Terengganu Inc, anak syarikat Kerajaan Negeri bakal membangunkan projek solar terapung berkapasiti sehingga 7.5GW, satu inisiatif yang berpotensi meletakkan Terengganu sebagai antara pengeluar tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia.
Langkah strategik ini diyakini mampu menarik pelaburan berimpak tinggi, merangsang pertumbuhan ekonomi negeri serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak tempatan dan industri berkaitan.
Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan memberi manfaat besar kepada negeri serta rakyat seluruhnya.
GEDEBE
Esok Pemuda Pas Kelantan nak buat konvoi dan lepak di Kota Lama. Khusus di Kota Lama.
Kenapa Kota Lama?
Sebabnya ADUN Kota Lama, satu2nya YB wanita dalam DUN Kelantan baru2 ini menegur Kerajaan Negeri tentang masalah melepak dan merempit di Airport baru KB.
Pintu gerbang kemasukan pelancong tak eloklah dipenuhi dengan aktiviti begitu.
Pemimpin Pas berang dalam kenyataan itu. Siap balas hujah “Apa masalah mereka di situ? Bukan buat jenayah hisap dadah. Biarlah mereka buat begitu di airport baru”.
Ni lah dia. Bila kita dapat pemimpin negeri dan negara yang sub-par. Dia punya level memerintah, hanya bare minimum. Asal anak2 muda tak hisap dadah.
Tak terfikir, nak sediakan kawasan litar atau riadah. Takpun gerakkan ekonomi agar anak muda dapat limpahannya.
**********
Apa tindakan mereka selepas itu?
Nak buat konvoi motor di Kota Lama. Nampak sangat nak Intimidasi dan menekan satu2nya YB Wanita Kelantan. YB Dr Hafidzah Mustakim di kawasannya.
Inilah dia nanti contoh bila PAS memerintah Malaysia. Bila ditegur mereka akan mobilise anak muda. Politik benci dan politik gangster. Atau orang Kelantan kata gedebe.
****************
Alang2 konvoi tu, apa kata YB Fadhli Shaari tolong bersolidariti untuk kes pembunuhan anak pengundi beliau: Wan Ahmad Faris. Tuntut keadilan atas Yayasan Islam Kelantan. Fitnah Faris bunuh diri dan robohkan tempat kejadian.
Kalau membela arwah Zara boleh menyeberang Laut China Selatan. Takkan untuk anak Kelantan, Pemuda Pas tak boleh bersolidariti?
Kita tak mintak banyak, pohon masa konvoi tu kibarkan banner Justice for Wan Ahmad Faris.
Takkan tu pun tak boleh buat, untuk Anak Hafiz negeri sendiri?
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Dua anggota tentera berpangkat Koperal masing-masing didenda RM2,200 di dua Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencederakan dua rakan setugas awal bulan lalu.
Tertuduh Mohamad Izzuddin Ahmad, 27, dan Muhamad Amir Irfan Mohd Ridzuan, 25, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi dan Majistret Mohamad Azlan Basri. buletintv3.my/mahkamah/2-ang…
@liyana_marzuki Maksudnya apa ya Puan? Tentu sekali pembangkang di Malaysia ini tidak punyai nilai dan harga diri lagi. Mereka tidak upaya untuk membawa negara ke hadapan lantas meracuni rakyat supaya menjadi seperti mereka. Pembangkang yg gagal tidak wajar diberi peluang untuk mentadbir negara.
PAKAI OTAK
Kalau ekonomi Malaysia “merudum”,
kenapa dunia luar nampak benda lain?
Nararif yang diulam2 dan cuba ditanam:
“Kerajaan Perpaduan ini gagal tangani krisis, ekonomi Malaysia teruk merudum”.
Ini yang kita perhatikan, melaut di media sosial. Dibawa pemimpin Pembangkang, propagandis dan laskar siber parti. Nak dekat PRU, time for extra OT.
Bagi geng jangan pajak otak (JPO), bila kita dengar pertama kali, kita tahu kita kena semak fakta. Fact check ia. Tidak boleh ditelan begitu sahaja.
Ini semakan yang saya jumpa. Oleh media tempatan dan antarabangsa. Bukan naratif propagandis ya.
✅ Bank Dunia naikkan jangkaan KDNK kita. Maknanya Bank Dunia jangkakan kadar pertumbuhan ekonomi kita tetap meningkat walaupun ada perang.
✅ Nikkei Asia memuji Malaysia sebagai pemenang dalam diam. Memuji prestasi ekonomi, peningkatan sektor AI dan chip serta pelancongan.
Ini bukan satu suara. Ini korus level global.
✅ Financial Review Australia katakan Malaysia ini sebuah negara yang pandai guna kesempatan dan peluang ketika perang. Dia memuji Malaysia sebagai antara yang terawal di ASEAN yang kapal tankernya dibenar lalu Selat Hormuz.
✅ Juga tahun ini, Bloomberg catatkan Ringgit Malaysia makin mengukuh disebabkan pertumbuhan ekonomi dan strategi Kerajaan untuk fokus industri AI.
Ini semua fakta dan data yang tersedia untuk kita pertimbangkan. Because numbers don’t lie.
************
Nararif dan permainan persepsi akan berterusan selepas ini.
Manipulasi fakta, cherry picking dan half truths akan terus diguna propagandis parti. Dibawa oleh laskar siber yang akan terus2an mencela dan memaki. Termasuk ke atas golongan atas pagar.
Akan cuba menenggelamkan fakta dan data yang ada. Nak kita pajak otak supaya hanya nampak naratif mereka.
Saya selalu percaya “pemimpin yang baik mengangkat akal rakyat bukan menaikkan emosi mereka”.
Tambah yang suka pengundi jahil politik dan agama. Motto politik mereka “Jangan Pakai Otak” jua. Mereka suka pentaksub dan pewala.
Cuma satu sahaja mereka kena beringat.
Pilihanraya bukan ditentukan oleh pentaksub dan pewala ya. Walau anda terpaling bising, anda hanya minoriti.
Majority senyap dan pengundi yang berfikir (thinking middle) yang tentukan pilihanraya. Dah kita buat beberapa cycle.
Maka, pohon elakkan memandirkan kita.
Kerana akhirnya, naratif boleh dibina.
Tapi realiti ekonomi tetap akan bocor keluar.
Akan dinilai oleh yang berfikir dan pakai otak.
Kita boleh membenci pemimpin, tapi jangan sampai membenci negara.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Rakyat marah kat Anwar sebab dulu masa dia Ketua Pembangkang, dia janji macam2. Seolah2 dia ada formula utk semua masalah negara. GST dia ada solution, minyak dia ada solution, korupsi dia ada solution, semua dia ada solution lah.
Tapi bila dia jadi PM, baru kita nampak yang sebenarnya Anwar seorang pemimpin yang gagal. Dia tak pandai tangani krisis. Dia takde idea. Dia mudah koyak.
Baru lah kita sedar yang sebenarnya time sebelum dia jadi PM, semua dah okay. Dia naik, jadi tak okay.
Sebenarnya Anwar bukan lah solution, tapi dia lah punca problem.
Kawan-kawan tanya, YB kena juga ke? 😅
Ambo tak tahu apa-apa.
Tiada notis dari SKMM.
Tak tahu kalau ada laporan polis terhadap ambo.
Permintaan Fahmi supaya minta maaf pun ambo tak layan.
Tiada posting yang ambo turunkan atau delete.
Ginilah Pok Cik Man senyum supo skalo.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menggalakkan sektor swasta mengamalkan dasar bekerja dari rumah (BDR) seperti sektor awam.
Menterinya, R Ramanan berkata langkah itu dapat menjimatkan subsidi kerajaan selain membantu syarikat dan pekerja mengurangkan kos operasi serta perjalanan.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, hari ini menempelak sesetengah pemimpin yang dianggapnya gagal mengurus negara walaupun memiliki pelbagai sumber yang banyak sebagai “bebal” serta “bangang.”
Dalam hantaran terbarunya di media sosial, Abdul Hadi memulakan kritikan itu dengan memetik kisah Nabi Yusuf AS yang memberikan khidmat mengelola Mesir menghadapi dugaan yang panjang.
Katanya, Nabi Yusuf enggan bersenang-lenang berdampingan dengan raja Mesir ketika itu, justeru dia menawarkan diri untuk berkhidmat kepada negara bagi menyelamatkan rakyat yang berdepan dengan krisis ekonomi.
Berita penuh: malaysiakini.com/news/772671
@Marchfoward Mcm pelik pulak, negara bukan pengeluar nak bantu negara pengeluar, rasa itu minyak US dijual melalui Jepun, maklum harga tgh bullish, Jepun cuma trader, US yg pegang akaun.
JEPUN NAK BANTU MALAYSIA BAB MINYAK
Jepun dilaporkan akan memberi bantuan minyak mentah dunia kepada Malaysia dan Negara Negara Asia yang lain maklum PM Jepun Sanae Takaichi. Ini hasil panggilan telefon Sanae Takaichi bersama PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakan sejawatannya di ASEAN dan pemimpin Asia yang lain
Bantuan ini bernilai 10 Bilion USD dan 1.2 Bilion Tong minyak bagi memastikan negara negara Asia yang lain mendapat bekalan minyak yang mencukupi