
Tokuban
31 posts


@FaktaBukanAuta pakcik tu kalau nak tulis se tan jarak la skit..ni rapat adehh
Indonesia

Terima kasih yg cadangkan harga lantai belian padi RM3,000 berbanding skrg RM1,500/tan.
Sekali ganda naiknya, atas kertas memang syoq dengaq.
Tapi tahukah anda harga padi di Thai & Vietnam rata² nya RM900-RM1000 per tan.
Jika beli padi dari Thai & Vietnam siap proses jauh lebih murah dari padi basah di Malaysia, kilang mana nak beli dari Pak Tani Malaysia?
Lebih baik kilang tukar bisnes beli padi kpd import beras.
Tak logik ka cadangan RM3,000 harga lantai padi?
Logik ja kalau kita semua bersedia beli beras sekampit 10kg pada harga -
RM60-RM65 berbanding skrg RM26. ✅
Maukah kita?


Indonesia
Tokuban retweetledi

DOA QUNUT SUBUH
*DOA QUNUT SUBUH*
1. allahummah-dinii fiman hadait (mohon diberi hidayah).
2. wa 'aafinii fiiman 'aafait (mohon diberi kesehatan).
3. wa tawallanii fiman tawallait (mohon agar dipelihara).
4. wa baarik lii fiimaa a'atoit (mohon diberi keberkahan).
5. wa qinii syarramaa qodoit (mohon diselamatkan dari bahaya).
6. fainnaka taqdhi wa laa yuqdha 'alaik (mohon dijauhkan dari hukuman).
7. wa innahu la yazillu man waalait (mohon diberi pimpinan).
8. wa laa ya'izzu man 'aadait (mohon agar tidak dimusuhi).
9. tabaarok ta rabbana wa ta'aalait (maha suci tuhan yang maha tinggi)
10. falakal-hamdu 'alaa maa qodhoit (segala puji atas segala yang engkau hukumkan).
11. astaghfiruka wa atuubu ilaik (mohon ampun dan bertaubat).
12. wa soll-allahu 'alaa sayyidinaa muhammadinin-nabiyyil-ummiyyi wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa sallam
(semoga allah mencurahkan rahmat dan sejahtera kepada nabi muhammad, keluarga dan sahabat).
Indonesia
Tokuban retweetledi

THOUGHT THAT COUNTS
Setakat ni, hanya 2 negeri yang buat pakej ransangan dan daya tahan untuk rakyat negeri mereka.
Selangor memperuntukkan RM130.4juta.
Kelantan RM2juta.
Jangan dilihat pada angka, pada saya. The thoughts that count.
Saya perhatikan MB Kelantan ni strategik. Dia tak gocoh2 berpolitik, amalkan politik matang. Dengan PMX pun dia ok.
Mungkin kerana tiada jawatan besar dalam parti. Dia boleh buat kerja sendiri. Mana baik kita puji. Nanti ke laut kita kritik balik.
Negeri lain kalau ada pakej ransangan kita alu2kan. Kesan perang ni akan berpanjangan. Ambil masa untuk pulih. Makan bertahun juga ni.
Masa sekarang dah tak perlu fikir sangat soal defisit. Kalau Kerajaan perlu berbelanja bantu rakyat, buatlah. Jangan sakau dan songlap sahaja. Itu rakyat marah.
Jangan diikuti perangai Kerajaan lama. Bila kita dikerah keluar duit KWSP sendiri. Mereka ambil dana rakyat masuk akaun parti.
Kalau Kerajaan ini berperangai sama, in sya Allah kalah GE16.
Salam hormat,
Liyan Marzuki


Indonesia
Tokuban retweetledi

DOSA PERIBADI vs DOSA NEGARA
Saya selalu percaya, when all fails in politics, tak tahu siapa nak percaya, sentiasa lihat ke atas. Pandanglah ke istana.
9 orang Raja2 Melayu kita adalah pengimbang kuasa.
Minggu ini sahaja Raja2 kita menegur dua orang MB muda. Parti mereka ada yang namakan mereka ini bakal jadi PM Malaysia.
Both pada saya belum cukup bersedia. Raja2 pun boleh nampak seolah bagi hint pada kita. Bagi yang berfikir boleh nampak signal.
Makanya, harus selalu kita rujuk Raja kita. Mereka lebih atas dari dunia politik negara.
****************
Pentaksub politik dangkal selalu mainkan naratif “Raja pun tak boleh pakai. Diaorg pun nak sakau, ada yang tersasar jauh dari Islam”.
Saya tengok yang membantai Raja tu pun, geng2 politik, kaya hasıl makan projek Kerajaan, jadi proksi pemimpin.
Hidup pemimpin politik tupun tak seIslamik mana. Ada cucunya penyokong LGBT, ada juga yang peluk anjing, Krismas pun disambut.
In hidden closet, is an open secret ada bekas PM, Menteri dan pemimpin politik kita juga fine dan dine. Dengan beer dan wine di tangan.
Dan lebih kurang sama dengan lifestyle Raja2 yang mereka bahankan.
Belum lagi cerita, keluarga mereka yang dah kaya raya 7 keturunan. Apa bisness pun tidak sepenuhnya didedahkan. Banyak yang park di luar negara.
Dah macam keluarga raja dulu kala. Lebih kurang sama.
*******************
Pada saya, dalam dunia politik dan kuasa, susah mencari pemimpin yang tiada dosa. Majoriti mesti ada. Tapi dosa jenis yang mana?
Ada pemimpin berserban, tak minum arak dan berjudi, tapi suka sebar fitnah dan mengeji. Pakej perangai gila seksual sekali. Adakah dia ini lebih baik dari yang minum arak tadi? Patutnya dua2 pun kita kira tak baik.
Susah nak jumpa pemimpin baik level Nik Aziz dan Paklah ya. Kalau ada pun macam Paklah tak lama bertahan. Akan dibaham.
Dalam memilih Lesser Evil/ Kurang Mudarat. Kita akan menilai semuanya.
Perlu nilai dosa peribadi vs dosa negara.
Yang mana lebih mudaratnya?
****************
Dalam konteks kekuasaan, dan dunia politik kita sekarang yang makin celaru, harapan kita perlu sandarkan ke Raja2 Melayu.
Mereka masih benteng terakhir kita.
Jangan termakan dakyah politik dangkal, nak buang Raja untuk Ayatollah berkuasa atau nak kita ada Presiden tunggal seperti Singapura.
Dalam politik, kita tidak memilih yang paling suci.
Kita memilih siapa yang paling kurang merosakkan negara.
Dan hari ini, dalam kekalutan politik,
benteng itu masih berdiri di Istana.
Benarlah prinsip Rukun Negara.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Dan semestinya bukan kepada parti
atau pemimpin berhala.
Daulat Tuanku!
Salam hormat,
Liyana Marzuki


Indonesia
Tokuban retweetledi
Tokuban retweetledi

CURATED
“PRU nak dekat, sis. Politik benci dan adu domba akan makin kuat. War room hari tu dah buat ‘Indian Wave’. Gelombang India.
Mereka hire syarikat laskar siber profesional buat provokasi, lagakan kaum. Lepas ini akan ada Chinese Wave. Gelombang Melayu usah ceritalah. Setiap masa mereka akan cari point.
Belakang mereka ada paymaster Mahakaya yang nak kerajaan tumbang cepat. Paymaster tu ada kes mahkamah.”
Ini cerita yang saya terima dari beberapa little birds. Yang dalam industri gelap propagandis dan laskar siber. Sahih atau tidak, kita tengokkan dulu. Dengar-dengarnya penguasa sudah tahu.
***************
Ini bukan cerita baru. Pelbagai laporan media tempatan dan antarabangsa pernah dedahkan kewujudan industri ini.
Malaysia antara negara yang mempunyai akaun palsu tertinggi. Siber buli kanak-kanak negara kita tangga ke-5 terburuk di dunia. Ini tunjukkan anak2 kita dah belajar budaya. Budaya mengeji dan mencela.
Makanya kita kena selalu berpada-pada. Apa sahaja dalam media sosial boleh direka.
“CURATED” orang Manjoi kata.
❌ Like dan follower boleh dibeli secara pukal
❌ Bots dan cybertrooper guna akaun palsu juga boleh ditempah ikut projek.
Bagi sahaja mereka naratif apa pun, mereka akan pertahankan. Pakej dengan siber buli dan ancaman terhadap keluarga.
Siap gambar pasangan dan anak-anak digunakan. Dijadikan modal caci maki dan kejian.
***************
Baru-baru ini, dalam isu bersih tandas pun, kanak-kanak sekolah digunakan. Itu sangat jelik. Manipulasi kanak-kanak untuk politik sempit.
Itu terjadi bila sudah taksub, matlamat menghalalkan cara. Salah betul belakang cerita.
***************
100 tahun dahulu, Pendeta Zaaba sudah beri amaran. Syed Hussein Al-Attas juga sudah berpesan. Rakyat yang malas berfikir (their word is BEBAL) akan dicari oleh pemimpin dan orang agama yang dangkal. Senang mereka cari makan.
Jihad melawan bebalisme ini perlu dibuat oleh semua kita yang sayangkan negara dan bangsa.
Jangan sampai kita biarkan orang yang bebal dan berperangai huduh memimpin anak kita.
Rosak masa depan negara.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB: Saya sertakan di ruang komen suatu video oleh seorang “Ratu”, ditemuramah oleh media. Jelas dikatakan ada industri bawah tanah yang kerjanya mengeluarkan fitnah dan adu domba. Mewujudkan sengketa kaum dan agama.
Makanya, janganlah pajak otak pada mereka. Fikirkan anak2 kita.



Indonesia
Tokuban retweetledi
Tokuban retweetledi

Malam ini, sambil duduk di sofa, saya membaca Surah Fātir.
Baru membaca ayat pertama sahaja, hati sudah berbunga-bunga dan terasa tidak sabar untuk berkongsi.
Namun, sebagaimana sunnah para salaf, bacaan surah sebaiknya dihabiskan terlebih dahulu sebelum berhenti.
Ayat pertama dimulai dengan pujian kepada Allah.
Indah benar susunan dalam ayat ini.
Allah diperkenalkan sebagai Fātir bagi langit dan bumi.
Fātir bermakna mencipta, membentuk, mengukir sehingga menjadi sempurna dari tiada kepada ada.
Tetapi yang benar-benar menarik perhatian saya ialah pada bahagian seterusnya dalam ayat ini:
"Dia menjadikan malaikat sebagai utusan."
Kita biasa mendengar bahawa utusan Allah ialah para nabi, bukan?
Namun sebenarnya, malaikat juga merupakan utusan Allah.
Diutus dengan tugas-tugas tertentu, membawa wahyu, menjaga alam, dan melaksanakan perintah-Nya tanpa pernah ingkar.
Kemudian Allah menyebut:
“Mempunyai sayap, ada yang dua, tiga dan empat.”
Para malaikat, makhluk yang sangat indah.
Mereka adalah makhluk bersayap. Mereka boleh terbang, bergerak dengan kepantasan yang tidak terjangkau oleh imaginasi manusia.
Jumlah sayap para malaikat menggambarkan kedudukan dan tugas yang diberikan kepada mereka.
“Allah menambah dalam ciptaan apa yang Dia kehendaki.”
Bukan sekadar dua, tiga atau empat.
Allah berkuasa mencipta sesuatu yang jauh lebih hebat daripada itu, melampaui jangkaan dan logik manusia.
Malaikat Jibril, ketua para malaikat, mempunyai 600 sayap.
Daripada setiap sayapnya permata dan yaqut yang berwarna-warni berguguran.
MasyaAllah.
Indahnya ciptaan Allah.
“Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.”
Allah yang menciptakan langit dan bumi.
Allah yang mengutuskan para malaikat.
Allah yang menentukan bentuk, kekuatan, dan tugas setiap makhluk.
Membaca ayat pertama Surah Fātir terasa seperti membawa fikiran melayang, meneroka alam makhluk yang tidak mampu dicapai sepenuhnya oleh akal manusia.
Maha Hebatnya Allah.

Indonesia
Tokuban retweetledi

Bila tengok gambar bulan terbaru Artemis ll, banyak hentaman Asteroid di permukaan bulan.
Tiba-tiba terfikir kalaulah kena di bumi ketika manusia ada, mesti ramai yang akan mati.
Cuma bumi kita dilindungi atmosfera yang bakar meteor kecil yang masuk. Selain itu, graviti Jupiter juga tarik majoriti meteor/asteroid berhampiran bumi. Kita sangat bertuah bab tu.
Kita juga ada magnetic shield yang lindung bumi dari ribut suria dan radiasi matahari.
Semua ni nampak macam kebetulan.
Tapi itulah kuasa Allah. Manusia mendiami bumi dengan aman dari ancaman begini.
Walau ada berpuluh ribu asteroid di sekeliling bumi sekarang, kita masih selamat setakat ini.
Saintis calculate kita selamat setakat ini dari dihentam sesuatu yang boleh buat kita pupus. Cuma ia sekadar kira-kira manusia.
Bila Allah bagitau, telah tiba kiamat kelak, tiada siapa dapat halang. Confirm kita semua mati. Yang penting ketika itu cuma amalan kita je. Untuk dibawa ke akhirat.



Indonesia
Tokuban retweetledi
Tokuban retweetledi

Ramai yg taktau, Datuk Karam Singh Walia terjun ke dunia kewartawanan secara tak sengaja.
Bertukar profesion dari seorg guru kerana satu kes denggi di perumahan beliau.
Wabak denggi tersebut telah meragut nyawa penduduk namun apabila beliau laporkan kpd pihak berwajib tiada tindakan diambil.
Sudahlah tak diambil tindakan malah beliau sering diherdik oleh pegawai PBT apabila kerap membuat aduan isu salah urus alam sekitar.
Apabila menyertai TV3 pada tahun 1995, namanya terus bergemerlapan!
Terima kasih kerana selalu menceriakan zaman kanak-kanak kami dengan ikonik "tangan terangkat" dan peribahasa mencuit hati.
Salam takziah.

Indonesia
Tokuban retweetledi

Harga Diesel Thailand naik 4 hari berturut-turut. Naik 5 kali dalam masa seminggu. Sekarang 50.54 Baht (RM6.25) lagi tinggi daripada Malaysia RM6.02.
Kerajaan Thai cuba macam-macam price freeze, price cap semua gagal.
Menteri Tenaga Thailand akui harga Diesel Asia yang dah menghampiri $300 per barrel naik 3 kali ganda sejak perang bermula melebihi mana-mana kenaikan sebelum ini termasuk Perang Russia-Ukraine 2022 dengan harga Diesel Asia naik hanya setinggi $150.
Baru semalam baca orang Malaysia pergi Siam isi Diesel sebab lebih murah.
@HezeriSamsuri baru jugak tanya haritu kenapa Diesel Thailand lagi murah daripada Malaysia.


Thai Enquirer@ThaiEnquirer
Diesel Prices Rise Again, Hitting 50.54 Baht per Liter Diesel prices in Thailand will climb by 2.80 baht per liter tomorrow (April 5), with B7 reaching 50.54 baht and B20 at 45.54 baht, after the Fuel Oil Fund Management Committee cut subsidies to reduce daily fund outflows. This marks the seventh diesel price increase since February 28, when diesel retailed around 29.94 baht per liter. Price hikes since then include: - Mid-March: ~1 baht/L increase - March 18: ~1 baht/L increase - March 23–24: Jumped to ~33 baht/L - March 26: Rose ~6 baht/L, passing 39 baht/L - April 1: Hike of 3.50 baht/L to 44.24 baht - April 3: 3.50 baht to 47.74 baht/L #Thailand #Oil #OilPrice #สงครามตะวันออกกลาง #น้ำมัน #วิกฤตน้ำมัน #ราคาน้ำมัน
Indonesia
Tokuban retweetledi

VERSI
Kita teruskan Tusyen kita setelah sekian lama. Update kes Zara Qairina. Sebelum itu pohon sedekahkan Al-Fatihah kepada Adik Zara. Moga damai dia di sana.
Baik, kita mula.
Semalam, pakar psikiatri bagi keterangan. Beliau beri padangan pakarnya mengenai keadaan mental Zara sebelum kejadian.
Dapatan yang diberi: Zara ada kecenderungan mengambil nyawa sendiri. Ini berlandaskan pelbagai bukti:
1. Keterangan rakan2 terdekat, saksi malam kejadian dan saksi di kalangan keluarga. Tapi tidak dicatatkan adakah ini termasuk Ibu dan Ayah mangsa.
2. Tingkah laku Zara di malam kejadian yang menunjukkan tekanan tinggi.
3. Tulisan Diari Zara. Luahan hati beliau dalam 3 diari semuanya. Ada banyak luahan rasa tidak puas hati. Termasuk ke atas Ibu sendiri. Ada kata2 kesat yang ditujukan kepada ibu. Ada tulisan yang tunjukkan beliau lebih rela duduk di asrama, daripada dengan ibunya. Namun di asrama pula, senior tak suka dan ayahnya tak endah kan dia.
Pakar psikologi juga katakan, mangsa mungkin tertekan bukan hanya sebab satu faktor. Banyak faktor lain juga boleh menyumbang.
Keterangan ini membuka satu dimensi baharu yang perlu dinilai oleh Mahkamah. Yakni “Peranan Ibu dan Ayah”
******************
Ingat dulu kita pernah Tusyen dan buat Homework pasal subjek “Bukti Dokongan/ Corroborative Evidence”. Setiap kenyataan atau bukti tidak akan kuat kalau berdiri sendiri. Ia perlu dokongan bukti lain.
Mengenai dapatan “peranan ibu” dalam kes ini, ada juga keterangan saksi lain:
1. Warden mengatakan ibu meminta dia mencari diari Zara ketika di hospital dan serahkan kepada ibu, namun setelah membaca apa yang ditulis (termasuk mengenai ibu), warden terus serahkan kepada polis.
2. Saksi Ibu Pelajar A yang mendakwa sang ibu mengganggu beliau, marahkan anaknya memberitahu perkara sebenar.
Ini keterangan berkaitan dan VERSI yang dimaklumkan di Mahkamah.
Menjurus kepada mangsa mengakhiri nyawa sendiri bukan hanya sebab dibuli malam kejadian, ada juga tekanan lain.
Saya percaya versi ini akan dibantah oleh pihak Ibu. Ibu perlu patahkan dengan bawa VERSI dia pula. Dan saya dipahamkan beliau sudah lantik pakar tulisan sendiri untuk sahkan itu bukan diari Zara. Serta beliau sudah lantik pakar psikiatri sendiri. Untuk semak imbang pakar yang ini.
At the end, Mahkamah akan tentukan versi mana yang lebih kuat dan boleh dipercayai.
Kita jangan awal2 prejudis. Panjang lagi cerita ini.
******************
Cuma yang paling utama, keterangan yang kita patut tunggu selepas ini ialah keterangan Ayah dan adik beradik Zara.
Mereka akan jadi saksi yang kuat kerana dengan mangsa selain daripada Ibu, mereka yang paling dekat.
Doakan melalui mereka kita akan tahu versi mana yang dekat dengan kebenaran.
Di mata undang2, walaupun diputuskan mangsa mengakhiri nyawa sendiri. Mahkamah akan lihat kepada liabiliti.
Siapa sahaja yang memberikan tekanan hingga mangsa mengambil nyawa, perlu bertanggungjawab.
Buli mental hingga hilang nyawa mangsa adalah satu kesalahan jenayah, boleh kena 10 tahun penjara.
Soalnya, sekiranya ia datang dari banyak punca, bagaimana pula? Saya tiada jawapannya. Kita tunggu Mahkamah, agar buat keputusan dengan bijaksana.
Justice for Zara Qairina bermaksud keadilan untuk dia berdasarkan fakta, data dan bukti. Bukan melaui rasa dan emosi.
Moga sesiapapun yang zalim kepada nya, mendapat balasan setimpal. Kalau tak di dunia, di akhirat pasti jua.
Salam hormat,
Liyana Marzuki



Indonesia
Tokuban retweetledi

KEMASKINI
PENJAWAT AWAM MALAYSIA WORK FROM HOME 3 KALI SEMINGGU
Semua penjawat awam yang duduk di rumah lebih jauh dari 8 km dari pejabat mereka dibenarkan bekerja 3 hari seminggu bermula 15 April 2026
Ini terpakai kepada semua penjawat awam yang bekerja di KL, Putrajaya, Selangor dan Ibu Negeri semua Negeri di Malaysia. Kepada negeri yang bercuti Hari Ahad. Mereka akan bekerja dari Rumah dari Selasa hingga Khamis dan yang bercuti Jumaat akan bekerja dari Rumah pada Isnin hingga Rabu
Namun WFH ini tidak terpakai kepada kawasan selain dari itu dan mereka yang terlibat dalam sektor keselamatan, Pertahanan, pendidikan dan kesihatan
Indonesia
Tokuban retweetledi
Tokuban retweetledi

DIAYAM
Sis sedikit busy tengokkan anak mohon biasiswa.
Tapi ternampak dalam media sosial banyak aktiviti pajakan otak.
Kita tak kisah sgt nak hentam nak kritik Kerajaan. Kita pun buat. Tapi janganlah diayam2kan rakyat sangat.
“Kerajaan zalim, naikkan harga minyak punya banyak”
Nararif yang diulam2.
TAPI NAIKNYA DI MANA SEBENARNYA?
Rakyat Malaysia masih lagi bayar RM1.99 untuk Ron95, 200 litre sebulan. Kalau guna lebih, bayar harga pasaran. Harga pasaran ni pun antara terendah di Asean.
Diesel pula industri rentan masih disubsidi. Pengangkutan awam, angkut barang dan petani. Harga tetap rendah.
Malah Rakyat yang guna kereta diesel masih boleh dapat bantuan Kerajaan. RM300 sebulan.
Cuma mereka yang yang bergaji T20 (RM100k+ setahun) dan guna Ron97 yang tak dapat subsidi. Akan terkesan dengan kenaikan ini.
Itu nak hentam dan kritik silakan. Cadangkan lah naikkan level T20 ke apa. RM200k pulak ke? Naikkan bantuan bulanan ke? Baru la betul dan afdal.
Ni ada propagandis dan politikus, propaganda pun biarlah ikut data dan fakta sebenar.
Ni sembang macam minyak naik untuk Rakyat seluruh Malaysia. Walhal harga dan bekalan minyak kıta masih lagi terjaga. Penganalisis ekonomi juga melihat Malaysia antara yang paling berdaya tahan di Asia.
Yang penyokong Kerajaan pun jangan lah ambil semua kredit. Seolah2 sebab PMX seorang.
Sistem tahanan ni jadi baik sebab polisi ekonomi kita terjaga dari dulu, Petronas kita steady tak melingkup dan Penjawat awam kita bekerja. Mereka laksanakan mana baik untuk negara.
Credit goes to all of them. Not just the political master.
Untuk pengundi, pesan kita. PRU nak dekat. Akan banyak propaganda di luar sana.
Paling penting kita dapatkan the bigger picture. Bukan half truths semata.
Jangan pajak otak pada sesiapa. Termasuk pada saya. Sendiri semak jua.
Yang bahaya bukan harga minyak.
Yang bahaya bila rakyat percaya benda yang tak benar.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- sis nak masuk gua 2/3 minggu ni. There’s more to life than politics. Anak sis nak kena prep masuk Uni.


Indonesia
Tokuban retweetledi
Tokuban retweetledi
Tokuban retweetledi
Tokuban retweetledi

KEMASKINI
BANDUAN PALESTIN KINI DIBIARKAN MATI
Video dari banduan Palestin di Gaza yang dibebaskan IDF menyatakan bahawa semua banduan Palestin dalam Penjara Israel kini dalam bahaya kerana Warden Penjara Israel tidak lagi beri keselesaan, makanan, air dan tidak lagi menguruskan banduan Palestin. Ada yabg sakit tidak diberi rawatan langsung dan dibiarkan mati . Dia meminta agar semua orang terus bercakap mengenai nasib banduan Palestin dalam Penjara Israel
Indonesia









