Liyana Marzuki@liyana_marzuki
PEMBESAR
Bersungguh2 parti keramat sebuah negeri mempertahankan Undang mereka. Undang yang secara tidak berpelembagaan, cuba menggulingkan Raja sendiri. Tetapi dihentikan oleh Kerajaan Negeri.
Naratif war room yang dibawa:
“Undang itu sama taraf dengan Raja/ YamTuan Besar ya”. Diulam2 sampai lebam.
Untuk justifikasikan penderhakaan Undang kepada Yamtuan. Cuba memandirkan Rakyat Negeri Sembilan.
Sebab itu mari kita tusyen kan mereka melalui Undang-Undang Tubuh Negeri.
*************
Perkara 7: Siapa tertinggi dalam Negeri?
Dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan:
Perkara 7(1) jelas menyatakan:
Yang di-Pertuan Besar adalah Raja yang melaksanakan kuasa Perlembagaan
dan diberi keutamaan mengatasi semua orang lain dalam Negeri.
Perkara 7(3) pula menetapkan:
Hanya lelaki Melayu, beragama Islam, dan berketurunan Raja melalui nasab sah yakni Raja Radin ibni Raja Lenggang, boleh dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar.
Peruntukan ini jelas tunjukkan YDPB adalah orang nombor satu dalam negeri mengatasi orang lain dan berketurunan Raja sahaja yang boleh dilantik.
********************
Bagaimana pula dengan Undang?
Dalam UUT mereka dipanggil “Ruling Chief”
Perkara 14 menyatakan
Undang bagi wilayah Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau hendaklah terdiri daripada individu yang dipilih secara sah menurut adat luak masing-masing.
Maknanya Undang ni bukan keturunan DiRaja ya. Pembesar biasa di dalam Luak yang siap boleh sertai parti politik sebelum dipilih menjadi Undang *wink*.
Pelantikan dan pemecatan Undang walau boleh dibuat di peringkat Luak, namun perlu disahkan dalam Dewan Keadilan dan Undang (DKU) yang dipengerusikan oleh YamTuan Besar.
Kerana dialah Raja sebenar.
***********
Saya tak paham bagaimana pemimpin dan penyokong Parti Keramat sebuah negeri boleh keliru antara pembesar dan Raja sendiri.
Raja berketurunan Diraja.
Dengan gelaran “Yang Dipertuan Besar”
Undang tu hanya pembesar dengan gelaran:
♦️Dato’ Klana Petra
♦️Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman
♦️Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan
♦️Dato’ Lela Maharaja
Sekolah mana mereka belajar semua Dato ini sama level dan taraf dengan Raja/ Yamtuan? Budak Form 1 tengok nama pun tahu ini hanya level pembesar.
Ini sebenarnya helah nak menangkan Undang dalam pemecatan Yamtuan.
**************
Berhati2lah kita mendengar naratif untuk justifikasikan penderhakaan kepada Raja2 Melayu.
Dalam sejarah pun kita belajar, yang sering kali mengkhianati Raja bukan rakyat biasa tetapi pembesar istana.
Mereka ini pembesar yang “beraja di mata, bersultan di hati”. Maka eloklah kita berhati2.
Naratif war room mereka selepas pemecatan Raja dalam sidang media/ live FB, ialah untuk pertahankan Undang bukan pertahankan Raja sendiri.
Mereka menyebelahi pembesar Negeri. Membuat persepsi Undang ini lebih atas dari YamTuan.
Ini derhaka sekali!
Berhati2 menerima dan berhati2lah menyambung naratif mereka.
Kerana undang-undang negara juga jelas, cubaan menggulingkan Raja secara tidak sah bukan sekadar salah, tetapi boleh menjadi jenayah.
Jangan cakap sis tak payung pulak.
Salam hormat,
Liyana Marzuki