icem⚠️n

16.4K posts

icem⚠️n banner
icem⚠️n

icem⚠️n

@kapteniceman

Speak a GOOD words or remain SILENT

Malaysia Katılım Kasım 2012
1.1K Takip Edilen380 Takipçiler
icem⚠️n retweetledi
BERSIH
BERSIH@bersihofficial·
Solidariti penuh buat aktivis Hamdin, Ahsanul dan Peko! Mereka, sebahagian daripada Sekretariat Tangkap Azam Baki, telah ditahan selepas mengadakan protes senyap dan aman di WTC dalam sebuah program yang melibatkan Azam Baki. Yang sepatutnya ditangkap ialah mereka yang berkompromi dan terlibat dengan rasuah, bukan mereka yang berani bersuara menentangnya! #TangkapAzamBaki
BERSIH tweet media
Indonesia
9
120
184
4.1K
icem⚠️n retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗦 𝗟𝗔𝗚𝗜: 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗨 𝗥𝗠𝟭.𝟭𝗕, 𝗞𝗘𝗠𝗨𝗗𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗠𝟮.𝟱𝗕, 𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗠𝟱𝟬𝟬,𝟬𝟬𝟬 Secara rasmi, sekarang saya memegang rekod manusia paling diserang Madani dengan tuduhan-tuduhan rasuah. Bulan Februari dulu, saya mula disiasat kononnya dalam skandal penyelewengan ARM, kononnya melibatkan RM1.1 billion. Pada masa yang sama, SPRM membuka siasatan kononnya saya terlibat dalam satu lagi penyelewengan iaitu projek Khazanah membina loji solar bernilai RM2.5 billion. Hari ini, satu blog tidak bernama menyiarkan berita kononnya saya dirasuah oleh pemilik NexG, Dato’ Abu Hanifah sebanyak RM500,000 untuk melanjutkan kontrak passport NexG dalam tahun 2023. Dalam cerita ini, dimasukkan semua soal NETR, IPR, vending machine dan lain-lain; untuk menunjukkan sayalah penerima rasuah terbesar. Saya jemput orang ramai membaca siri terbaru serangan terhadap saya ini, di capaian ini: themalaysiancorporates.com/2026/04/07/tra… Blog ini blog hantu tanpa nama dan dari gaya cerita, jelas bertujuan memfitnah saya. Cuma, kalau orang ramai baca, dengan segala tuduhan, tidak ada satu pun yang menunjukkan perkara-perkara berikut: 1 - saya berjumpa dengan Dato’ Abu Hanifah atau sesiapa dari NexG seumur hidup saya, dari 2023 hingga sekarang 2 - saya menerima wang RM500,000 yang dituduh itu 3 - garis masa pun tidak kena, kononnya saya mengambil wang itu untuk membiayai pemilihan PKR 2025, sedangkan dalam bulan Julai 2023, semasa tuduhan saya menerima wang itu, ura-ura pemilihan PKR pun belum berlaku 4 - satu nama disebut-sebut menjadi watak utama, iaitu Mohd Harizan Haris dari syarikat GFIS Sdn Bhd, yang dinyatakan menerima RM500,000. Kononnya Harizan ini adalah orang yang rapat dengan saya dan mengambil wang itu bagi pihak saya Seumur hidup saya tidak pernah kenal atau berjumpa dengan Harizan ini. Kali pertama saya dengar namanya ialah pada 2 Disember 2025 dalam satu pertemuan dengan Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri. Dalam pertemuan itu, beliau memberi bayangan saya ada kes rasuah yang jika keluar akan malu besar. Saya tanya dia kes yang mana atau apa buktinya? Cerita inilah yang disebut, lalu ditunjukkan konon invois bayaran dari NexG kepada saya. Saya cakap: “mana ada orang bagi rasuah keluarkan resit? Itu tak cerdik namanya” Saya juga cakap: “bayaran RM500,000 ini dan invois adalah daripada Harizan dan GFIS. Saya tak pernah kenal mereka ini.” Kalau NexG telah membayar RM500,000 kepada Harizan, GFIS atau sesiapa, maka siasatlah Harizan, GFIS hatta bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Dato’ Yatimah yang disebut-sebut dalam cerita ini. Besar kemungkinan, ini cerita biasa dari Putrajaya - ada ahli perniagaan cuba cari jalan, ada scammer yang mengaku macam-macam. Bila ada yang mengkritik macam saya, watak-watak ini dibawa bersama untuk mencipta satu fitnah. Saya akan terangkan secara terperinci setiap fitnah yang cuba dibuat ini - sogokan wang, kontrak NexG, IPR dan lain-lain - dalam Podcast YBM Episod 43 hari Jumaat, 10 April ini jam 9 malam. Sementara itu, kepada yang dalam PKR yang masih ingat sedikit sebanyak perjuangan dulu; jangan lupa bahawa fitnah yang melampau la yang membawa kita menyertai PKR. Jangan sekarang, fitnah yang keterlaluan kerana terdesak menyebabkan rakyat menolak PKR dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Indonesia
40
178
471
28.2K
icem⚠️n retweetledi
KroniRakyat
KroniRakyat@KroniRakyat·
Konvensyen bincang idea ❌ Konvensyen attack orang ✅ Bila kutip sampah, maka tetaplah sampah.
Indonesia
26
110
276
6.9K
icem⚠️n retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
Dalam isu James Chai, soalan yang dibangkitkan sebenarnya mudah. Jika beliau hanya seorang saksi, dan dalam kes-kes lain sebelum ini keterangan boleh diambil di luar negara, sama ada melalui video link atau saluran lain yang munasabah, mengapa dalam kes ini pendekatannya berbeza? Apabila seseorang telah menawarkan kerjasama, tetapi semua pilihan lain tetap ditolak, rakyat berhak untuk bertanya. Adakah ini semata-mata untuk mendapatkan keterangan? Atau adakah terdapat pihak yang percaya bahawa tekanan fizikal dan psikologi boleh menghasilkan naratif yang lebih “berguna” untuk membina kes? Bagi saya, reformasi bukan bermaksud kita menutup mata setiap kali institusi menggunakan kuasa. Reformasi bermaksud kita menuntut agar kuasa itu digunakan secara konsisten, adil, dan tanpa intimidasi. Jika standard berubah mengikut kes, maka persoalannya bukan lagi tentang seorang saksi semata-mata, tetapi tentang integriti keseluruhan proses. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM #42: youtube.com/live/ABPgNUXVr…
YouTube video
YouTube
Indonesia
14
107
333
11.2K
icem⚠️n retweetledi
ahyazid
ahyazid@datojohn·
@SetiaKEADILAN Itu heli tidak pakai minnyaakk Saya yang kasi terbang Lu kauorang mana tawww
ahyazid tweet media
Indonesia
1
3
9
872
icem⚠️n retweetledi
Faizal Rahman
Faizal Rahman@FaizalR98528·
SALURAN DALAMAN????? LEBIHHHH 280 ADUAN dibuat oleh ahli-ahli seluruh Malaysia mengikut SALURAN DALAMAN, tetapi apa tindakan kamu/parti????? KAMU DIAMKAN SAMPAI SEKARANG. ADUAN-ADUAN itu semua tidak berbalas & diperam selama setahun lamanya sehingga sekarang. Kamu juga tidak memberi apa-apa jawapan kepada siasatan yang ROS jalankan. Sampai sekarang tidak ada apa-apa respon daripada ROS. Jadi, SALURAN DALAMAN ATAU SALURAN KRONI yang kamu maksudkan wahai SUA @FuziahSalleh99 ???
Faizal Rahman tweet media
Indonesia
19
153
354
11.8K
Tok Joe
Tok Joe@TokJoeMY·
Dah 10 hari Google weather meramalkan hujan disebelah petang tapi setitik hujan pun tak turun. Rumput tepi jalan semua dah bertukar menjadi warna coklat.
Tok Joe tweet mediaTok Joe tweet media
Indonesia
6
1
23
312
icem⚠️n retweetledi
Malaysiakini (BM)
Malaysiakini (BM)@mkini_bm·
Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa presiden parti, Anwar Ibrahim merayu kepadanya dengan genangan air mata supaya bersetuju membenarkan ahli perniagaan, R Ramanan bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum ke-15 lalu. Rafizi berkata dia memberitahu Anwar bahawa keputusan akhir terletak di tangan presiden PKR, namun selaku timbalan presiden dia meminta Anwar berjanji untuk tidak melantik Ramanan ke sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan. “Saya tetap tidak berganjak dan menyatakan keputusan Jawatankuasa Calon bahawa R Sivarasa adalah calon yang lebih sesuai dari segenap aspek. “Akhirnya, Datuk Seri Anwar, dalam keadaan kami sama-sama duduk, memegang lutut saya dan merayu untuk lepaskan Ramanan jadi calon." Berita penuh: malaysiakini.com/news/771982
Malaysiakini (BM) tweet media
Indonesia
52
87
256
30.2K
icem⚠️n retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥 𝗧𝗨 𝗣𝗠𝗫, 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗡: 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 Kecoh Konvensyen PKR Johor bila Naib Presiden PKR, R Ramanan disanggah secara terbuka oleh Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Sebabnya ialah R Ramanan menggunakan pentas konvensyen parti untuk menyerang saya. Saya tak rasa apa pun. Serangan terhadap saya yang diatur bertali arus ini akan memakan diri. Jadi lagi banyak Ramanan buka mulut, sebenarnya lagi bagus. Saya juga ucap terima kasih kepada Saudara Hassan Karim. Masih ada lagi beberapa orang dalam PKR sekarang yang faham tentang adab, jasa, sumbangan, perjuangan dan pengorbanan. Rakyat menonton sendiri bongkaknya Ramanan sehingga boleh menasihati secara terbuka seorang Perdana Menteri supaya jangan salah pilih menteri ekonomi. Maknanya, sebelum ini Perdana Menteri telah buat silap kerana memilih saya menjadi Menteri Ekonomi. Dia mungkin rasa itu cuit manja dia dengan Anwar Ibrahim, tetapi orang ramai boleh menilai bahawa adab kebiasaannya bukan begitu. Ramanan berkelakuan demikian kerana dia cukup yakin pengaruhnya dengan Anwar Ibrahim. Dan saya menjadi saksi kepada semua itu. Di hari-hari terakhir sebelum pengumuman calon untuk PRU15, hanya tinggal satu kerusi yang tidak ada persetujuan antara saya dengan Dato’ Seri Anwar - iaitu Sungai Buloh. Saya tetap dengan pendirian bahawa antara dua nama iaitu Sivarasa Rasiah (penyandang ketika itu) dan Ramanan, Sivarasa adalah calon yang lebih baik dari segala aspek. Lagi pun Ramanan berkeras pada ketika itu tidak mahu mengisytiharkan harta, sedangkan calon-calon lain telah menghantar pengisytiharan harta. Keadaan ini berlanjutan hingga ke hari pengumuman calon dan tidak selesai sehingga jam 6 petang, sedangkan majlis akan bermula jam 8 malam. Dalam bilik Dato’ Seri Anwar di Bukit Gasing pada ketika itu, ada saya, Anwar Ibrahim dan seorang teman rapat kami. Seboleh yang mungkin, bila berjumpa dengan Dato’ Seri Anwar dari dulu-dulu lagi, saya mahukan ada saksi supaya ceritanya tidak bertukar di kemudian hari. Maka kejadian ini ada saksi. Saksi itu cukup rapat dengan saya dan Anwar Ibrahim. Saya tetap tidak berganjak dan menyatakan keputusan Jawatankuasa Calon bahawa Sivarasa adalah calon yang lebih sesuai dari segenap aspek. Akhirnya, Dato’ Seri Anwar, dalam keadaan kami sama-sama duduk, memegang lutut saya dan merayu untuk lepaskan Ramanan jadi calon. Saya lihat matanya ada genangan air mata. Jadi saya sebut kepada beliau: “You ada the final say. I’ve done everything I can, tapi kalau you berkeras, that’s your decision. You don’t have to plead macam ni” Jawapan Dato’ Seri Anwar: “Saya tak mahulah nanti you buat kecoh” Saya jawab balik: “Akhirnya it’s your decision. Saya hanya minta Dato’ Seri janji that this is as far as Ramanan will go in PKR and politics. You will not appoint him further in the party and kalau menang jadi kerajaan, you will not appoint him into the government.” Dato’ Seri Anwar nampak lega dan bersetuju dengan janji-janji itu. Malam itu, oleh kerana keputusan hanya dicapai di saat akhir, bila nama Ramanan diumumkan sebagai calon PKR di Sungai Buloh, gambarnya masih gambar Sivarasa. Sebab kami tak sempat tukar gambar Ramanan di saat akhir. Selepas jadi kerajaan, walaupun semasa pembentukan kerajaan Ramanan tidak dilantik, bila ada saja rombakan pertama Ramanan terus dilantik menjadi Timbalan Menteri. Itu sekitar akhir 2023. Jadi pada ketika itu pun saya tahu, ada hubungan istimewa di antara Dato’ Seri Anwar dengan Ramanan, sehingga Perdana Menteri sanggup melanggar janjinya sendiri kepada saya yang disaksikan oleh seorang lagi rakan baik kami berdua. Saya juga telah sedar pun pada ketika itu bahawa banyak perkara yang kita mulanya ingat tidak menjadi titik perbezaan - contohnya soal Azam Baki, SPRM dan lain-lain - akan terus bermasalah, kerana cerita-cerita mengenai Farhash, Ramanan dan lain-lain mula kedengaran. Kalau saya kongsi perkara ini sebelum Konvensyen PKR Johor, orang tidak percaya. Sekarang, saya harap orang ramai boleh nilai sendiri bahawa Dato’ Seri Anwar sudah terikat dengan beberapa orang seperti Ramanan ini.
Indonesia
128
527
1.3K
93.3K
icem⚠️n retweetledi
ahyazid
ahyazid@datojohn·
@rafiziramli Nah YB… ambil nombor
ahyazid tweet media
Indonesia
10
134
343
40.7K
𝖠𝖿𝗋𝖺𝗅's Essentials
Jika #Ceplos yang juga KC Paya Besar @wfauzdin menggelar mantan calon PRU15 bagi kerusi Putrajaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (@AbdMydin), sebagai “propesor betina”, saya sedikit pun tidak terkejut kerana dari segi pendidikan - jika dibandingkan pencapaian akademik dia dengan Dr Noraishah, perbezaannya ibarat langit dan bumi. Nak cakap apa kalau perkata'an profesor pun dia eja propesor? Itulah standard KC Paya Besar yang saban hari menghentam dan mengutuk @rafiziramli (RR) dgn pelbagai gelaran/panggilan antaranya - sotong, cetong dll, sekalipun ciapannya tidak mendapat engagement sebesar suaranya. Betul kata pepatah, "empty vessels make the most noise." It is disappointing, if not embarrassing, that Prime Minister @anwaribrahim once again, resorts to crude & inappropriate words/language—hardly befitting his office—just to silence his critics. Doesn’t this approach reveal a clear lack of confidence—perhaps none at all? It also comes across as deeply defensive, suggesting an inability to provide proper answers. Would that make it fair to view this as narcissistic leadership? Timbul persoalan; adakah PMX dalam keadaan sangat tertekan? Apakah beliau tertekan kerana hentaman dan kritikan yg datang dari rakyatnya sendiri? Dalam satu ucapannya, PMX melahirkan kemarahan dan rasa tidak puas hati terhadap pengkritik-pengkritiknya berhubung dengan isu harga minyak hingga menyifatkan pengkritik-pengkritik tak reti membaca - buta huruf. Many people are of the opinion that PMX has gone too far — to the extent of calling his critics 'buta huruf' (illiterate). Harus di ingat, yang mengkritik beliau bukan sekadar pembangkang, influencers atau cytros, tetapi termasuk rakyat biasa, orang yg tidak berparti atau mereka yang bukan peyokong mana-mana parti politik. Sebelum ini kita semua dengar PMX menggunakan perkataan saperti melalak, merengek, nyet nyet nyet, merajuk, bebal, didalam ucapan-ucapannya. Is this nothing more than a rhetorical attack to demean his opponents, or a calculated move to appear strong and decisive to his supporters? Konvensyen PKR Johor. "I love this party. I love the President" - said a fast track leader @datoramanan a former MIC. He was found to have obtained RM5.5 million from Dr. Mahadevan under the pretext of helping him recover a RM26.6 million payment from the Defence Ministry regarding land usage. The court ordered him to return the RM5.5 million to the doctor. Then, as claimed by RR in his podcast, through lawyer to lawyer, he returned RM9.5 million to Victor Chin. I could easily write two or three pages about him, but it may be best to wait and see whether he takes legal action against RR over the revelations.
𝖠𝖿𝗋𝖺𝗅's Essentials tweet media𝖠𝖿𝗋𝖺𝗅's Essentials tweet media
Indonesia
16
32
86
3.4K
icem⚠️n retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
Ha3 tersakiti tak habis2. Sebab yg dirancang tak menjadi. Rancangannya: kita ambil alih kepimpinan parti pakai blockchain, Rafizi dah disingkir, bila dia tak de jawatan parti dia cium tangan, rakyat pun tak pandang dia. Yang jadi: Satu benda pun yang dirancang tak menjadi. Sebab bila yang dirancang itu tidak adil, ada banyak unintended consequences.
Indonesia
9
94
325
13.8K
icem⚠️n
icem⚠️n@kapteniceman·
Kesetiaan sebenar bukan sekarang ketika ditampuk kuasa. Tak kira lah ada jawatan menteri ke tak. Tunggu lepas PRU nanti. Kalau jadi pembangkang semula nanti baru tahu sapa setia ke tak.
MadaniNomics 🇲🇾@MadaniNomics

Anwar Ibrahim menegaskan kesetiaan sebenar ahli parti hanya teruji apabila mereka tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Beliau menjadikan Dr Zaliha sebagai contoh pejuang sejati yang kekal konsisten berkhidmat meskipun tidak lagi menganggotai barisan menteri.

Indonesia
0
2
8
179
icem⚠️n retweetledi
Amer Hamzah
Amer Hamzah@amer7211·
📌 Ubah sistem dan ramai2 memberi sokongan terbuka kepada NIA berjaya dan dengan harapan 4-5 bulan isu bakal reda, tak kesampaian. Malah terus berantakan. 📌 Nak pecat, takde keberanian. 📌 Guna semua instrumen yang ada untuk mewujudkan persepsi jahat untuk beliau, tak jalan. 📌 Guna media sosial perdana dan media sosial ceplos secara tersusun memanggil entah sapa2 yang tidak ada kredibiliti malah ada yang kantoi pembenci tegar Presiden agar beliau berambus, tak jalan. 📌 Hari ini ada bawa usul agar beliau disingkitkan sebagai KC, juga tak jalan. Ini Mantan Jenderal Perang tau. Yang terbukti berjaya dan cemerlang dalam 2 PRU. Korang betul2 salah strategi. Ha3.
Amer Hamzah tweet media
Indonesia
13
65
229
9.3K