Semalam lead majlis tunang dengan selamba " Saya dah transfsr RM50K dekat dia " ... ini pulak selamba badak dia ceramah family belah perempuan 😅 Tolonglahhh benda gini biar la tertib beradat dan beradab oleh orang tua2 ... muda2 ni jangan buat apa2





All 14 Umno/BN assembly persons in N9 have lost confidence in the MB and withdrawn their support for the state government.



