
johan
57 posts



@RashidYusoff11 Bila masa Wong Chen dengki? Dia bertanya samada kapal M'sia kena bayar tol atau sebaliknya. Tak perlu nak berterima kasih pd mana mana pihak. Iran dah jelaskan sejak awal lagi bhw tol dikenakan pd kapal US, Israel, GCC & & beberapa negara talibarut yahudi.


'Saya kekal jalankan amanah' - Nurul Izzah nafi letak jawatan dlvr.it/TRnQkz


Taksub kepada parti ini berpunca dari keinginan supaya parti kita menang dan berkuasa. Walaupun kita sebagai ahli biasa sebenarnya tak dapat apa-apa pun. Ada kecenderungan memalingkan muka ("look the other way around") apabila ada skandal atau salah laku dari parti sendiri. "Takkan kot". "Kita bersangka baik." Sebab takut kalau kebenaran itu keluar, parti kita kalah. Penyakit ini ada dalam mana-mana parti. Itulah yang berlaku kepada Umno sebelum ini semasa 1MDB. Pernah berlaku dalam parti-parti lain - PAS, Bersatu, tidak ada yang terkecuali. Bila ada suara dalaman yang cuba membetulkan keadaan, kerana parti dan perjuangan itu lebih besar dari mana-mana individu supaya parti kekal memikul amanah rakyat - hujah seperti @YOEPCD ni lah yang akan digunakan. "Dia ni tak penyabar." Dia ingat semua orang yang masuk politik itu mahukan jawatan, pangkat dan kuasa - jadi telanlah semua sementara tunggu giliran kamu berkuasa. Sokong dan bantulah presiden parti kamu supaya parti terus berkuasa (tidak kisah apa yang berlaku), nanti sampai giliran kamu. Inilah yang berlaku dengan beberapa pimpinan Umno selepas 1MDB mengalahkan mereka - kata mereka "saya patut lebih tegas bertanya mengenai 1MDB dahulu". Tapi bukan semua yang masuk politik ini gilakan jawatan, pangkat dan kuasa. Ada di kalangan kami yang takut dengan Allah melebihi segala-galanya. Kami tidak takut miskin, tidak takut penjara, tidak takut dihina. Sebab kami tahu Allah memerhati. Kalau kami tidak memberi nasihat di dalam, kami menjadi enabler. Setelah kami memberi nasihat di dalam tetapi tidak didengar, baiklah kami mengasingkan diri. Setelah mengasingkan diri dan bukti penyelewengan keluar, wajiblah kami bersuara di luar. Jika setelah bukti keluar, kami dah sampaikan kepada rakyat atas amanah yang kami pikul - sang berkuasa masih cuba melindungi dan meneruskan sesuatu yang tidak betul, maka sampailah masanya untuk melawan. Dalam kamus orang politik yang tidak normal seperti kami, tidak wujud istilah "bersabar". Yang ada hanyalah "benar" atau "salah". Kalau ahli-ahli PKR, AMANAH dan DAP masih tidak faham perkara ini, satu hari nanti, janganlah diulang skrip oleh bekas-bekas menteri Umno dahulu: "Sepatutnya saya lebih tegas bersuara". Masa itu sudah terlambat.






Hassan karim kata rugi kalau cetong takde dlm keadilan. Setuju. Sbb tu aku hrp jgn pecat dia. Gantung je, buat jeruk dlm parti.






















