chroma

6 posts

chroma

chroma

@chroma244

Katılım Mayıs 2024
10 Takip Edilen2 Takipçiler
Air Selangor
Air Selangor@air_selangor·
(1/5) Air Selangor ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah dimulakan pada jam 9:00 pagi hari ini (Rabu) mengikut jadual seperti yang dimaklumkan pada 13 Mei 2024. Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset ini dijangka akan siap pada jam 7:00 malam, 5 Jun 2024 (Rabu) dan para pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula pada 3:00 pagi, 6 Jun 2024 (Khamis) setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan. Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 20% pada jam 3:00 petang, 6 Jun 2024 (Khamis) diikuti dengan 90% pada jam 3:00 pagi, 7 Jun 2024 (Jumaat). Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 12:00 tengah hari, 7 Jun 2024 (Jumaat). Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual serta jangkaan masa pemulihan penuh adalah seperti di lampiran. Untuk makluman, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. Air Selangor juga telah mengadakan sesi taklimat dengan wakil-wakil rakyat bagi kawasan yang terjejas pada 4 Jun 2024 bagi memastikan kelancaran pembekalan air untuk para pengguna. Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi waterupdates.airselangor.com. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari airselangor.com. #AirSelangor #240605SSP1
Air Selangor tweet mediaAir Selangor tweet mediaAir Selangor tweet mediaAir Selangor tweet media
Indonesia
19
347
330
96.4K