Faizal Rahman@FaizalR98528
𝐓𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐙𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐈 & 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
1. Kritikan RR terhadap MAFIA KORPORAT (yang pada awalnya dinafikan kerajaan madani) adalah terhadap sistem pentadbiran negara; tatakelola terkait sistem keselamatan data peribadi rakyat (kad pengenalan/pasport).
Mengapa PKR menjadi tak senang duduk??? Apa kepentingan PKR disebalik MAFIA KORPORAT??? Kalau tidak ada apa-apa yang hendak di sembunyikan, PKR selaku parti pemerintah tidak perlu rasa goyah😏
2. Sikap Presiden PKR selaku PM yang bermati-matian menolak Siasatan Bebas (RCI) berkenaan MAFIA KORPORAT menunjukkan sesuatu yang tidak kena. DAP sendiri beria-ia menuntut RCI.
Inferences rakyat adalah “siapa & apa yang cuba kamu lindungi/sorokkan?”
3. Pendedahan saham Azam Baki juga melibatkan tatakelola sistem siasatan negara. Bukankah tatakelola itu yang selama ini dilaung-laungkan presiden PKR??? Tatakelola & ketelusan.
Jadi apa kepentingan PKR dalam hal ini??? Sedangkan desakan itu adalah terkait kepentingan negara.
4. Victor Chin mendedahkan penglibatan (sekurang-kurangnya) 2 MP PKR yang terkait dengan RM9.5 Juta. PKR tidak seharusnya gentar memandangkan SUA @FuziahSalleh99 sendiri menyebut PKR tidak gentar & @fahmi_fadzil juga menegaskan yang kata PKR tidak akan melindungi sesiapa di dalam PKR yang terlibat rasuah.
So, apakah yang ditakuti PKR??? Takkan takut dengan bayang-bayang sendiri???
5. Kritikan juga dilakukan terhadap penglibatan PDRM & SPRM dalam isu MAFIA KORPORAT. Dua tonggak utama dalam isu keselamatan negara yang mestilah dilindungi kredibilitinya.
Ringkasnya, mengapa kamu merasakan PKR diserang sedangkan pendedahan-pendedahan & segala kritikan hanya melibatkan isu-isu berkepentingan awam???
Melainkan PKR sedar & tahu siapakah orang-orang kanan PKR yang terlibat dengan pendedahan-pendedahan itu semua???? Sebab itu, kritikan-kritikan yang dibuat, menjadikan PKR begitu personal???
Justeru perlunya Pakar Blockchain si Dr.Z ini, mengasingkan KRITIKAN TERHADAP PARTI VS KRITIKAN TERHADAP NEGARA/ISU-ISU KEPENTINGAN AWAM. Jika ini mampu dilakukan, maka tidak timbul soal “menjejaskan” keharmonian PKR.