Sabitlenmiş Tweet
Anfaal Saari 🇲🇾
3.3K posts

Anfaal Saari 🇲🇾
@anfaalsaari
Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Selangor | ADN N15 Taman Templer | Naib Ketua Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Nasional
Kuala Lumpur Katılım Ekim 2011
299 Takip Edilen3K Takipçiler

Inisiatif ini merangkumi bantuan kos terapi intervensi awal, yuran awal pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), kemudahan tandas OKU serta peralatan dan ubat-ubatan, dengan bantuan disalurkan terus kepada pusat terapi, sekolah dan institusi berkaitan.
Tonton sedutan di sini : instagram.com/reel/DXq-QFEkS…
#IniSelangor #KitaSelangor #SelangorMajuBersama #BRAIS #YANIS
Indonesia

Hari ini di Dewan Negeri Selangor, saya menjawab soalan ke 47, apakah langkah kerajaan untuk melaksanakan latihan penjagaan bagi penjaga formal dan tak formal?
Untuk pengetahuan rakyat Selangor, tahun ini Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan Inisiatif Latihan Penjagaan buat penjaga formal dan tidak formal supaya mereka dibekalkan ilmu, kemahiran serta sokongan yang lebih menyeluruh.
#IniSelangor #KitaSelangor #SelangorMajuBersama #MalaysiaMadani #CareEconomy
Dengarkan jawapan saya di :
[IG] : instagram.com/p/DXn9f_lkR_l/
Indonesia

Alhamdulillah, senang hati dapat bersama-sama hadir dan merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah Cawangan Berkelompok Kawasan Kuala Selangor di Sembilang Eco Resort, Jeram, semalam.
#SelangorMajuBersama #IniSelangor #MalaysiaMadani #KitaSelangor #PartiAmanahNegara
[IG] : instagram.com/p/DXnkqyJk86E/…

Indonesia

Saya berbesar hati dapat hadir meninjau perjalanan Kursus Penyembelihan Halal & Pengurusan Korban 2026 serta bersama-sama dalam majlis penutupannya semalam.
Tahniah dan syabas kepada semua penganjur, tenaga pengajar serta para peserta yang menunjukkan komitmen tinggi sepanjang kursus berlangsung. Semoga usaha ini dapat diteruskan demi manfaat masyarakat dan mela zhirkan lebih ramai anak muda berkemahiran dalam bidang ini.
#MajuBersama #IniSelangor #KitaTempler #KursusPenyembelihanHalal #PengurusanKorban
IG : instagram.com/p/DXmL94Mk_IG/…

Indonesia

Alhamdulillah, berkesempatan hadir ke Jamuan Terlajak Raya Surau Al-Ehsan. Memang betul-betul terlajak, bukan raya sahaja tapi sampai terlajak makan juga.
Terima kasih warga Surau Al-Ehsan, semoga terus kekal jadi nadi kecil yang menghidupkan semangat kejiranan yang besar maknanya.
instagram.com/p/DXjjrRYEyqO/…

Indonesia

Saya sebenarnya sudah lama kenal Puan Nahzatul Fizar Zainuddin, jauh sebelum saya menjadi wakil rakyat di Taman Templer lagi. Dari dulu, beliau memang seorang yang saya hormati, tenang, berwibawa, dan sangat komited dengan kerjaya beliau sebagai pendidik.
Semoga selepas ini Puan Nahzatul diberi kesihatan yang baik, tenang hati, dan dapat menikmati masa bersama keluarga tercinta.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang tak ternilai.
#TamanTempler #MajlisBersara #JasaGuru #IniSelangor #PendidikanMalaysia
[IG] : instagram.com/p/DXi8lYwE7O8/…

Indonesia

Bagi saya, setiap wanita wajar diberikan akses yang adil kepada peluang pembangunan diri, latihan kemahiran dan sokongan yang diperlukan agar mampu melangkah lebih jauh serta menyumbang kepada keluarga dan masyarakat.
#KitaSelangor #DewanNegeriSelangor #MajuBersama #IniSelangor #MalaysiaMadani
instagram.com/p/DXf90WCEQ-c/
Indonesia

Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap cabaran semasa yang dihadapi rakyat. Dalam keadaan ramai keluarga sedang berdepan pelbagai tuntutan kehidupan seharian, inisiatif seperti BINGKAS Plus dan BINGKASAN amat penting sebagai usaha meringankan beban rakyat Selangor.
Saya percaya, apabila kebajikan rakyat terus diberi perhatian, kesejahteraan masyarakat dapat diperkukuhkan dan masa depan yang lebih baik dapat dibina bersama.
Tonton video penuh: instagram.com/reel/DXbltIUEb…
Indonesia

Semalam, saya berkesempatan menghadiri Pelancaran Showcase Pencapaian Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021–2025. Melalui RS-1, Kerajaan Negeri Selangor komited untuk memastikan kesejahteraan menyeluruh buat seluruh rakyat.
Antara inisiatif yang menyumbang kepada penurunan kemiskinan relatif di Selangor ialah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), yang telah memberi manfaat kepada 30,000 isi rumah berpendapatan rendah.
#rancanganselangorpertama #KITASelangor #IniSelangor #MajuBersama #MalaysiaMadani
instagram.com/p/DXdPr_wkyZC/…
Indonesia

Dalam persidangan semalam, saya menegaskan bahawa Selangor mesti terus kekal sebagai negeri yang adil, inklusif dan menghormati setiap lapisan masyarakat.
#KitaSelangor #DewanNegeriSelangor #MajuBersama #IniSelangor #MalaysiaMadan
Tonton video penuh:
instagram.com/reel/DXeVSBXEX…
Indonesia

Baru-baru ini banyak insiden berkenaan kitab suci ini. Sudah tentu kita wajar berasa marah apabila Al-Quran dinodai dan dipersendakan.
Namun, dalam bulan yang mulia ini, pada hari yang mulia ini, kita perlu muhasabah, sejauh mana kita sendiri menunaikan hak kalamullah yang suci ini?
Sejauh mana kita membaca, memahami, dan mengamalkan Al-Quran?
Jangan-jangan kita tergolong dalam golongan yang Ar-Rasul SAW akan mengadu kepada Allah SWT di akhirat kelak seperti dalam surah Al-Furqan ayat 30:
Dan berkatalah Rasul, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini sebagai suatu yabg ditinggalkan.”
Sempena Nuzul Quran ini,
Ayuh kita perkukuhkan hubungan kita dengan Al-Quran,
Tinggikan darjat Al-Quran dalam hati kita,
Tonjolkan kebenaran Al-Quran melalui perbuatan kita,
Muliakan Al-Quran dengan menunaikan hak-hak Al-Quran.
Ya Allah, jadikanlah Al-Quran ini syafaat buat kami, hujjah buat kami, bukan hujjah ke atas kami di akhirat kelak!
Salam Nuzul Quran buat semua!

Indonesia

Salam Ramadan 1447H 🌙✨
Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh iman, menyemai kasih sayang dalam keluarga, dan memperbanyakkan amal kebajikan buat masyarakat sekeliling.
Moga setiap doa yang dipanjatkan, setiap kebaikan yang dilakukan, dan setiap pengorbanan yang dibuat sepanjang bulan yang mulia ini diberi ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT.
#RahmahUntukTempler #KitaSelangor #MajuBersama #MalaysiaMADANI

Indonesia
Anfaal Saari 🇲🇾 retweetledi

Kerajaan Negeri memperkukuh intervensi awal bagi menangani keciciran pelajar sekolah dengan memberi tumpuan kepada faktor sosioekonomi keluarga.
EXCO Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari @anfaalsaari berkata, pendekatan lewat sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didapati kurang berkesan dan berisiko menyebabkan pelajar terus tercicir.
#KeciciranPelajar #IntervensiAwal #PendidikanSelangor #Sosioekonomi #SPM #PelajarTercicir #KomunitiPrihatin
Indonesia
Anfaal Saari 🇲🇾 retweetledi

[THREAD] 🔊 AKTA KESELAMATAN DALAM TALIAN 2025 (ONSA): APA YANG ANDA PERLU FAHAM
Penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang berkuat kuasa 1 Januari 2026 menjadi langkah penting negara dalam memperkukuh keselamatan digital serta melindungi pengguna khususnya kanak-kanak dan keluarga daripada kemudaratan dalam talian.
Layari laman sesawang rasmi SKMM mcmc.gov.my untuk info lanjut.
#MediaSelangor #ONSASKMM #aktaONSA

Indonesia
Anfaal Saari 🇲🇾 retweetledi

Grok used to remove tudung, clothes: Lawyer tells Malaysians their options | New Straits Times nst.com.my/news/nation/20…
English


