Abuk
6.2K posts

Abuk retweetledi

Minda Presiden PAS
UMNO MEMBUNUH DIRI SENDIRI
Terdapat kalangan kepimpinan UMNO yang memilih untuk menjadi parti yang menumpang Pakatan Harapan (PH). Sedangkan PH didominasi oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) iaitu sebuah parti yang membawa konsep sekular yang meminggirkan Islam serta kepimpinan Melayu dan bumiputera. Kononnya, tindakan ini bertujuan untuk menguatkan semula UMNO, tetapi hakikatnya lebih kepada usaha menyelamatkan diri daripada terjerat dalam kes mega rasuah dan pelbagai isu yang lain lagi.
Terkini, pemimpin utama DAP, Lim Guan Eng, dalam satu majlis makan malam Kelab Veteran Kebangsaan DAP di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, mengeluarkan kenyataan bahawa, “DAP tidak pernah dikuasai UMNO semasa kita menjadi pembangkang dan tidak akan dikuasai apabila kita berada dalam kerajaan.” Kenyataan ini memperlihatkan bahawa UMNO yang kini mencium DAP, ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
Situasi ini menunjukkan bahawa parti-parti Melayu-Islam seperti Parti Amanah Negara, Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan UMNO dalam PH laksana mangsa yang dibelit oleh ular besar, sehingga letih lalu akhirnya ditelan sedikit demi sedikit.
Parti Amanah Negara dan pemimpin Melayu dalam DAP sekadar menjadi suara yang berteriak bagi pihak DAP, sementara PKR dan UMNO (UMDAP) terpukau dengan belitan pangkat dan projek mega yang menidurkan. Mereka sanggup bersama DAP asalkan diberikan jawatan sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, atau Exco, malah ada yang menagih projek mega. Kesemuanya seolah-olah menjadi semut yang membunuh diri sendiri dalam gula yang manis.
Bukan PAS yang membunuh UMNO jika bersama-sama dalam satu gabungan, seperti yang diuar-uarkan. Sebaliknya, UMNO yang sedang membunuh dirinya sendiri, laksana kelekatu yang terjun ke dalam api kerana tertarik kepada cahaya api yang akhirnya membakar diri.
Allah telah menetapkan sempadan dalam bekerjasama dengan kalangan bukan Islam, iaitu hanya dengan mereka yang tidak bersikap ekstrem, serta menolak pihak yang menentang Islam dan cuba menyingkirkan bangsa Melayu serta bumiputera.
Oleh itu, kita mengajak mereka yang telah terlanjur agar kembali ke pangkal jalan.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025…

Indonesia

@mkini_bm Sometimes I wonder who taught you politics. Take an example of Langkawi. Taken down alcohol drinks and that island is dead piece of shit.
All the tourist passes by Langkawi and goes to Thailand.
English

PAS Pahang sedia tutup premis judi, kasino jika menang PRU16 dlvr.it/TDFW0z
Indonesia
Abuk retweetledi

Minda Presiden PAS
PEMBEKAL SENJATA KEPADA PENGGANAS MENJADI PENDAMAI
Inilah antara perkara luar biasa dalam dunia yang perlu ditambah lagi dalam senarainya, bersama piramid lambang kezaliman Firaun di Mesir dan lain-lain yang dianggap sebagai tamadun bersejarah pada zaman purba yang disenaraikan kerana kehebatannya yang menakjubkan tanpa mengira keadilan atau kezalimannya.
Boleh dianggap luar biasa tindakan dan peranan Amerika Syarikat serta negara blok Barat bersamanya yang menjaja demokrasi dan hak asasi manusia, apabila mereka terbabit menubuhkan negara haram bernama Israel dengan cara yang ganas iaitu merompak bumi Palestin. Sehinggakan, bertindak menghalau penduduk asalnya secara paksa, merompak dengan cara yang paling melampau, malah membunuh dan berperang sehingga melanggar undang-undang antarabangsa yang telah disabitkan keputusannya oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice – ICJ).
Kedudukan dan keputusannya laksana sarang labah-labah yang hanya mampu menangkap serangga kecil dan lemah, namun dapat dimusnahkan dengan mudah oleh helang yang ganas. Inilah sifat Amerika Syarikat dan sekutunya yang tiba-tiba menonjol menjadi pendamai nombor satu bagi memaksa Palestin yang dizalimi berdamai terhadap Israel yang paling zalim itu.
Amerika Syarikat dan sekutunya tetap berpegang kepada dasar yang menjadi prinsip imperialisme dan kolonialisme silam dengan menegakkan politik penjajahan yang salah dan paling zalim. Sehinggakan, apa yang dilakukan itu membatalkan sifat fitrah kemanusiaan dan berkuasa dengan melaksanakan undang-undang hutan rimba dalam kalangan binatang buas, bahkan lebih dahsyat dan lebih hina daripada binatang yang tidak berakal seperti yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:
وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَـٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ ١٧٩
“Dan sesungguhnya, Kami jadikan untuk (isi Neraka Jahannam) kebanyakan daripada jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Surah al-A‘raf: 179]
Sifat binatang ternak adalah lebih bodoh daripada binatang liar yang mengganas kerana boleh dipergunakan dan disembelih menjadi makanan, tidak semudah binatang liar yang buas.
Negara besar itu yang menamakan kumpulannya sebagai pejuang kebebasan dan pelindung hak asasi manusia serta pejuang demokrasi dunia, dalam pada itu boleh pula bersama kumpulan Yahudi Zionis yang paling dimurkai dan dilaknat Allah, kerana kezaliman melampau mereka yang merosakkan kehidupan manusia dan alam sejagat.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024…

Indonesia
Abuk retweetledi

Dari Kedah datang Terengganu,
Gembira hati dapat bertemu.
Selamat datang adindaku Sanusi Md Nor,
Ayuh kita bekerjasama kuatkan SG4.
Sekitar kunjung hormat Menteri Besar Kedah bersama delegasi ke pejabat saya. Terima kasih atas kunjungan. Insya-Allah selepas ini giliran delegasi dari Negeri Terengganu pula yang akan bertandang ke Negeri Kedah. ☺️




Indonesia

@Travelogasia @NaratifRakyat PH pun penyamun jugak...macai jer makan tahik sebab tu bebal
Indonesia

@NaratifRakyat Apa masalah ko ni kimak… kalau najib jd penyamun berbillion ko diam plak..
Indonesia
Abuk retweetledi

Minda Presiden PAS
GAZA DIGANYANG KERANA ISLAMNYA
Kini, Hamas daripada kalangan mazhab Sunni di Palestin yang menumpukan kuasanya di Gaza yang kecil dengan sokongan kumpulan Tanzim Jihad daripada kalangan Sunni, kalangan Syiah Republik Islam Iran, kumpulan Hizbullah dari Lubnan, Ansarullah dari Yaman, kumpulan Islam Iraq dan lain-lain.
Tiba-tiba seluruh kuasa besar Barat yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Eropah dan semua negara di bawah pengaruhnya datang mengganyang Gaza dan Palestin, bahkan memaksa dunia supaya menerima negara sekular untuk Palestin dan Yahudi. Perkara itu bukanlah ditolak oleh rakyat Palestin secara demokrasi liberal, tetapi semata-mata kerana ingin menegakkan Islam berkonsepkan al-din dan berprinsipkan aqidah Islamiah. Justeru, ia ditentang dengan segala tenaga dari sudut politik, ekonomi, media dan ketenteraan.
Al-Quran menunjukkan mukjizat ilmu Allah SWT yang berfirman:
﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ جَآءَتۡكُمۡ جُنُودٞ فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِيحٗا وَجُنُودٗا لَّمۡ تَرَوۡهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا ٩ إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠ ١٠ هُنَالِكَ ٱبۡتُلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالٗا شَدِيدٗا ١١ وَإِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورٗا ١٢﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan ni‘mat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (9) (Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatanmu dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. (10) Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat kuat. (11) Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya’. (12)” [Surah al-Ahzab: 9-12]
Apa yang berlaku hari ini, sebenarnya mengulangi semula peristiwa Ahzab yang telah mengumpulkan seluruh musuh bagi menghancurkan Islam dan negaranya. Namun, Allah menjanjikan bahawa akan tetap ada kumpulan Islam yang mempertahankan Islam dengan gagah dan berani.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024…

Indonesia
Abuk retweetledi

PERUTUSAN AIDILFITRI PRESIDEN PAS 1445H
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama menzahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas kurniaan taufiq dan hidayah sebagai hamba-Nya dapat beribadat sepanjang bulan Ramadhan dengan sempurna.
Selama sebulan ditarbiah roh, jasad dan akal kita melalui ibadat puasa dan ibadat-ibadat yang lain bagi mengejar martabat taqwa sebagai matlamat utama yang ingin dicapai di penghujung Ramadhan.
Bulan Ramadhan juga menggalakkan kepada umat Islam agar memperbanyak infaq dan sedekah, serta menunaikan kewajipan zakat fitrah bagi membantu mereka yang memerlukan. Ia menjadi jambatan agar umat Islam terus menjalinkan hubungan persaudaraan dan memperkukuh perpaduan antara satu sama lain.
Oleh itu, marilah pada hari raya yang diberi Allah ini, supaya kita bergembira kerana bersyukur menunaikan ibadat puasa yang banyak fadilatnya bagi diri kita. Bukan sahaja pahalanya yang besar, bahkan mengajar kita supaya menjadi manusia yang baik hubungannya dengan Allah dan persaudaraan sesama kita.
Tunjukkan kesyukuran itu pula dengan bukti bertambah kuat berpegang kepada Islam dengan kuatnya hubungan kita kepada Allah dan tunjukkan kebaikan Islam kepada mereka dengan bersaudara dan bermaafan.
Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, sama ada yang berada di dalam negara mahupun di perantauan.
Mudah-mudahan, kita beroleh ketaqwaan dan terus beristiqamah dalam menjalankan ketaatan kepada Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.
تقبل الله منا ومنكم، كل عام وأنتم بخير.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Indonesia
Abuk retweetledi

WAJIB BERJIHAD MEMPERTAHANKAN BAIT AL-MAQDIS
Hukum Islam daripada semua mazhab Ahli Kiblat yang menghadap ke arah Rumah Allah (Baitullah) di Makkah mewajibkan seluruh umat berjihad mempertahankan Bait al-Maqdis, kiblat pertama umat Islam, tempat berlakunya Isra’ Rasulullah SAW, dan bermulanya Mi‘raj, kecuali kalangan penganut Islam yang memisahkan agama dan politik dengan memandang jihad itu suatu perkara yang remeh-temeh. Hal ini demikian kerana, kiblat politiknya menghadap Rumah Putih (White House) di Washington, walaupun masing-masing melaksanakan solat, haji, dan umrahnya menghadap Rumah Allah di Makkah. Inilah bencana aqidah yang sedang menimpa umat Islam.
Syabas diucapkan kepada Kerajaan Republik Islam Iran yang secara rasmi mengisytiharkan Jumaat akhir Ramadan sebagai Minggu Bait al-Maqdis sejak menangnya revolusi Islam di sana, yang perubahannya ditolak oleh beberapa pihak yang dikatakan paling kuat berpegang kepada Sunnah hanya disebabkan Iran bermazhab Syiah Imamiyyah, walaupun Muktamar Majma‘ al-Fiqh al-Islami al-Duwali anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Makkah dan Majma‘ al-Buhuth al-Islamiyyah di al-Azhar, Mesir mengisytiharkan Syiah Imamiyyah termasuk dalam Ahli Kiblat dan umat Islam yang satu.
Namun, mereka boleh pula mengiktiraf Iran pada masa pemerintahan Shah Iran yang ketika itu mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah mengikut fatwa Rumah Putih di Washington, lalu disokong oleh beberapa orang ulama’ upahan rasmi, khususnya yang berbangsa Arab kerana semangat kebangsaannya pernah menjemput penjajah bagi menjatuhkan kuasa besar Islam lebih 100 tahun yang lalu.
Langkah Iran hari ini yang mendahului OIC adalah sangat dialu-alukan, kerana keadaan kini lebih terpanggil untuk wajibnya menyahut seruan jihad bagi menentang Zionis yang sedang menggila menceroboh Masjid al-Aqsa dan paling mengganas di Gaza.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024…

Indonesia


