Michael
15.7K posts


#SelamatHariRaya #eidelfitr #EidMubarak to all my friends and family members! Hati hati di jalan raya and safe return to all ! Be Good Do Good as always! #YNWA




English

@esshimself indeed it is, is the same we dislike this PM we change another, we keep changing, we all the same, we claim we want reduce the salt, we complain the foods taste flat
English

Thinah and Pearly Tan are making a good comeback in the 2nd set against the Korean pair of Baek / Lee ! 21-17 | 9-10 as of now #AllEnglandOpen2026
English

@skumar176 Sedihnya ialah yg undi sokong kena marah Dan deki,tapi yg tak undi semua tak kena apa2, apa dah jadi kpd masyarakat Malaysia?
Jelas siapa yg nak reformasi Dan siapa tak nak
Indonesia

Yang RUGI adalah negara kita dan generasi kita di masa hadapan! Yang merugikan dan bersifat tamak adalah pembangkang yang kenaruk kuasa dan pengkhianat bangsa, agama dan negara !
Astro AWANI@501Awani
Kurang daripada dua pertiga majoriti Dewan Rakyat yang bersetuju Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri. Ikuti berita terkini di astroawani.com #AWANInews
Indonesia
Michael retweetledi

BREAKING: President Trump says the U.S. has begun "major combat operations in Iran." Follow AP's live updates. apnews.com/live/live-upda…
English

@skumar176 @rafiziramli RR also no courage, since u not loving ur party you may take courage just exist.
Play a pity role as for now.
I see some structural change in gov by PH, still support PH
At least daring.
All politicians are selfish.
English

@rafiziramli Washing dirty linen in public…not going to purify both of you!The mud slinging is just getting uglier by the hour! We, PH supporters and a strong supporter of you YB RR, would like to see an end to this before public get fed up!Nation comes 1st and YOU are the next PM candidate
English

𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗞𝗥
𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗣𝗞𝗥 𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗖𝗔𝗧
𝗥𝗨𝗣𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗢𝗡𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗧𝗬𝗟𝗘 𝗕𝗟𝗢𝗖𝗞 𝗖𝗛𝗔𝗜𝗡 𝗝𝗨𝗚𝗔𝗞
Satu perkara yang membezakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah soal keberanian dalam membuat keputusan.
Kalau saya dalam Bersatu, dah lama saya kena pecat.
Tapi Dato’ Seri Anwar, seperti yang saya pernah sebut dalam podcast, kalau boleh dia nak semua orang buat untuk dia. Apa yang saya sebut sebelum ini sebagai entitlement yang dia ada. Dia rasa hak dia supaya orang berkorban untuk dia kerana dia pemimpin besar.
Bila sampai kepada kes saya, bila saya kritik dia, orang ingat dia akan tunjuk keberanian dengan memecat saya. Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat.
Tapi Dato’ Seri Anwar dan PKR, dia nak suruh saya tolong selesaikan masalah itu bagi pihak dia.
Sebab kalau dia pecat, maka saya akan kekal sebagai Ahli Parlimen.
Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker dari PKR isytihar saya bukan lagi Ahli Parlimen. Puas hati mereka, padan muka kau.
Tapi mereka nak saya tolong masak, tolong hidang dan mereka makan. Sama seperti sebelum ini - Dato’ Seri Anwar dan PKR nak saya kerja separuh mati angkat dia, keluar masuk lokap dedahkan skandal supaya orang sokong PKR, tapi bila dia dah jadi Perdana Menteri, ikut suka dia nak buat apa.
Orang Barat kata “he wants to have a cake and eat it too”.
Berbalik kepada cerita surat dari PKR.
Ini saya kongsikan perangai Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.
PKR hantar surat tunjuk sebab kepada saya atas alasan saya telah isytihar keluar parti.
Kononnya saya isytihar keluar parti bila saya sebut saya akan bertanding di PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR.
Itu perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan saya tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti. Setelah saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa.
Selagi saya Ahli Parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen.
Konar baring dari Fuziah Salleh ni, kalau kita guna pakai kepada kes Anwar Ibrahim di masa lalu, lagi memalukan.
Bayangkan sebelum-sebelum ini dalam tahun 2020-2021, Anwar sering mengumumkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri kerana telah cukup Ahli Parlimen yang menyokongnya. Katanya dia telah dapat sokongan yang “strong, formidable and convincing”, hingga hampir sokongan dua pertiga.
Bila wartawan tanya butiran, siapa, parti mana - Anwar pada ketika itu jawab: “biarlah ahli-ahli parlimen yang menyokong saya ini yang memberi respons, daripada saya bagi maklumat lanjut”.
Pakai logik yang PKR sedang gunakan sekarang, dengan pengumuman Dato’ Seri Anwar yang beliau telah cukup sokongan dan AKAN menjadi Perdana Menteri, maka beliau TELAH jadi Perdana Menteri.
Kita semua tahu itu tidak benar.
Beliau hanya jadi Perdana Menteri setelah PH menjadi blok terbesar selepas PRU15.
Undang-undang tidak diputuskan berasaskan niat semata-mata.
Ahli Parlimen ada niat masing-masing dan perancangan masing-masing dalam PRU16, tetapi kerusi parlimen hanya gugur kalau dia umum keluar parti atau masuk parti lain secara sah dan rasmi.
Konar baring dari Fuziah Salleh ini tidak ubah seperti konar-konar baring semasa pemilihan PKR tempoh hari - dari pertukaran sistem mengundi, kepada block chain, kepada keengganan membuka peti undi untuk diaudit.
Sekarang konar baring itu hendak digunakan untuk menggugurkan saya dari Parlimen, walaupun saya tidak isytihar keluar parti.
Saya akan balas dan jelaskan seperti ini kepada Fuziah Salleh dan PKR.
Lepas itu, kamu nak buat apa pun buatlah.
Sebab saya yakin Allah melihat semuanya.
Indonesia

@malaysiakini football has its rules, some one dislike and come out with fulsa, beach football and so on, yet the influences of football still the highest.
English

Prime Minister Anwar Ibrahim's handling of various issues, including corruption cases and matters important to progressives and non-Malays, have led to increasing disillusionment among Pakatan Harapan's core supporters.
Anwar's disenfranchised former protégé, Rafizi Ramli, however, has signalled that Harapan supporters may have something to look forward to from him by June.
During an interview with BFM, which aired yesterday, Rafizi said that he and his allies are open to "sailing their own ship".
Full story: mk.my/0182M26

English
Michael retweetledi

SUBSTANS vs SENTIMEN
12 tahun sebagai penjawat awam, bekerja di Kementerian, Jabatan dan Negeri. Kena hadir Pasca Mesyuarat Kabinet dan Parlimen sekali.
Saya seperti ramai pejawat awam lain, duduk dekat dengan orang politik. Kami bekerja dalam diam dan memerhati.
Setiap polisi dan dasar yang dibuat. Kami jenuh menyediakan SUBSTANS. Ada yang perlu dimasukkan dalam Akta. Ada fakta dan data diambil untuk Menteri menjawab pula.
Pada masa yang sama, pihak Menteri akan bersedia untuk hadapi segala sentimen dan propaganda.
Seperti biasa di Malaysia, benda baik secara substans boleh nampak buruk melalui sentimen.
************
Contoh pengalaman sendiri.
Tahun 2011, kami menggubal undang-undang berkaitan penguatkuasaan halal.
Salah guna status halal dijadikan kesalahan.
Logo Halal JAKIM diwajibkan bagi yang mengisytiharkan produk mereka “halal”.
Tujuannya jelas. Yakni lindungi pengguna dan perkukuhkan sistem.
Dalam Parlimen, bangun seorang YB dari Pembangkang. Berkopiah dia. Bantai RUU ini sebab membebankan Jakim. JAKIM tak bersedia etc. Menyusahkan rakyat pula.
Menteri jawab, RUU ini baik untuk negara, logo halal tak boleh disalahguna. JAKIM pula akan diperkasa.
Lepas perbahasan, dalam kafe Parlimen, YB yang membangkang tadi minta kupi2 dengan Menteri. Saya diminta hadir sekali.
Selamber YB ni dengan muka cukup tebal, mintak projek pada Menteri.
Dia kata JAKIM tak mampu buat, baik bagi pada dia.
Saya tepi tu, rasa nak hempuk dia pun ada.
Lepas dia blah, Menteri tengok muka saya kelat, Menteri kata “that’s politics, Liyana. It’s an art”.
Di situlah saya faham, dalam politik, pentas dan belakang pentas jarang sama skripnya.
**********
Dari situ saya belajar.
Dalam setiap mesej politik, ada dua bahan utama.
(1) Substans.
Data. Dasar. Angka. Kesan jangka panjang.
(2) Sentimen
Marah. Takut. Bangga. Trauma.
Nostalgia “dulu lebih baik”.
Substans biasanya panjang.
Sentimen biasanya tiga perkataan.
Substans perlu dibaca.
Sentimen cuma perlu rasa.
Rasa terancam.
Rasa terpinggir.
Rasa diselamatkan
Sebab itu kejayaan fiskal dan ekonomi kadang kalah dengan satu slogan “Kerajaan Gagal”.
Rakyat tak bodoh.
Cuma penat.
Dan bila penat, manusia tak tengok graf fiskal ya.
Dia hanya nak tahu harga ayam.
************
Politik tahu satu rahsia psikologi:
Manusia membuat keputusan dengan emosi,
dan mempertahankannya dengan logik.
Jadi yang dijual bukan penyelesaian.
Yang dijual ialah perasaan.
***********
Namun bila pengundi makin matang. Kita dah mula nampak segala wayang.
Kita boleh membezakan watak.
Politician thinks about the next election.
Statesman thinks about the next generation.
Yang satu memburu undi.
Satu lagi memikirkan warisan. Apa nasib anak2 kita di masa depan?
Dan akhirnya kita kembali kepada satu realiti:
Emosi boleh memenangi pilihan raya.
Tetapi hanya substans boleh mentadbir negara.
Moga kita cukup waras untuk membezakan kedua-duanya.
Salam hormat,
Liyana Marzuki

Indonesia














