Majlis Amanah Rakyat

11.6K posts

Majlis Amanah Rakyat banner
Majlis Amanah Rakyat

Majlis Amanah Rakyat

@maragov

Keusahawanan dan Pendidikan Global

Katılım Nisan 2010
80 Takip Edilen14.6K Takipçiler
Sabitlenmiş Tweet
Majlis Amanah Rakyat
Majlis Amanah Rakyat@maragov·
𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝟲𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 60 Tahun MARA! Menjunjung AMANAH Enam dekad perjalanan penuh makna. Dari langkah kecil membina peluang hingga melakar kejayaan di pentas dunia. Ayuh bersama kami meraikan Sambutan Hari MARA 60 Tahun 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟭-𝟱 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 : 𝗪𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗲 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 (𝗪𝗧𝗖) 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿 𝗠𝗮𝘀𝗮 : 𝟭𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 - 𝟭𝟬 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝙎𝙖𝙩𝙪 𝙙𝙚𝙩𝙞𝙠 𝙞𝙨𝙩𝙞𝙢𝙚𝙬𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙧𝙜𝙖𝙞 𝙡𝙚𝙜𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙚𝙣𝙮𝙚𝙢𝙖𝙧𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙈𝙚𝙣𝙘𝙞𝙥𝙩𝙖 𝙖𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙙𝙚𝙥𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙮𝙖𝙠𝙞𝙣𝙞 Orangramai dijemput menjadi sebahagian daripada sejarah ini #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Majlis Amanah Rakyat tweet media
Indonesia
0
1
11
1K
Majlis Amanah Rakyat
𝗛𝗔𝗙𝗔𝗭 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡, 𝗡𝗔𝗜𝗕 𝗝𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗔𝗖𝗖𝗔 Bagi Putri Qistina binti Rosmadi, perjalanan sebagai seorang hafizah tidak pernah menghalang impiannya untuk melangkah jauh dalam bidang profesional. Alumni MRSM Gemencheh itu kini mencipta pencapaian membanggakan apabila muncul sebagai ACCA Prize Winner bagi kertas MA1, sekali gus meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia. Beliau yang kini mengikuti pengajian Foundation in Accountancy di Kolej Profesional MARA Ayer Molek turut mencatat PNG 3.96, meneruskan kecemerlangan akademik yang telah dibina sejak di bangku MRSM. Semasa di MRSM Gemencheh, Putri Qistina bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran dengan keputusan 7A+ dalam SPM, malah aktif dalam kepimpinan pelajar, kelab huffaz serta pelbagai program pembangunan diri dan kesukarelawanan. Penglibatannya sebagai fasilitator kem solat dan jawatankuasa kelab turut memperlihatkan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan pembinaan sahsiah. Pencapaian beliau mencerminkan bagaimana pendidikan yang dibina MARA selama enam dekad terus melahirkan generasi muda yang menguasai ilmu dunia tanpa meninggalkan asas nilai Al-Quran. Putri Qistina menjadi antara contoh generasi GenHuffaz MARA yang sedang melangkah ke hadapan membawa hafazan sebagai kekuatan diri, sambil membuktikan kemampuan anak didik MARA bersaing di pentas dunia. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Majlis Amanah Rakyat tweet media
Indonesia
0
1
2
30
Majlis Amanah Rakyat
“𝗗𝗔𝗗𝗗𝗬 𝗠𝗔𝗥𝗔” 𝗥𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗜 𝗧𝗥𝗔𝗗𝗜𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗠𝗥𝗦𝗠 PUTRAJAYA, 19 April 2026 – Gelaran “Daddy MARA” yang diberikan oleh pelajar dan ibu bapa jelas menggambarkan hubungan rapat Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki dengan warga Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) apabila beliau turun padang memberikan sokongan kepada pelajar dalam Festival Keusahawanan dan Seni Muzik Tradisional MRSM 2026. Baca selanjutnya : facebook.com/share/1B3ZEwnP… #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani UnifiedEntity 60TahunMARA MenjunjungAmanah
Majlis Amanah Rakyat tweet media
Indonesia
0
0
2
21
Majlis Amanah Rakyat
𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗗𝗜𝗞, 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗜𝗠𝗣𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗔𝗥𝗔 Langkah mereka sama, impian juga seiring. Tiga beradik kembar ini hadir ke Karnival Pendidikan MARA di Kuantan dengan satu matlamat iaitu melanjutkan pelajaran bersama di TVETMARA. Di tengah ratusan pengunjung yang mencari hala tuju masa depan, kisah mereka menjadi bukti bahawa impian besar kadangkala bermula dengan satu langkah yang diambil bersama. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Karnival Pendidikan MARA Zon Timur yang berlangsung di East Coast Mall, Kuantan pada 18 hingga 19 April 2026, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, bagi meneroka sendiri pelbagai peluang pengajian dan latihan kemahiran yang ditawarkan oleh institusi pendidikan MARA. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Majlis Amanah Rakyat tweet media
Indonesia
0
1
2
73
Majlis Amanah Rakyat
𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗧𝗔𝗜𝗣𝗜𝗡𝗚 𝗖𝗔𝗧𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗔𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱 TAIPING, 17 APRIL 2026 – Ketua Pengarah MARA telah mengadakan kunjungan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping pada petang ini bagi menyantuni warga maktab yang telah mencatat pencapaian membanggakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Baca selanjutnya : facebook.com/share/p/1B6jNg… #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Majlis Amanah Rakyat tweet media
Indonesia
0
0
1
50
Majlis Amanah Rakyat
𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗞𝗨𝗕𝗨 𝗕𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗥𝗔𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱 KUALA KUBU BHARU, 17 APRIL 2026 – Ketua Pengarah MARA, Dato' Zulfikri Osman, telah hadir ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Kubu Bharu pada pagi ini bagi menyantuni warga maktab susulan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Baca selanjutnya : facebook.com/share/p/18YRSU… #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Majlis Amanah Rakyat tweet media
Indonesia
0
0
2
60
Majlis Amanah Rakyat
𝟲𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗔 : 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗣𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗟𝗔𝗖𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚 PERLIS – Bermula dengan penghasilan produk makanan sedia dimasak (Ready to Cook, RTC) di Kilang MARA HALAL Industri (MHI) Park, Kuala Perlis, LaCanggung kini melangkah lebih jauh sebagai pengeluar makanan sedia dimakan (Ready to Eat, RTE) yang semakin berkembang di pasaran tempatan. Baca selanjutnya : facebook.com/share/p/1AEr7k… #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #lensaBIK
Majlis Amanah Rakyat tweet media
Indonesia
0
0
2
69
Majlis Amanah Rakyat
𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗥𝗔 Bukan semua perjalanan hidup bermula dengan mudah… tapi ramai yang langkahnya berubah kerana MARA. Sempena 60 Tahun MARA, ini masa untuk anda kongsikan kisah sebenar , kisah jatuh bangun, peluang yang diberi, dan bagaimana MARA pernah hadir dalam hidup anda. Baca selanjutnya : facebook.com/share/p/1Cv9Qk… #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Majlis Amanah Rakyat tweet media
Indonesia
0
0
4
54
Majlis Amanah Rakyat
Majlis Amanah Rakyat proudly present to you MARA International Accounting Conference (MiCA) 2026! With the theme “Future-Ready Accounting: Navigating the Digital Frontier and Beyond”, will share powerful insights on how the accounting profession is evolving in the digital era. 21st & 22nd April 2026 World Trade Centre, Kuala Lumpur Don’t miss this opportunity to gain valuable knowledge, expand your network, and stay ahead in the future of accounting. Register now: mara.my/mica2026 #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
English
0
0
2
37
Majlis Amanah Rakyat
𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 Peluang padanan perniagaan bersama Syarikat Rangkaian Peruncitan (Retail Chain), Supermarket, Hypermarket dan Platform Dalam Talian sempena Sambutan 60 Tahun Hari MARA Tarikh: 4 & 5 Mei 2026 (Isnin & Selasa) Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang Lokasi: Level 3, World Trade Centre Kuala Lumpur Program ini dianjurkan sebagai platform strategik bagi mempertemukan usahawan (FMCG) dengan rakan niaga berpotensi daripada sektor peruncitan di Malaysia dan platform dalam talian. Inisiatif ini bertujuan memperluaskan akses pasaran serta meningkatkan daya saing produk usahawan tempatan ke peringkat yang lebih tinggi. 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 : i) Syarikat Berdaftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ii) Syarikat Mempunyai Produk Sendiri iii) Pembungkusan Produk yang Menarik, Berkualiti dan Berpotensi Komersial iv) Mempunyai Pensijilan Produk (MeSTI / GMP / Halal) Usahawan yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan melalui pautan di bawah: marabusinessmatching.com 𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 : Slot Penyertaan Adalah Terhad Tarikh Tutup Permohonan: 24 April 2026 (Jumaat) 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗷𝘂𝘁 𝗦𝗶𝗹𝗮 𝗛𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗶 : 1. Puan Siti Munira Binti Ibrahim - No. Telefon : 03-26134768 Bahagian Infrastruktur Komersial MARA) #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #BLESSTalk
Majlis Amanah Rakyat tweet media
Indonesia
0
1
2
58
Majlis Amanah Rakyat
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗧𝗜𝗥𝗔𝗙𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗠𝗔𝗥𝗔 Setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Mohd Nordin bin Shafie atas pengiktirafan Asia Pacific Sustainability Kindness Movement Award 2026. Anugerah ini diberikan atas kompetensi dan kepimpinan beliau dalam menerajui inisiatif ESG dan pembangunan kelestarian, khususnya melalui pelaksanaan projek Langkawi Green Mobility Ecosystem (LGME) yang memfokuskan kepada pembangunan ekosistem mobiliti hijau luar bandar. MARA berbangga dengan pencapaian ini yang seiring aspirasi Sambutan 60 Tahun MARA. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Majlis Amanah Rakyat tweet media
Indonesia
0
1
2
44
Majlis Amanah Rakyat
𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗜𝗞𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟬 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗡𝗔𝗙 KUALA LUMPUR, 15 April 2026 — Tabung Amanah Zakat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) terus memainkan peranan signifikan dalam membantu kebajikan pelajar apabila sebanyak RM144,400 telah diagihkan kepada 140 penerima asnaf melibatkan kategori fakir, miskin dan mualaf bagi tahun 2026. Tabung yang ditubuhkan sejak 20 April 2016 ini beroperasi sebagai Penolong Amil bertauliah di bawah Lembaga Zakat Selangor, dengan pengurusan dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus UniKL BMI bersama kampus lain iaitu UniKL MFI, UniKL MESTECH dan UniKL MIAT. Agihan yang disalurkan merangkumi bantuan duit raya dan sara hidup kepada pelajar ambilan Januari dan Februari 2026, dengan setiap asnaf fakir menerima RM150 duit raya dan RM1,000 sara hidup, manakala asnaf miskin menerima RM150 duit raya dan RM800 sara hidup. Secara keseluruhan, seramai 57 pelajar fakir, 81 pelajar miskin dan dua pelajar mualaf telah menerima manfaat bantuan ini, sekali gus meringankan beban kewangan mereka dalam meneruskan pengajian. Selain itu, prestasi kutipan zakat UniKL menunjukkan peningkatan memberangsangkan dengan jumlah keseluruhan RM7.56 juta bagi tempoh 2017 hingga 2025, sekali gus meletakkan UniKL di tangga kelapan terbaik daripada 17 IPTA dan IPTS di Selangor bagi prestasi kutipan kaunter tahun 2025. Menurut Dr. Azmi bin Amat Murjan, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kesejahteraan pelajar sentiasa terpelihara. “Agihan zakat ini bukan sahaja membantu dari sudut kewangan, malah memberi suntikan semangat kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik dan kehidupan,” katanya. Majlis turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi UniKL serta wakil jawatankuasa zakat kampus yang bersama-sama menyaksikan penyerahan bantuan kepada para penerima. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Majlis Amanah Rakyat tweet media
Indonesia
0
0
1
128
Majlis Amanah Rakyat
MARA and Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) proudly present to you MARA International Accounting Conference (MiCA) 2026! With the theme “Future-Ready Accounting: Navigating the Digital Frontier and Beyond”, will share powerful insights on how the accounting profession is evolving in the digital era. 📅 21st & 22nd April 2026 📍 World Trade Centre, Kuala Lumpur Don’t miss this opportunity to gain valuable knowledge, expand your network, and stay ahead in the future of accounting. 🎟️ Register now: mara.my/mica2026 #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Majlis Amanah Rakyat tweet media
English
0
0
1
217
Majlis Amanah Rakyat
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗥𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗔𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞 KUALA LUMPUR, 15 April 2026 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) semalam menganjurkan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang pelajar dan warga pendidik di peringkat nasional. Majlis yang berlangsung di Hotel Premiera itu telah dirasmikan oleh Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA, dengan kehadiran kira-kira 450 jemputan termasuk pengurusan tertinggi MARA, pengetua MRSM dan warga pendidik. Pencapaian SPM 2025 menyaksikan MRSM terus mencatat prestasi unggul dengan Gred Purata Maktab (GPM) keseluruhan 2.067, manakala 19 MRSM berjaya merekodkan GPM bawah 2.00. Lebih membanggakan, MRSM menguasai lima kedudukan teratas dalam kalangan sekolah berasrama penuh di Malaysia. Seramai 80 pelajar turut meraih keputusan semua A+ dalam semua subjek, meningkat berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mengukuhkan peranan MRSM sebagai peneraju pendidikan berteraskan STEM. Majlis ini turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen berterusan warga pendidik dalam memastikan kecemerlangan akademik yang konsisten melalui pelbagai inisiatif strategik. Sebagai galakan, MARA memperuntukkan insentif berjumlah RM180,000 kepada MRSM yang menunjukkan prestasi cemerlang termasuk anugerah GPM terbaik dan lonjakan prestasi. Penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperkasa ekosistem pendidikan berkualiti tinggi serta melahirkan generasi berdaya saing demi masa depan negara. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Majlis Amanah Rakyat tweet media
Indonesia
0
0
1
213
Majlis Amanah Rakyat
𝗠𝗶𝗖𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗖𝗢𝗨𝗡𝗧𝗗𝗢𝗪𝗡: 𝟳 𝗠𝗢𝗥𝗘 𝗗𝗔𝗬𝗦! The time is ticking! Only 7 days left until the prestigious MARA International Accounting Conference (MiCA 2026) opens its doors. Why You Can't Miss MiCA 2026? - Inspirational Forum with a panel of experts from all over Malaysia. - Opportunities with industry figures, professionals, and students. - Impactful Experiences to understand the future of the accounting world. Date: 21 – 22 April 2026 Location: World Trade Centre Kuala Lumpur "Future-Ready Accounting: Navigating the Digital Frontier and Beyond", come and join us! More info mara.my/mica2026 #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Majlis Amanah Rakyat tweet media
English
0
0
2
107
Majlis Amanah Rakyat
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 𝗡𝗜𝗧𝗧𝗢𝗞𝗔𝗦𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗥𝗔 KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2026 – Nitto Kasen Kogyo Co., Ltd. telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah MARA, Dato' Zulfikri Osman. Kunjungan ini di ketuai oleh Presiden Nitto Kasen sendiri iaitu Mr. Sakisaka Takashi bersama dua orang anggota kerjanya diiringi oleh wakil daripada OISCA Chubu. Sesi ini memberi fokus kepada perbincangan berkaitan hala tuju strategik kedua- dua belah pihak dalam usaha memperkukuh pembangunan industri kejuruteraan, pembuatan dan rekabentuk khususnya dalam teknologi pengurusan air dan struktur kawalan banjir. Peluang ini turut dimanfaatkan oleh syarikat Nitto Kasen Kogyou dengan menganjurkan sesi temuduga khas bagi memilih dua orang graduan TVETMARA Kuantan untuk menyertai program perantisan khas di Jepun. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Majlis Amanah Rakyat tweet media
Indonesia
0
0
1
100
Majlis Amanah Rakyat
𝗞𝗣𝗠 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗪𝗔𝗥 𝗗𝗢𝗠𝗜𝗡𝗔𝗦𝗜 𝗙𝗜𝗡𝗔𝗟, 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨𝗟 𝗞𝗘𝗝𝗨𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗚𝗕𝗜 𝗣𝗜𝗔𝗟𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗥𝗔 KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2026 – Pasukan Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Penawar mempamerkan aksi dominan apabila menundukkan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dengan keputusan besar 50-0 dalam perlawanan akhir sekali gus muncul juara Kejohanan Ragbi Piala Ketua Pengarah MARA 2026 yang berlangsung semalam di Stadium Juara, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail. KPM Bandar Penawar jelas berada dalam kelas tersendiri apabila menguasai permainan dari awal perlawanan dengan serangan agresif serta pertahanan mantap yang menyukarkan KPTM Bangi mencari ruang untuk bangkit. Dominasi itu akhirnya diterjemahkan dengan kemenangan bergaya sekali gus mengesahkan kejuaraan bagi edisi kali ini. KPTM Bangi menamatkan kejohanan sebagai naib juara, manakala Kolej MARA Kuala Nerang dan Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (B) berkongsi kedudukan tempat ketiga bersama dalam kategori Cup. Majlis Perasmian Penutupan kejohanan yang berlangsung pada semalam telah disempurnakan oleh Encik Shahrizal Mohd Saderi, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah MARA. Kejohanan ini dianjurkan bersama oleh Kolej Profesional MARA Bandar Penawar dan Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA dengan matlamat menjadikan ragbi sebagai salah satu sukan teras di Institut Pendidikan MARA (IPMa) melalui penganjuran Piala Ketua Pengarah MARA sebagai acara tahunan. Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini melibatkan 10 pasukan daripada Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA, serta enam pasukan jemputan daripada institusi IPMa termasuk KKTM, IKM, GMI, KPTM dan MJII dengan setiap pasukan diwakili 18 orang pemain. Selain menyaksikan persaingan sengit di padang, kejohanan ini turut menjadi platform penting dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum melalui penerapan nilai teras ragbi seperti respect, discipline, enjoyment, sportsmanship, integrity, passion dan solidarity dalam kalangan pelajar IPMa. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Majlis Amanah Rakyat tweet media
Indonesia
0
0
1
85