Mohd Mazli Ismail

108 posts

Mohd Mazli Ismail

Mohd Mazli Ismail

@mazliis

Knowledge would'nt Find You

Katılım Ocak 2015
174 Takip Edilen11 Takipçiler
CIKYANie
CIKYANie@lady_bugg11·
Jadi, isu sandwich ini nampaknya dijadikan topik yang besar, seolah-olah ia ancaman besar terhadap kesejahteraan masyarakat. Akmal dan pihak UM mengambil tindakan drastik terhadap KK Mart tanpa memastikan fakta dan siasatan lengkap terlebih dahulu. Kalau kita fikir secara rasional, jika hanya kerana label salah cetak, adakah penutupan operasi satu kedai itu wajar? Nampak seperti pendekatan ini lebih kepada reaksi emosional daripada tindakan yang berdasarkan fakta kukuh. Sekarang mari kita bincangkan hal ini dari perspektif logik: istilah ham dalam konteks global biasanya merujuk kepada daging babi. Di Malaysia, wujud penggunaan istilah chicken ham yang merujuk kepada alternatif berasaskan ayam. Namun, jika berlaku salah cetak seperti "Ham and Cheese," adalah penting untuk mengesahkan sama ada produk tersebut benar-benar menggunakan daging babi atau sekadar kesalahan pelabelan. Tindakan drastik hanya akan menjejaskan kredibiliti pihak yang memprotes, lebih-lebih lagi jika tiada bukti kukuh seperti kewujudan chicken and cheese untuk membandingkan pelabelan. Lebih membimbangkan apabila logo halal JAKIM turut dipertikaikan hanya kerana insiden ini. Meskipun benar terdapat kes penyalahgunaan logo halal, ia tidak seharusnya disamaratakan dengan terus meragui kredibiliti JAKIM. Isu seperti ini memerlukan pengesahan rasmi, bukan sekadar andaian. Pendek kata, pemimpin seperti Akmal perlu lebih bijaksana dalam memilih isu untuk diketengahkan. Ketelitian dan kajian menyeluruh seharusnya menjadi keutamaan sebelum membuat tindakan yang memberi impak besar. Perjuangan rakyat lebih menuntut penyelesaian terhadap isu kritikal seperti ekonomi dan kos sara hidup, bukannya perdebatan tidak produktif yang berpunca daripada label sandwich. Lagi satu, lebih lagi geng sendiri yg owner syarikat membekalkan sandwich itu
CIKYANie tweet mediaCIKYANie tweet media
Indonesia
87
34
204
21.4K
MY 🇲🇾 🇵🇸
MY 🇲🇾 🇵🇸@saythenameayy·
Bullshit. Yang kluster kaya2 ni mostly geng PH. Takyah membongaklah Pas bela orang kaya. Kalau Pas bela orang kaya, takdelah Pas sengkek dari dulu sampai skg. Tapi parti mana yg kaya? PH.
Azmir Azrik@190425eDeL

@jasonyew Pas kan bela orang2 kaya. Bila orang kaya tak dapat nak merasa subsidi, kena bayar cukai lebih. Panas lah dorang. Serang lagi PMX.

Indonesia
55
68
235
44.7K
Fakta Bukan Auta
Fakta Bukan Auta@FaktaBukanAuta·
Tahukah anda sebelum famous nama Blackrock ada satu syarikat Israel namanya "Zim" dah bertapak kat Malaysia sejak 2005, tapi skrg dah kena tendang dari Malaysia oleh sorang PM. PM mana? Tengok video mamat ni! "Apa guna tendang keluar Zim kalau terima Blackrock?" Cantekk soalan ni. Mamat ni terang jugak dalam bahasa paling mudah. Kalau tak faham jugak try telan kismis 2 botol.
Indonesia
46
1.3K
1.9K
142.9K
MoFaYu.
MoFaYu.@MFYusoff·
@abdulhadiawang 𝑩𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑱𝒂𝒘𝒂𝒑? 𝑨𝒅𝒂 𝒌𝒂𝒉 𝒊𝒏𝒊 𝒂𝒌𝒉𝒍𝒂𝒌 𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎 𝒌𝒆𝒓𝒏𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒆𝒃𝒖𝒕 𝑲𝒆𝒓𝒖𝒔𝒊 𝑷𝑨𝑺 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒐𝒏𝒈𝒔𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑨𝒏𝒖𝒕𝒂𝒏 𝒅𝒏 𝒕𝒖𝒏𝒕𝒖𝒕𝒂𝒏 𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎 𝑩𝒆𝒓𝒕𝒂𝒖𝒃𝒂𝒕 𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒍𝒖𝒎 𝒕𝒆𝒓𝒍𝒂𝒎𝒃𝒂𝒕
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 🇲🇾 Indonesia
2
3
16
450
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang@abdulhadiawang·
Pada zaman mutakhir ini lahir ajaran-ajaran dan badan-badan yang boleh merosakkan aqidah, selain berjuang ke arah merosakkan pegangan manusia terhadap Islam dengan berbagai-bagai cara dan nama yang menarik lagi mengelirukan. Ada yang melahirkan simpati dan berpura-pura tidak bercanggah dengan Islam, malah dengan beraninya menisbahkan Islam kepadanya. Ada juga yang pada zahirnya kelihatan membantu untuk memajukan Islam, tetapi dalamnya ditaburkan racun-racun perosak aqidah yang sangat berbahaya. Konsep liberalisasi hari ini telah menghilangkan harga diri manusia di negara yang beramal dengannya. Runtuhnya harga diri manusia dan musnahnya hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan, sehingga manusia menjadi lebih hina daripada binatang. Mereka membenarkan perkahwinan sejenis atas nama kebebasan setelah mereka mengizinkan hubungan tanpa perkahwinan yang telah merosakkan institusi kekeluargaan. Bukan sahaja pakaian dan makanan yang tanpa peduli akan halal dan haram, bahkan telah membawa penyakit roh dan jasad. PAS yang berpegang kepada aqidah Islam dan syariatnya yang sempurna menentang langkah ke arah perubahan berjenama progresif atau liberal yang berkonsepkan sekularisme serta sesiapa yang bersekongkol dengannya. [Bicara Tokoh Bersama Ayah Chik, bertajuk Islam Liberal: Cabaran Gerakan Islam, 3 Ogos 2024, Anjuran Jabatan PAS Luar Negara]
Abdul Hadi Awang tweet mediaAbdul Hadi Awang tweet mediaAbdul Hadi Awang tweet mediaAbdul Hadi Awang tweet media
Indonesia
82
72
326
19.7K
Mohd Mazli Ismail
Mohd Mazli Ismail@mazliis·
@RMalanjum_ Walanon cakap yg miskin makin miskin, yg kaya makin kaya... itu yg bapak non cakap dan dia buat apa yg dia cakap.
Indonesia
0
0
0
6
Sid
Sid@Solisidtor·
Azam, syarikat suami Hannah Yeoh dapat kelulusan daripada agensi bawah Kementerian Anthony Loke. Lepas tu kerajaan Amirudin pulak bagi projek direct kat syarikat suami dia tanpa open tender. Apa kau melalut sampai Kementerian Belia & Sukan ni? Apa jahanam lah.
Lancelot 🌺@lancelot_se

“Her husband received a contract from the Selangor state govt, and @hannahyeoh is the Youth and Sports minister - so I see no relation,” said MACC chief Azam Baki on allegations that Yeoh's husband's company Asia Mobiliti had received preferential treatment.

Indonesia
76
89
202
28.4K
CIKYANie
CIKYANie@lady_bugg11·
Buka Mulut Je Mohong 5 Negeri Tertinggi Nilai Pelaburan Diluluskan Januari-September 2023 1) Kuala Lumpur (RM48.9 bilion) 2) Pulau Pinang (RM44.9 bilion) 3) Selangor (RM41.6 bilion) 4) Kedah (RM22.6 bilion) 5) Johor (RM20.0 bilion) Kalau buang KL dan Selangor pun Kedah tetap tak boleh potong Pulau Pinang dan jadi negeri nombor satu menerima pelaburan. PAS tolong check sikit fakta MB hangpa ni lain kali. Kesian MB hangpa jadi bahan lawak ja. Bercakap kena ada ilmu. Takkan MB Kedah loqlaq sangat ni sampai tak reti nak bagitahu fakta yang sebenar.
Indonesia
68
78
273
39.3K
Mohd Mazli Ismail
Mohd Mazli Ismail@mazliis·
@lady_bugg11 DAP memang pembakar api perkauman, lihat sendiri cadangan perkauman yg tak masul akal. Tapi yg membelanya mak bedak, eh bodoh jugak rupanya
Indonesia
0
0
0
2
CIKYANie
CIKYANie@lady_bugg11·
NEGARA Malaysia dibina berdasarkan berbagai kaum dan agama berlandaskan perpaduan dan keharmonian. Namun sejak akhir2 ini ahli2 politik setiap hari membakar api perkauman dan faham sempit agama. Mereka lakukan ini demi survival politik mereka, tanpa memperduli apakah tindakan mereka itu akan menghancurkan negara.... Kredit zunar
CIKYANie tweet media
Indonesia
26
79
265
15.7K
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
YBM BERSIARAN KEMBALI MAC: ISHAM JALIL, LIM SIAN SEE, PUAD ZARKASHI DLL Malam ini, sepatutnya podcast Yang Bakar Menteri (YBM) ke udara (seperti siaran biasa malam Isnin setiap dua minggu). Tetapi saya di hospital untuk tempoh dua minggu lagi selepas menjalani pembedahan tulang belakang. Oleh itu, Insya Allah YBM akan kembali bersiaran dalam bulan Mac 2024. Terima kasih kepada yang menghantar mesej. Saya selalunya tidak berkongsi mengenai perkara yang saya kira peribadi, seperti masalah kesihatan. Tetapi saya juga tahu ada kawan-kawan yang bimbang. Lebih baik saya berkongsi sedikit sebanyak supaya dapat disampaikan kepada mereka yang ambil tahu. Saya kena serangan jantung dalam bulan Oktober 2023. Saya tidak fikir ia disebabkan tekanan kerja dan seumpamanya, lebih kepada keadaan kolesterol saya yang memang tinggi sejak saya muda. Setelah berpuluh tahun hidup dengan kolesterol yang tinggi, sudah tentu ada saluran darah yang tersumbat. Alhamdulillah, prosedur untuk membuka saluran darah di jantung yang tersumbat berjalan dengan baik. Terima kasih kepada pakar-pakar dan kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang menjaga saya dengan baik. Di minggu ketiga Januari 2024 pula, saya kena COVID (buat kali pertama). Saya tidak pernah kena COVID sebelum itu. Akibat terlantar beberapa hari, tekanan ke atas tulang belakang menyebabkan berlaku slipped disc. Keadaannya memuncak selepas beberapa minggu sehinggakan saya tidak lagi boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Sakitnya memang ke langit. Diagnosis dari MRI menunjukkan tulang belakang saya mempunyai masalah stenosis, iaitu ada tekanan (compression) dari slipped disc (yang menekan saraf dari depan) dan dari ligamen yang memegang tulang belakang (yang menekan saraf dari belakang) sehingga ruang saraf mengecil dan ditekan berpanjangan. Alhamdulillah, pembedahan untuk memotong sebahagian ligamen dan slipped disc (untuk membuka ruang kepada saraf) berjalan baik dan saya telah boleh berjalan semula. Terima kasih kepada pakar-pakar dan kakitangan Pusat Perubatan UPM yang merawat saya. Insya Allah saya akan kembali semula ke pejabat dalam bulan Mac 2024 dan YBM akan ke udara semula. Sebelum ini, ada watak-watak seperti Isham Jalil dan Lim Sian See yang menawarkan diri untuk bersemuka dengan saya dalam YBM. Saya tidak ada masalah sebenarnya. Dalam kerjaya saya, saya telah hadir dan bersemuka dalam pelbagai perdebatan, forum dan lain-lain. Malah saya pernah mencabar Dato’ Seri Najib Tun Razak berdebat pun sebelum PRU15 yang lepas. Kini, watak-watak seperti Isham Jalil, Lim Sian See dan Puad Zarkashi menjadi ayam tambatan kepada pembangkang Perikatan Nasional (PN) kerana mereka sering menyerang saya (dan kerajaan), sedangkan mereka ini adalah penyokong kuat Dato’ Seri Najib Tun Razak (yang partinya adalah sebahagian dari Kerajaan Madani). Watak-watak seperti inilah yang dilambung oleh aktivis maya PN, sedangkan tidak ada seorang pun pemimpin atau aktivis maya PN yang berani hadir bersemuka dengan saya dalam YBM. Saya tahu watak-watak seperti ini mahu hadir kerana mereka membawa agenda tertentu. Mereka juga tahu saya terikat dengan tertib bersama dalam kerajaan, yang bermakna saya tidak bebas menyatakan sesuatu yang boleh menimbulkan kekeruhan dengan UMNO, iaitu salah satu parti yang menganggotai Kerajaan Madani. Tetapi jika saya tidak bersuara mengenainya, yang lebih galak ialah pimpinan dan aktivis maya PN. Oleh itu, saya terbuka untuk mereka hadir bersemuka di YBM selepas saya mendapat maklum balas dari YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YAB Dato’ Seri Zahid Hamidi (Presiden Umno). Saya wajar menghormati pandangan mereka, demi menjaga keutuhan Kerajaan Madani. Jika mereka tiada halangan, saya berbesar hati untuk mendedahkan wajah sebenar watak yang mengendalikan kempen propaganda yang mempertahankan 1MDB selama ini, yang berselindung di sebalik nama Lim Sian See. Begitu juga dengan Isham Jalil, hatta Puad Zarkashi pun. Saya pun berminat untuk mendengar idea-idea mereka untuk membantu negara mengemudi suasana ekonomi dunia yang mencabar sekarang ini. Namun seperti tertib di dalam sesebuah organisasi, saya wajar mendapat maklum balas YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu. Insya Allah kita akan tahu menjelang Mac nanti.
Rafizi Ramli tweet media
Indonesia
270
305
1.3K
158.3K
Malaysia Kiri
Malaysia Kiri@malaysia_kiri·
PM merasa hairan mengapa masih ramai yang mempertahankan perasuah. “Saya tidak pertahankan, saya cuma lantik dia jadi timbalan,” ujar beliau serius.
Malaysia Kiri tweet media
Indonesia
149
107
287
36.9K
CIKYANie
CIKYANie@lady_bugg11·
LAAAA... GENG WALAUN RUPANYA DIA... Peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau ahli Muafakat Nasional (MN) sebagai menjawab dakwaan yang tular di media sosial berhubung perkara ini. "Presiden MN sendiri menjemput saya untuk menyertai dan apabila menyemak laman web mereka, ia menekankan perpaduan, kasih sayang, kebebasan dan keadilan yang saya percaya bermanfaat untuk Malaysia. "Saya memohon keahlian secara dalam talian dan permohonan diluluskan serta-merta," katanya ketika wawancara eksklusif di podcast Beyond the Headlines New Straits Times
CIKYANie tweet media
Indonesia
34
84
382
55.8K
Mohd Mazli Ismail
Mohd Mazli Ismail@mazliis·
@fahmi_fadzil Maknanya miskin tegar masih adalah di melaka, n9 & kl. Haritu silap pengumuman lah kiranya.
Indonesia
0
0
0
21
Fahmi Fadzil 🇲🇾
Fahmi Fadzil 🇲🇾@fahmi_fadzil·
𝙋𝙚𝙡𝙪𝙖𝙣𝙜 𝙆𝙚𝙙𝙪𝙖 Ross Ariffin, seorang komposer terkenal yang suatu ketika dahulu pernah berada di persada industri muzik tanah air dengan lagu ciptaan beliau dinyanyikan oleh artis popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Jacklyn Victor dan Fauziah Latiff. Namun, hidup ini ibarat roda, kadang kita diuji dengan cabaran yang tidak pernah kita fikirkan. Saya terbaca mengenai kisah Ross Ariffin menjadi gelandangan di Media Sosial dan saya terpanggil untuk mengenali beliau dengan lebih dekat untuk cuba membantu. Setelah kami bertemu, Ross menceritakan kisah sedih beliau makan di jalanan, kadang-kadang menjamah sisa-sisa makanan yang ditinggalkan di atas meja. Kadangkala tiada langsung makanan seharian sampai ke malam. Dengan nada percakapan yang tersekat-sekat akibat pernah mengalami serangan strok sebanyak dua kali, tangan Ross juga pernah patah dan masih tak sembuh. Kesengsaraan beliau sebagai gelandangan hingga ke tahap jatuh menggigil dan pengsan akibat berada di tengah hujan terlalu lama. Beliau sendiri menjangkakan hayatnya akan berakhir di situ. Namun, Allah SWT juga yang merencanakan segalanya. Keesokan hari beliau terjaga, bangun dalam keadaan yang sangat lemah dan kesunyian di hospital. Beliau berada di hospital sehingga Datuk Zainal menerima berita bahawa dia sedang terlantar di hospital. Datuk Zainal menghubungi Exco Kebudayaan Negeri Melaka, YB Abdul Razak Abdul Rahman dan meminta bantuan tempat perlindungan sementara. Ross akhirnya tidak perlu di jalanan lagi dan ditempatkan di tempat tinggal sementara. Terima kasih Kerajaan Melaka atas keprihatinan. Sedih dengan keadaan beliau, saya dan pasukan berusaha menjejak Ross. Kami menghubungi Datuk Zainal dan beliau setuju untuk adakan pertemuan di Melaka. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya bertemu dengan Ross. Semasa bertemu, kami berbicara hati ke hati. Saya tersentuh dengan segala pengalaman pahit dan kesukaran yang beliau lalui. Namun, Ross masih punyai tekad dan iltizam yang kuat untuk kembali berkarya kerana minat yang cukup mendalam. Saya dengar dengan teliti kata-kata beliau dan memberi semangat supaya tidak menyerah kalah dan terus berkarya kerana Ross punyai bakat yang sangat unik dan berupaya untuk kembali menjadi sebahagian daripada keluarga besar industri hiburan negara. Saya anggap ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab saya untuk membantu penggiat seni di negara kita. Saya dengan pasukan meneliti beberapa perkara dan cuba membantu sebaiknya untuk beliau kembali berkarya. Saya mohon pertimbangan daripada YB @DrZalihaMustafa, Menteri Wilayah untuk mengenal pasti sebuah unit PPR dan juga cuba dapatkan bantuan asas untuk keperluan rumah beliau. Semasa melangkah masuk rumah PPR baharu, Ross macam tak percaya dia akhirnya mempunyai sebuah rumah sendiri untuk diduduki selepas 3 tahun menjadi gelandangan. Saya juga berbincang dengan pihak @RTM_Malaysia supaya Ross dapat bekerjasama dalam penciptaan lagu baharu bersama RTM supaya dia dapat bangkit semula. Kami bertemu Pengarah Muzik, Dato' Mokhzani untuk merancang penerbitan lagu baharu yang boleh beliau gubah. Ross nampak begitu bersemangat untuk kembali berkarya. Buat pertama kali selepas 3 tahun menjadi gelandangan, Ross berpeluang untuk duduk di depan sebuah Grand Piano dan jari-jemarinya terus lincah meneroka papan kekunci. Saya sendiri berasa terharu melihat seorang komposer legenda melepaskan rindu bermain alat muzik. Selagi mana saya berperanan sebagai Menteri dan Kerajaan Madani masih mentadbir, percayalah bahawa kami akan berusaha sedaya upaya buat para seniman. Uncle Ross sedang mencari sebuah keyboard baharu dan sedikit wang tambahan untuk dia mulakan kembali kehidupan. Jom pakat ramai-ramai berikan angpow kepada Ross agar sama-sama meringankan beban, supaya beliau boleh terus berikan sentuhan magis kepada industri muzik tanah air. Boleh derma di sini: Roslan Ariffin Bin Jamil Akaun BSN: 0410041100013234
Fahmi Fadzil 🇲🇾 tweet mediaFahmi Fadzil 🇲🇾 tweet mediaFahmi Fadzil 🇲🇾 tweet mediaFahmi Fadzil 🇲🇾 tweet media
Indonesia
49
336
1.2K
204.9K
CIKYANie
CIKYANie@lady_bugg11·
3 tahun lalu… Apabila Dr Mahathir jadi PM kali kedua, perkara pertama yang beliau rancang adalah menghalang Anwar jadi PM dengan meruntuhkan PH dan membentuk pakatan baru (kemudiannya menjadi PN). Bagaimana? Beliau sengaja meletakkan orang-orang Melayu dalam keadaan marah, terancam, terhina dan seumpamanya di bawah kerajaan PH agar senang mereka disatukan. Setelah berjaya membangkitkan kemarahan Melayu, mudahlah mereka menerima pembentukan kerajaan PN. Ketika pembentukan kerajaan PN dahulu ramai orang Melayu yang bersorak rasa menang, asalkan bukan DAP, padahal semua ini adalah plot Dr Mahathir. Dr Mahathir dapat mengawal DAP sebenarnya. DAP tidak dapat bertindak sesuka hati dalam kerajaan PH. Hanya Dr Mahathir yang sengaja memperlihatkan DAP berkuasa dalam kerajaan PH untuk membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu.. -ladybug
CIKYANie tweet media
Indonesia
43
169
625
76.6K
Mohd Mazli Ismail
Mohd Mazli Ismail@mazliis·
@rafiziramli Time kau kira berbeza, time org lain kira sama, kalau dh formula kelaut, sana jugaklah kesudahannya
Indonesia
0
0
0
3
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
KERAJAAN ANTI-SUBSIDI DAN ANTI-ORANG MISKIN? Saya tidak terkejut kalau lepas ini, serangan terbaru pembangkang ialah mengenai penyasaran semula subsidi. Malah, saya faham kalau ada kebimbangan kenapa semua ini yang ditumpukan kerajaan – kan bagus kalau bagi wang kepada semua dan gunakan duit cukai rakyat untuk tetapkan harga barang serendah mungkin? Kita sebenarnya dah terlepas kapal. Semasa polemik turunkan harga RON95 antara 2007 ke 2015, situasinya berbeza. Tanggungan subsidi negara masih rendah berbanding pendapatan keseluruhan kerajaan, jadi isunya adakah lebih baik sejumlah beberapa bilion digunakan untuk rakyat terbanyak dan bukannya untuk projek-projek mega. Malah, antara tahun 2014 hingga 2018, ada ketikanya rakyat membayar harga RON95 yang lebih tinggi dari pengiraan harga pasaran. Maknanya, ada elemen cukai yang dikutip secara senyap-senyap. Keadaannya cukup berbeza sekarang. Apabila jumlah tanggungan subsidi melangkaui RM80 bilion setahun dan kita tahu banyak ketirisan berlaku (orang kaya mendapat lebih banyak manfaat, bukan warganegara turut sama mendapat subsidi), ia perlu distrukturkan semula. Jika tidak, perbelanjaan rakyat yang lain akan dikekang dengan keadaan fiskal sebegini. Sebab itu, tindakan yang sedang diambil kerajaan sekarang bukannya anti-subsidi. Ia adalah penyasaran semula subsidi supaya ia sampai kepada yang benar-benar memerlukan. Saya ulas perkara ini apabila dibakar oleh Profesor Barjoya Bardai baru-baru ini. Saksikan video penuh Yang Bakar Menteri EP 2 di laman YouTube saya atau Spotify Yang Bakar Menteri. #YangBakarMenteri #ekonomimadani
Indonesia
63
212
676
63.3K
CIKYANie
CIKYANie@lady_bugg11·
Anwar Ibrahim dan Nik Aziz ada persamaan, dimana mereka dikenali sebagai pejuang Islam, namun para pemuka agama bukan Islam selesa bersama mereka. Dakwah mereka merentasi kaum. Mereka adalah pemimpin yang mendamaikan. Terserlah salah satu sifat pemimpin pada mereka, iaitu menyatukan. Sesungguhnya Nik Aziz dan Anwar Ibrahim itu sedang mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w dalam hal ini.
CIKYANie tweet media
Indonesia
89
147
879
56K
Mohd Mazli Ismail
Mohd Mazli Ismail@mazliis·
@rafiziramli @RadziJidin Terbaik yb, harga barang tak ada yg stabil tetapi kenaikan setiap bulan amat memberangsangkan. Menunjukkan kadar belian yg baik by right. Juga beras tempatan sekejap ada sekejap tak ada bagus untuk unjuran ekonomi madani, bgga yb lapuji yg cerdik dan otak letak dekat mana ini.👍
Indonesia
0
0
0
2
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
Saya sangat-sangat berharap @RadziJidin sudi terima jemputan untuk hadir dalam #YBM yang seterusnya. Ini peluang untuk hentam saya cukup-cukup pasal prestasi ekonomi dan pendekatan kerajaan sekarang. Ia juga bagi peluang kepada saya tanya pasal learning loss pelajar-pelajar Malaysia yang menjadi legasi beliau semasa dia jadi menteri pendidikan.
Radzi Jidin@RadziJidin

Eksport Malaysia jatuh selama 10 bulan berturut-turut! Kali terakhir eksport jatuh selama lebih 10 bulan berturut-turut adalah 15 tahun yang lalu. (1/2)

Indonesia
325
984
2.4K
465.5K
Mohd Mazli Ismail
Mohd Mazli Ismail@mazliis·
@lady_bugg11 Kalau rasa mahal pegi la sewa tapak madani penjilat tokey cina, baru dlm rm5k - 10k sewa sebolan, tak mahal pon janji cina dap
Indonesia
0
0
0
4
CIKYANie
CIKYANie@lady_bugg11·
Wow kerajaan isley kedah naik sewa premis dari RM90 hingga RM 550 ke RM 700. Dah tu kena depo RM 2000 pulak tu. Cekik darah betul negeri MB Sempoi hangpa nah? Ini bela melayu islam ke ni? Kalau bab menekan rakyat bagi kat penunggang agama dan melayu la. Depa memang champion bab ni. -ladybug. 🤣
CIKYANie tweet media
Indonesia
57
157
431
30K
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA vs MELAYU HILANG 10 TAHUN LAGI Saya selalunya bercuti dengan isteri dan anak melawat tempat-tempat yang kita banyak dengar cerita tetapi jarang berkesempatan melihat sendiri. Cuti sekolah baru-baru ini saya bawa anak dan isteri menziarahi makam Hang Tuah. Kebetulan minggu ini timbul isu Melayu akan hilang 10 tahun dari sekarang. Amaran itu diberikan oleh Tun Mahathir, yang telah mewarnai dan mempengaruhi masyarakat dan negara kita sejak lebih 60 tahun lepas. Amaran Tun Mahathir itu cukup berbeza dengan kata-kata semangat yang dikaitkan dengan Laksamana Hang Tuah 500 tahun lalu, iaitu “takkan Melayu hilang di dunia”. Persoalan mengenai kedudukan Melayu dalam masyarakat dan negara ini telah menjadi salah satu isu pokok sejak seratus tahun lalu. Seperti juga isu-isu lain yang berupaya mempengaruhi emosi masyarakat, ada pelbagai pandangan mengenainya. Sebahagian pandangan itu bersifat ekstrem, ada juga yang menolaknya seolah-olah ia bukan pun satu isu. Lazimnya, pandangan yang paling selari dengan perasaan rakyat terbanyak adalah yang berada di tengah-tengah, yang mewakili majoriti yang senyap (“the silent majority”). Adakah kita wajar berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan pencapaian masyarakat Melayu sekarang? Pandangan saya, ada perkara-perkara yang wajar memberi lebih keyakinan kepada kita bahawa keadaannya tidaklah seperti yang digambarkan Tun Mahathir. Contohnya, orang Melayu kini membentuk kelas pertengahan (middle class) yang besar dalam negara kita berbanding 50 tahun dahulu. Orang Melayu juga membentuk kelas profesional yang besar. Kejayaan membina kelas pertengahan dan kelas profesional yang besar ini adalah bukti orang Melayu berkemampuan menaiki mobiliti sosial melalui pelaburan kerajaan dalam pendidikan.
Rafizi Ramli tweet media
Indonesia
113
507
1.7K
171.1K
CIKYANie
CIKYANie@lady_bugg11·
BERHIMPUN KERANA ANAK Anak Tun Mahathir di suruh SPRM istyihar harta, Tun Mahathir pula yang buat sidang media seterusnya buat himpunan kononnya selamatkan rakyat.Himpunan selamatkan rakyat kah selamatkan anak Tun Mahathir? Yang kena siasat Mirzan. Yang kaya berbillion itu kroni anak branak daim- mahathir. Yang berpanas bersusah payah walaun PAS😂😂 -ladybug.
CIKYANie tweet media
Indonesia
146
560
1.7K
216.5K