ryn ☆ | 120097 .✦ ݁˖
27.9K posts

ryn ☆ | 120097 .✦ ݁˖
@jannikspace
#JANNIKSINNER :ㅡ 𝑰 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒕𝒐 𝒅𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒊𝒏 𝒂 𝒑𝒓𝒆𝒔𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒎


Aktivis alam sekitar Shakila Zen dipanggil polis berhubung catatan media sosial yang didakwa memfitnah institusi diraja Pahang. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) berkata siasatan terhadap Shakila dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Seksyen 500 menetapkan hukuman bagi fitnah, iaitu penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya. Undang-undang AKM berkaitan dengan penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak betul dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan pertama. Berita penuh: malaysiakini.com/news/780823






















