‏َ

56.6K posts

‏َ banner
‏َ

‏َ

@ohweenaaa

DM for paid review/collab & campaign 📩

Malaysia Katılım Mart 2020
540 Takip Edilen20.2K Takipçiler
Sabitlenmiş Tweet
‏َ
‏َ@ohweenaaa·
finally, i found mee kicap that suitable with my taste. i thought this is the best restaurant that i've ever visited 😭❤️ 📍Mee Kicap Ipoh, Southville City Bangi
‏َ tweet media
English
10
226
756
169.6K
‏َ retweetledi
Zambry Abd Kadir
Zambry Abd Kadir@ZambryOfficial·
Selamat Hari Jururawat Sedunia buat seluruh warga jururawat yang menjadi nadi penting dalam sistem kesihatan negara. Terima kasih atas segala pengorbanan, kecekalan dan susah payah yang dicurahkan dalam merawat serta menjaga pesakit tanpa mengenal erti penat lelah. Di sebalik tugas yang mencabar, para jururawat sentiasa hadir dengan senyuman, kesabaran dan sifat memberi perkhidmatan terbaik yang tinggi. Sesungguhnya, jasa dan bakti anda semua amat besar nilainya dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Semoga semua jururawat sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus menjadi insan yang membawa harapan serta kekuatan kepada masyarakat dan negara. Terima kasih, wira dan wirawati barisan hadapan negara. #SelamatHariJururawat
Zambry Abd Kadir tweet media
Indonesia
0
31
5
2.3K
‏َ retweetledi
Zambry Abd Kadir
Zambry Abd Kadir@ZambryOfficial·
80 tahun perjuangan UMNO bukan sekadar catatan usia sebuah parti, tetapi perjalanan panjang sebuah gerakan yang lahir daripada denyut nadi rakyat dan semangat mempertahankan agama, bangsa serta tanah air. Dari lembaran sejarah menuntut kemerdekaan, membina negara, mengangkat martabat pendidikan, memperjuangkan pembangunan luar bandar hinggalah mendepani pelbagai cabaran zaman, UMNO telah melalui jatuh bangun dengan penuh ketahanan dan pengorbanan. Hari ini, ketika dunia berubah begitu pantas dengan cabaran teknologi, ekonomi, geopolitik dan perubahan generasi, perjuangan ini tidak boleh terus terikat pada nostalgia semata-mata. UMNO mesti terus bergerak sebagai wadah yang memahami denyut masa depan, parti yang mampu membawa suara rakyat, menyatukan masyarakat dan menawarkan harapan baharu kepada negara. 80 tahun ini mengajar kita bahawa kekuatan sebenar bukan pada nama atau sejarah semata-mata, tetapi pada keberanian untuk berubah, memperbaiki kelemahan dan terus istiqamah berkhidmat. Perjuangan belum selesai. Masa depan sedang menanti untuk dibina. Selamat Menyambut Ulang Tahun UMNO Ke-80. Bersatu.Bersetia.Berkhidmat.
Zambry Abd Kadir tweet media
Indonesia
0
29
5
2.4K
‏َ retweetledi
Zambry Abd Kadir
Zambry Abd Kadir@ZambryOfficial·
Hari ini Tangga Istana Besar Johor memahat semula sejarah besar bangsa Melayu untuk sebuah parti yang berusia 80 tahun. Di sinilah bermula segalanya. Merafak sembah dan menjunjung setinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas limpah perkenan mencemar duli ke sesi fotografi yang penuh bersejarah ini bersama kepimpinan UMNO. Junjung kasih yang tidak terhingga juga kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas limpah perkenan serta sokongan dalam menyempurnakan detik yang amat bermakna buat seluruh keluarga besar UMNO ini. Sesungguhnya, peristiwa hari ini bukan sekadar rakaman gambar, tetapi simbol kesinambungan sejarah, kesetiaan kepada institusi Raja-Raja Melayu, dan tekad meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air. Dari Tangga Istana Besar Johor, sejarah pernah bermula. Dan dari sini juga, semangat perjuangan itu akan terus disambung untuk generasi mendatang. Daulat Tuanku! #UMNO80Tahun
Zambry Abd Kadir tweet media
Indonesia
0
33
14
2.5K
‏َ retweetledi
Zambry Abd Kadir
Zambry Abd Kadir@ZambryOfficial·
Ibuku Hari ini aku menziarahimu lagi di celah kalut waktu yang menggigit hari, dan perjalanan hidup yang terlalu pantas berlari. Namun berada di sisimu segala gelar dan dunia tiba-tiba luruh satu persatu. Aku kembali menjadi anak kecil yang pernah tidur di ribaan doamu. Malu diriku pada sayup suaramu yang masih mencari namaku di lorong ingatan yang kian berkabus. Malu aku kerana sering kalah kepada waktu, sedang engkau tidak pernah kalah mencintai anakmu. Pada rangkai ingatan yang masih tersisa, kau terus mengulang tanya dengan mata yang redup tetapi penuh kasih: “Engkau tinggal di mana?” “Kerja apa sekarang?” Dan setiap kali itu dadaku seperti disiat sunyi. Kerana aku tahu bukan ingatanmu yang hilang sepenuhnya, tetapi dunia perlahan-lahan sedang mencuri dirimu daripadaku. Namun senyummu masih menguntum seperti bunga tua yang tetap mahu mekar meski musim hampir meninggalkannya. Pada garis wajahmu aku membaca seribu pengorbanan: malam yang tidak tidur, air mata yang disembunyikan, lapar yang kau rahsiakan, demi melihat anak-anakmu membesar menjadi manusia. Hari ini hari ibu, tetapi bagiku, mengingatimu tidak pernah bernoktah pada tarikh. Kasih kepada seorang ibu tidak hidup pada sambutan, tidak juga pada hadiah dan ucapan. Ia hidup pada denyut hati seorang anak yang tidak pernah selesai berhutang cinta. Ibu, jika suatu hari kau lupa seluruh dunia, lupa nama-nama kami, lupa jalan pulang, bahkan lupa siapa dirimu sendiri ketahuilah, aku tidak akan lupa bahawa dari rahimmulah aku belajar tentang cinta yang paling suci di dunia. Doamu masih menjadi langit teduh di atas hidupku. Redhamu masih menjadi jalan pulang bagi jiwa yang rundung. Dan andai waktu terus mencuri ingatanmu satu persatu, izinkan aku pula menjadi penjaga kenangan itu mengulang kembali kisah-kisah kita, sehingga hujung usiamu, dengan kasih yang tidak akan pernah selesai. Selamat Hari Ibu, buat perempuan bernama syurga yang pernah memanggilku “anakku.” Selamat Hari Ibu❤️
Zambry Abd Kadir tweet media
Indonesia
0
32
16
2.3K
‏َ retweetledi
🍉 بوڠا
🍉 بوڠا@tweetsbunga·
Masuk kerja kul 9. Balik kul 7, 8, kadang 9 malam. Gaji? Sama je. Overtime? Tak dapat. Sebab "ni culture kita." Kau bkn dibayar untuk masa lebih tu. Kau cuma takut kena judge kalau balik awal. Ni bkn dedication. Ni exploitation yg kau normalize sendiri. maukerja.my
Indonesia
1
9
10
1.4K
‏َ
‏َ@ohweenaaa·
Buku tak pernah ketinggalan zaman, cuma cara orang akses buku kena ikut zaman.
Aaron Ago Dagang@AaronAgoDagang

Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia terus memperkukuh agenda pendigitalan perkhidmatan awam dengan memperkenalkan dua inisiatif utama, iaitu Quickbook2U@PNM dan Sistem Pengurusan Tempahan Ruang Sewaan (QuickKarel), bagi memudahkan urusan rakyat serta memperluas akses kepada bahan bacaan dan kemudahan perpustakaan. Quickbook2U@PNM membolehkan tempahan buku dibuat secara dalam talian tanpa kehadiran fizikal, lengkap dengan kemudahan penghantaran terus kepada pengguna, sekali gus menjimatkan kos dan mempercepatkan maklum balas ketersediaan bahan. Sementara itu, QuickKarel mempermudah tempahan ruang secara lebih pantas dan sistematik, dengan semakan masa nyata, pengurangan tempoh permohonan serta peningkatan ketepatan pengurusan dan pelaporan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian dalam memodenkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, selaras dengan aspirasi pendigitalan perkhidmatan awam dan usaha membudayakan ilmu ke arah pembinaan Negara Bangsa yang inklusif dan berdaya maju.

Indonesia
0
0
0
61
‏َ retweetledi
Aaron Ago Dagang
Aaron Ago Dagang@AaronAgoDagang·
Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia terus memperkukuh agenda pendigitalan perkhidmatan awam dengan memperkenalkan dua inisiatif utama, iaitu Quickbook2U@PNM dan Sistem Pengurusan Tempahan Ruang Sewaan (QuickKarel), bagi memudahkan urusan rakyat serta memperluas akses kepada bahan bacaan dan kemudahan perpustakaan. Quickbook2U@PNM membolehkan tempahan buku dibuat secara dalam talian tanpa kehadiran fizikal, lengkap dengan kemudahan penghantaran terus kepada pengguna, sekali gus menjimatkan kos dan mempercepatkan maklum balas ketersediaan bahan. Sementara itu, QuickKarel mempermudah tempahan ruang secara lebih pantas dan sistematik, dengan semakan masa nyata, pengurangan tempoh permohonan serta peningkatan ketepatan pengurusan dan pelaporan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian dalam memodenkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, selaras dengan aspirasi pendigitalan perkhidmatan awam dan usaha membudayakan ilmu ke arah pembinaan Negara Bangsa yang inklusif dan berdaya maju.
Aaron Ago Dagang tweet mediaAaron Ago Dagang tweet media
Indonesia
20
39
56
28.1K
‏َ retweetledi
Aaron Ago Dagang
Aaron Ago Dagang@AaronAgoDagang·
Sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Peru, Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Peru di Malaysia akan mengadakan Pameran “The Great Inca Empire: Integration and Diversity”. Pameran ini akan berlangsung dari 5 hingga 9 Mei 2026 bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia dan terbuka kepada orang awam, dengan pengisian merangkumi dua segmen utama yang menampilkan keagungan tamadun Inca serta perspektif sejarahnya. Orang ramai diseru untuk merebut peluang menghadiri pameran ini sebagai wadah memperluas pengetahuan serta meningkatkan apresiasi terhadap sejarah dunia dan kepelbagaian budaya!
Aaron Ago Dagang tweet media
Indonesia
21
40
62
30.8K
‏َ retweetledi
Aaron Ago Dagang
Aaron Ago Dagang@AaronAgoDagang·
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia menampilkan Pameran Maya Muzium Alam Semula Jadi bagi memperkenalkan keunikan flora dan fauna negara menerusi pengalaman digital interaktif. Pameran ini menampilkan 120 spesimen dalam paparan 3D lengkap dengan maklumat spesimen dan video proses pengawetan oleh pegawai muzium. Layari bila-bila masa dan di mana sahaja melalui pautan berikut: masvirtual360.jmm.gov.my
Aaron Ago Dagang tweet media
Indonesia
23
193
649
527K
‏َ retweetledi
Zambry Abd Kadir
Zambry Abd Kadir@ZambryOfficial·
Patik menjunjung kasih dan berbesar hati mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, dalam Lawatan Khas ke Uzbekistan. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan berangkat ke Persidangan Diraja bertemakan “Tradisi Saintifik Dalam Ketamadunan Islam: Sumber, Potensi dan Cabaran” yang berlangsung di Pusat Peradaban Islam Antarabangsa (ICC), Tashkent. Dalam Titah Diraja, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan bahawa tradisi ketamadunan Islam telah membuktikan bahawa agama dan sains bukanlah dua entiti yang terpisah, sebaliknya mampu bergerak seiring dalam memajukan perkembangan ilmu dan peradaban. Persidangan diraja ini merupakan anjuran bersama Universiti Teknologi Malaysia dan Pusat Peradaban Islam Antarabangsa (ICC), yang menghimpunkan sarjana dan tokoh pemikir dari pelbagai latar belakang dan negara. Patik dengan penuh takzim merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong untuk patik menyampaikan kata aluan dalam persidangan ini. Pada majlis ini, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang juga Canselor UTM telah berkenan menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara UTM dengan lima institusi utama di Uzbekistan, iaitu: * Pusat Peradaban Islam, Tashkent * Pusat Kajian Antarabangsa Imam Maturidi * Akademi Islam Antarabangsa Uzbekistan * Universiti Tashkent bagi Pengajian Oriental * Pusat Kajian Antarabangsa Imam Bukhari, Samarkand Selain itu, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyaksikan penyerahan sebanyak 20,000 naskhah Mushaf Al-Quran versi Malaysia oleh Yayasan Restu kepada Lembaga Waqaf Uzbekistan, satu simbol persaudaraan dan perkongsian warisan ilmu yang merentasi sempadan negara. Lawatan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Uzbekistan🇲🇾🇺🇿, malah menjadi jambatan penting dalam menghidupkan kembali tradisi keilmuan Islam yang berteraskan ilmu, hikmah dan nilai. Daulat Tuanku. 🇲🇾🇺🇿
Zambry Abd Kadir tweet mediaZambry Abd Kadir tweet mediaZambry Abd Kadir tweet mediaZambry Abd Kadir tweet media
Indonesia
0
34
25
3.2K
‏َ retweetledi
Aaron Ago Dagang
Aaron Ago Dagang@AaronAgoDagang·
Jom merasai keunikan kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan di Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Zon Sarawak pada: 📅 9 dan 10 Mei 2026 (Sabtu- Ahad) 🕘 10.00 pagi hingga 10.00 malam 📍Boulevard Mall, Miri, Sarawak Ada pelbagai aktiviti menarik yang disediakan khas untuk anda dan keluarga antaranya: - Pameran Reruai Agensi Kerajaan & Jualan Rahmah (KPDN) - Rumah KAMI - Karnival Ekonomi Rukun Tetangga Progresif - FoodUnites - Demonstrasi Signature Zon Sarawak - Pameran Wajah-Wajah Perpaduan - Jualan Usahawan Food Truck - E-Sport & Sukan Perpaduan - Pertandingan Karekter Perpaduan - Pertandingan Nopeng/ Betandak - Persembahan Silang Kebudayaan - Unity Fun Walk - Pertandingan Mewarna - Puzzle Activity & STEM Kids - Khazanah Perpaduan - Pertandingan Gubahan Buah Pelbagai aktiviti,pameran dan perkhidmatan yang kami sediakan khas untuk anda semua ! Juh… mari rami-rami kita memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Zon Sarawak kali tok. Masuk Percuma!
Aaron Ago Dagang tweet mediaAaron Ago Dagang tweet mediaAaron Ago Dagang tweet mediaAaron Ago Dagang tweet media
Indonesia
24
50
134
311.9K
‏َ retweetledi
Zambry Abd Kadir
Zambry Abd Kadir@ZambryOfficial·
Bila berlaku kebakaran, kita panggil bomba. Bila ada kucing tersangkut di pokok, bomba datang menyelamat. Bila tersangkut di mangkuk tandas, pun bomba datang membantu. Bila berlaku kemalangan, bencana, banjir, atau apa jua kecemasan, mereka sentiasa hadir tanpa banyak soal. Itulah wira sebenar, sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Selamat menyambut Hari Bomba kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Terima kasih atas keberanian, pengorbanan dan khidmat bakti yang tidak pernah mengenal erti lelah. 🔥🚒 #HariBomba #doczam
Zambry Abd Kadir tweet media
Indonesia
0
33
9
2.2K