Justmeeda
4.9K posts

Justmeeda
@justmeeda
amboi-amboi....
Seremban, Negeri Sembilan Katılım Mayıs 2014
3.6K Takip Edilen231 Takipçiler

BANGSA JOHOR TOLAK PKR‼️
Korang tau kan PRN Johor dah dekat.. perasan tak org PKR dok sembang kencang acah tenang terpaling suci?! 🙄 Sorry lah, kali ni Bangsa Johor kena cerdik kawan.. cukup2 lah kena kencing!
Korang tengok ler PKR sekarang.. dah mcm motor buruk, ekzos bising memekak je lebih, tapi skru longgar berterabur merata.. parti berantakan dok cantas dok halau org2 sendiri, still gak ada hati nak tadbir negeri?! Rumah sendiri pun barai nak roboh, ahli2 berduyun keluar parti, kirim salam melingkup jelah PKR! 🛑
Dulu sblm Anwar jadik PM, kemain benci kroni, benci nepotisme.. skrg ni amek kau! Anak sendiri jadikan Timbalan, kroni bootlickers jadikan Naib Presiden! Ini mmg bkn perjuangan utk rakyat dah.. ini mmg family business diorang je! 🤮
Anwar ni jenis kalau pegang mic, pergh.. sembang tinggi melangit guna ayat retorik acah dia sorang je bijak.. padahal sebenarnya dia tgh perlekehkan intelek Bangsa Johor! Dia ingat org Johor ni bendul sgt ke nak telan bulat2 sandiwara dia?! 🧠❌
Lagi satu.. bila ekonomi Johor tgh naik mencanak hasil usaha bangsa Johor sendiri, laju je Anwar naik pentas nak enter frame, amik nama, claim kredit! Gila publisiti betul dia ni! Padahal itu mmg tanggungjawab persekutuan, tapi sembang mcm dia je sorang buat kerja.. org lain penat usahakan, dia nak kredit! Paling kantoi.. dpn media umum benda lain, belakang2 Anwar tengah atur game lain.. sembang berdegar-degar nak hapus rasuah, tapi kes saham kroni sendiri terus buat2 buta.. siasat pun dia tak bagi! 🤬
Agenda reformasi yg dulu tu?! Dah lama hanyut ke longkang tenggelam dek kemaruk kuasa.. ANWAR GAGAL TOTAL! PRN Johor ni kita buktikan.. Bangsa Johor bukan pak turut!
Pastikan semua calon PKR kalah, hilang deposit! 💥🥊

Indonesia

"UNDI TIDAK PERCAYA TAK PERLU TUNGGU SIDANG DUN" - Sanusi
Berita Selanjutnya:
facebook.com/share/p/1G6L1u…

Indonesia

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil - Isham Jalil
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan siasatan kes terhadap beliau berhubung isu ‘diesel ke Filipina’ diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Dakwa beliau, perkara itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas mendapati tiada kesalahan dilakukan selain telefon bimbit miliknya akan dipulangkan.
“Saya memang tahu dan yakin bahawa saya tidak salah dalam isu ini sebab itu saya tegur tindakan kerajaan apabila merampas telefon saya dan rakan-rakan.
“Dalam undang-undang perlu ada standard yang tinggi apabila kerajaan ingin merampas harta benda awam dan ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial hari ini.
Isham turut memberi jaminan bahawa sekiranya berlaku pertukaran kerajaan pada masa depan, beliau mahu pentadbiran baharu berlaku adil kepada rakyat dalam menangani kritikan serta tidak bertindak secara kuku besi.
“Apabila tukar kerajaan kelak, insya-Allah kita akan berlaku adil kepada rakyat dalam menangani kritikan dan bukan bertindak kuku besi serta cepat koyak rabak seperti menteri-menteri dan pemimpin politik kerajaan hari ini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mendakwa turut menjadi mangsa fitnah daripada cybertrooper penyokong kerajaan susulan isu berkenaan.
Menurutnya, beberapa pihak telah diberikan surat tuntutan (LOD), manakala tindakan terhadap pihak lain masih dipertimbangkan.
“Saya nasihatkan kepada mereka supaya tidak sesuka hati memfitnah orang kerana budaya fitnah dalam politik ini adalah barah yang perlu dibuang kerana merosakkan sistem demokrasi.
“Dalam Islam, fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. Bersama kita berjuang ke arah negara yang maju dan bersih,” katanya. - MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Isham Jalil

Indonesia

Onn Hafiz: Istana Johor nasihat saya mohon maaf kepada Zahid — “Kita perlu urus negeri”
#BHnasional Saya memohon maaf sekiranya kenyataan saya menyinggung perasaan beliau. Alhamdulillah, saya rasa beliau telah memaafkan saya - Onn Hafiz
bharian.com.my/berita/nasiona…
Indonesia

@TajuddinKamil semua parti yg dah lama²,elok kita terajang je msk longkang.kita bg sokongan kpd patti latest iaitu BERSAMA
Indonesia

'Ramai berdoa BN kembali tadbir negara'
BN dilihat berada pada landasan terbaik untuk memperkukuh semula kedudukannya menjelang PRU16
sinarharian.com.my/article/781363…
#SinarHarian #beritaterkini #politik #BN #PRU16
Indonesia

PAS akan umumkan untuk keluar PN untuk bersama dengan team reset + Berjasa + Pejuang
bharian.com.my/berita/nasiona…
Indonesia

Masa Mahathir jadi PM tahun 1981 dulu, dia melantik Tan Sri Dr. Mahadevan, Pakar Psikiatri ,Hospital Gila Tanjung Rambutan sebagai Salah seorang penasihat.
Hospital ini pada mulanya diberi nama “Federal Lunatic Asylum’ dan dibina pada tahun 1910. Kemudian pada tahun 1928, Namanya ditukar kepada Central Mental Hospital. Nama glamer hospital ini ialah Hospital Gila Tanjung Rambutan sehinggalah pada tahun 1970an, namanya ditukar kepada Hospital Bahagia Ulu Kinta.
Mahathir mengambil Dr. Mahadevan sebagai penasihat sebab dia tau, dalam politik ni ramai orang gila dan bangang.
Masalah paling besar ialah orang gila tak tau dia gila dan menganggap dia special. Orang bodoh pun tak tau dia bodoh dan menganggap dia paling pandai.
Orang bodoh mempunyai keyakinan yang cukup tinggi tapi kemampuan yang rendah. Kalau pasal sembang, bagi kat dia. Bila suruh buat, dia tak tau. Lepas tu mula la dia salahkan orang lain.
Sikap ini dikaji oleh pakar saikologi dan terhasil la apa yang disebut Dunning-Kruger Effect dan graf yang dihasilkan ini boleh menceritakan apa yang berlaku dalam PKR sehingga bergaduh sesama sendiri sekarang.
Anwar sudah melalui fasa pertama ini masa dia dalam Umno dulu. Dia rasa dia pandai dan cukup kuat, dan dia meningkat naik dalam Umno secara mendadak. Sehinggalah pada tahun 1998 bila dia nak melanggar Mahathir. Itu adalah puncak kebodohan dia dan dia jatuh tergolek.
Perlahan-lahan dia membina kekuatan balik dan sepatutnya, selepas melalui valley of despair, dia mula sedar dengan kemampuan dia. Tapi sebaliknya, dia balik ke fasa pertama dengan mengulangi kebodohanya hanya kerana nak jadi Perdana Menteri.
Dia dapat jadi PM tapi bukan dipilih oleh rakyat. Takda sapa yang menang dalam PRU15 yang lalu dan dia jadi PM selepas berkolusi dengan penyamun dan perompak yang dia kutuk sebelum itu. Itulah puncak kebodohan dia. Dan bila sampai kepuncak, jalan yang ada hanyalah turun kebawah.
Masalah Anwar ialah tak ada orang nak menasihat dia dan dia tak makan teguran. Sapa yang menegur, kena cantas dan yang tinggal hanyalah orang yang bersedia menjilat.
Sebelum jadi PM dia kata ..
“Hari ini menang, esok minyak turun.”…apa pun tak jadi.
“Seminggu selepas jadi PM, kita akan hapuskan tol.”…sembang boleh la.
“Kita akan hapuskan PTPTN”…jangan harap la.
“Kita akan bagi pendidikan percuma.” …auta lagi.
Bila kita tanya, “Takkan hari ni kawin terus dapat anak?”
Sembilan bulan kemudian, patutnya dah dapat anak tapi bila buat test, masih negatif. Dalam PRN 2023, rakyat dah bagi amaran dengan menyingkir PHBN.
Terengganu, Kelantan dan Kedah, PHBN hampir pupus. Di Selangor dan N9, PHBN kalah banyak kerusi. Populariti PHBN menjunam.
Orang bodoh tak tau dia bodoh dan terus angkuh mengaku pandai.
Sekarang, Umno pun dah dilabel pengkhianat, Rafizi pun dah jadi pengkhianat. Nasib baik dia tak kata ini semua salah Sanusi. Semua orang salah…kecuali dia.
Ini baru Fasa 2. Lepas ni PKR akan memasuki Fasa 3. Ramai penganalisis politik dah bagi amaran, tak ada kerusi selamat untuk PKR lagi dan PRN Johor dan Melaka akan menjadi penentu.
Sapa yang sanggup membantu PKR lepas ni? Pas tak sanggup selagi Hj. Hadi masih hidup. Umno kalau nak survive, kena jual maruah sekali lagi. DAP pun dah mula membilang hari. Amanah boleh la tapi dia pun bergayut kat Anwar.
Mungkin Bersatu boleh menyelamatkan Anwar tapi orang PKR kena jual maruah sekali lagi la. Kalau dulu kutuk Janawibawa dan kutuk pengkhianat tebuk atap, mungkin kali ini terpaksa jilat balik la.
Kalau ini berlaku, toksah cakap la pasal prinsip dan perjuangan.

Indonesia
























