radi

2.6K posts

radi banner
radi

radi

@radidaros

PostGraduate DBA. Pengundi Luar Yang TAK Dihargai & Tak isap rokok AI & Cyber+suku+Riti

Kuala Lumpur Federal Territory Katılım Eylül 2009
319 Takip Edilen109 Takipçiler
radi
radi@radidaros·
SCAM UMRAH TERUS BERULANG Puncanya bukan kurang amaran tetapi kelompongan undang undang Bayar penuh, sampai Tanah Suci jemaah terbiar Hotel tak wujud atau jauh Tiket pulang bermasalah Wakil dan mutawwif lesap Haji ada akta dan dikawal oleh Lembaga Tabung Haji Umrah tiada undang undang khusus Penguatkuasaan Umrah berpecah antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Polis Diraja Malaysia Tindakan biasanya hanya selepas jemaah jadi mangsa Umrah bukan isu ibadah semata mata Ia isu perlindungan rakyat dan tadbir urus negara Selagi tiada Akta Umrah Scam akan terus berulang #ScamUmrah #AktaUmrah #PerlindunganPengguna #TadbirUrus #MasadahTimeSiber
radi tweet media
Indonesia
0
0
0
137
radi
radi@radidaros·
Surau sepatutnya menjadi ruang yang menyatukan. Bukan sekadar tempat ibadah, tetapi tempat membina rasa kebersamaan dalam komuniti. Dalam satu surau biasanya wujud tiga kelompok. Pertama jemaah yang istiqamah solat lima waktu. Mereka hadir konsisten, senyap, tidak menuntut apa apa, tetapi setia mengimarahkan saf dan suasana rohani. Kedua AJK surau yang mengurus pentadbiran, perancangan dan kelancaran program. Ketiga satu kumpulan yang rapat dengan AJK, tidak selalu hadir solat lima waktu, tetapi aktif menyumbang tenaga melalui gotong royong, rewang, pembersihan dan persediaan program. Apabila ada kuliah atau majlis ilmu, kumpulan ini sering berada di dapur menguruskan masak minum dan keperluan logistik. Apabila ditanya, mereka menjelaskan bahawa mereka mendengar dari dapur kerana jika semua duduk di hadapan penceramah, tiada siapa yang akan menguruskan kerja kerja tersebut. Dari situ mereka melihat diri mereka sebagai tulang belakang operasi surau. Namun dalam urusan tertentu seperti jamuan atau perancangan aktiviti, maklumat sering tidak sampai kepada jemaah solat lima waktu. Jika bertanya, jawapan yang diterima ringkas dan tidak jelas. Akhirnya mereka memilih diam. Kita tak dipelawa. Lepas solat balik saja. Ini bukan soal siapa lebih banyak menyumbang, tetapi soal rasa dimiliki dan dihargai. Ibadah di saf, khidmat di dapur dan pengurusan di belakang tabir semuanya penting. Dengan komunikasi yang lebih terbuka dan sikap saling menghormati, surau boleh kembali benar benar menjadi milik bersama.
radi tweet media
Indonesia
0
0
0
59
radi
radi@radidaros·
Kisah Seram Kat Sekolah Menengah Asrama di Batu Kikir Akak ni tahun pertama kat sini. aktif sukan jugak. mula-mula pilih bola jaring sebab badan tinggi. pastu cikgu ajak cuba main basket, akak ok je, takde masalah. tapi kalau acik nak tau, asrama ni memang ada gangguan. hantu apa pun akak tak tau. kadang-kadang dia muncul kat tempat yang tak dijangka. kita takut, tapi terpaksa hadap jugak. nak mandi, nak pergi toilet, mesti kena ada kawan. siang hari pun jangan jalan sorang-sorang. pihak sekolah sebenarnya tau pasal benda ni, tapi macam takde tindakan. warden perempuan ada, tapi rasa macam tak function langsung. benda ni bukan baru, dah lama. nak cerita kat mak, nak minta tukar sekolah, akak tak berani. ni lah cabaran kami kat sini. ni lah masalah yang kami pendam.
radi tweet media
Indonesia
0
0
0
124
radi
radi@radidaros·
Isu Pengajaran Matematik di SMK Jelai. . Berdasarkan maklumat daripada anak buah aku, ada masalah serius berkaitan pengajaran subjek Matematik di SMK Jelai. Dia mengadu bahawa cikgu Matematik kerap tidak masuk kelas. Kalau masuk pun, masa kelas lebih banyak dihabiskan dengan cerita peribadi cikgu, bukan pengajaran Matematik. Bila pengajaran dibuat, ia sekadar teori tanpa latihan atau praktikal. Ada masa cikgu langsung tak masuk kelas, dan pelajar hanya menunggu tanpa sebarang aktiviti pembelajaran—ada yang sampai tidur dalam kelas. Keadaan jadi lebih membimbangkan apabila cikgu Matematik yang betul-betul mahir telah berpindah ke sekolah lain. Cikgu yang menggantikan pula nampak seperti tidak berminat mengajar dan tidak mempunyai kepakaran sebenar dalam subjek Matematik. Akhirnya, pelajar terpaksa bergantung kepada kelas tuisyen yang ditanggung oleh ibu bapa. Bagi aku, nak sponsor tuisyen anak buah ini bukan masalah. Tapi persoalan besar ialah bagaimana pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) boleh gagal mengurus isu sepenting ini. Jangan nanti terkejut bila prestasi kelulusan SPM, khususnya Matematik, jatuh merundum. Meletakkan guru yang tiada kepakaran dan minat untuk mengajar subjek kritikal seperti Matematik bukan sahaja menjejaskan pembelajaran pelajar, tetapi juga merosakkan masa depan mereka dan kredibiliti sistem pendidikan itu sendiri. . .
radi tweet media
Indonesia
0
0
1
64
radi
radi@radidaros·
Kisah Pensyarah IPTA. keluarga aku kategori porak peranda. masa aku kecil dan sekolah, aku kena rogol dengan bapak aku dan pakcik aku. Masuk sekolah menengah, cikgu-PIBG rogol aku. pada aku sex itu perkara sial. aku bersyukur kerana ada semangat untuk belajar sehingga ada phD. aku terpaksa layan supervisor yang gatal untuk lulus tesis aku. Kini aku berdendam dengan jantan-jantan yang memusnahkan hidup aku. . aku jumpa sabjek semasa dalam perjalanan naik bas ke arah selatan. .
Indonesia
0
0
1
79
radi
radi@radidaros·
kisah abg sales kereta dan juga runner. terkesima dengar butiran perbualan mcm mana kisah rasuah di puspakom, kaunter jpj. customer nak renew roadtax, nak interchange nombor plate, nak tukar nama kereta, nak dapatkan geran. aku g kaunter jam 6 -7 petang je. walaupun pintu dah tutup. kesah pegawai JPJ kena tukar ke sabah dalam 24 jam. Salam kerok kat mamak (ini biasa) , Duit selit kat fail (ini berani mati) , bank in ( kalau kau nak mampus!) Ada yang boleh kautim dan ada yang keras berintigeriti. tapi itu dulu lah (kat 10 tahun dah) , aku dah tak nak dan taubat sebab aku yang beri dan mereka yang menerima. . .
Indonesia
0
0
1
162
Roman Akramovich
Roman Akramovich@SyedAkramin·
Siapa tahu ini mesin apa? Clue : Bukan mesin tebu. P/s : Yang berumur 40 tahun ke atas dilarang jawab.
Roman Akramovich tweet media
Indonesia
80
22
243
31.1K
radi
radi@radidaros·
Cloudflare Global Outage Hits X, Spotify, ChatGPT, and Facebook ..#cloudflareconnect
English
0
0
2
320
radi
radi@radidaros·
@0nlyk1tt3n Selamat Datang Ke Malaysia
Indonesia
0
0
1
3.5K
radi
radi@radidaros·
GHOSTING ACCOUNT. Kebanyakan link di laman web gomen tidak aktif. Kalau email pun kelaut. Benda ini memalukan dan memberi kesan negatif kepada orang awam. Ada yang sembang ceramah seminar pasal IT atau kesedaran awam pasal jenayah siber akan tapi link ghosting accounts.
radi tweet media
Indonesia
0
0
1
71
radi
radi@radidaros·
@mkini_bm ye paham isu teknikal. satu dunia dah gelakkan kita. . . x.com/radidaros/stat…
radi@radidaros

Dulu, di kampani IT aku kerja, ada bartender khas dalam pejabat. Setiap hari Rabu, client yang ada hubungan dengan vendor akan datang untuk minum alkohol dan berkaraoke di ruang pejabat yang dibina macam kelab malam. Antara yang hadir termasuk Tan Sri, Dato’ Seri, dan pegawai atasan dari pelbagai latar belakang agama, dari masjid hingga ke kuil. Mereka berkumpul sambil bersorak “yam seng,” berborak tentang pelbagai hal, termasuk merancang masa depan projek dan kerjasama. Bartender tu memang ada tugas khas untuk layan mereka, sediakan minuman sambil muzik dimainkan. Segelas Jack Daniel’s, whisky, cognac, vodka, dan tequila tersusun sebaris menjadi teman sementara untuk melepaskan tekanan. Namun, inilah sebenarnya yang dinamakan rasuah tidak langsung (Indirect Bribery). Walaupun tiada wang tunai bertukar tangan, layanan hiburan, minuman keras, dan kemewahan yang disediakan itu tetap dikira sogokan. Nilainya bukan pada duit, tetapi pada bentuk layanan istimewa yang bertujuan mempengaruhi keputusan dan memberi kelebihan kepada vendor dalam urusan perniagaan. Kini aku sudah berhenti daripada kampani itu dan bekerja di luar negara—di sebuah negara yang amalan rasuahnya terlalu minima. Bezanya jelas terasa: suasana kerja jauh lebih profesional, telus, dan bebas daripada sogokan tersembunyi. Rasa keberkatan dalam setiap rezeki dan pekerjaan itu semakin kuat, menjadikan aku lebih tenang dan yakin dengan kerjaya aku hari ini. Rujukan: Aku jumpa mamat ni kat surau KLIA.

Indonesia
0
1
2
211
radi
radi@radidaros·
@bernamadotcom Mangsa kereta JKR, hari sabtu cuti dan bawak ank bini ke satu lokasi. Mohon JKR jelaskan .
Indonesia
0
0
0
707
BERNAMA
BERNAMA@bernamadotcom·
Seorang bayi lelaki berusia setahun maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Selangor, pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11 pagi berhubung kejadian terbabit. Beliau berkata kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan, sebuah kereta Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya Shah Alam, sebuah Honda City dan sebuah Proton X70. 📸 JBPM Selangor #BernamaNews #kemalangan
BERNAMA tweet mediaBERNAMA tweet media
Indonesia
16
233
346
73.4K
radi
radi@radidaros·
@Marchfoward Pelik Qatar ni. Pas ni kira tepuk tangan ucap tahniah je jika Qatar kena serang. .
Indonesia
0
0
0
388
Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴
TERKINI UAE dan Qatar tidak bersetuju dan tidak mahu menyertai Rancangan Mesir untuk membuat NATO versi Negara Negara Arab lapor Middle East Eye Sebelum ini Mesir mahu membuat NATO versi Negara Negara Arab untuk membantu bekerjasama dan bersatu terutama dalam hadapi ancaman Israel
Indonesia
30
96
384
67.6K
radi
radi@radidaros·
Aku tidak selesa dengan tindakan MyDigital ID berkolaborasi dengan pihak ketiga. Prinsip asas MyDigital ID ialah menjaga kerahsiaan data peribadi rakyat, sebagaimana telah termaktub dalam dasar privasi rasmi mereka, yang menyatakan dengan jelas bahawa: 1. Data peribadi mesti disimpan secara sulit, 2. Data hanya digunakan untuk tujuan yang sah, 3. Data tidak boleh dikongsi kecuali kerana keperluan undang-undang. Bila data peribadi mula dilibatkan dengan entiti luar, ia membuka ruang kepada percanggahan dasar, risiko privasi, dan hilangnya kepercayaan rakyat. Sebagai sistem identiti digital nasional, MyDigital ID sepatutnya mengekalkan integriti, neutraliti, dan ketelusan, tanpa sebarang pengaruh atau integrasi komersial daripada entiti luar. . #MyDigitalID #DataPrivacy #DigitalTrust
Indonesia
0
0
0
89
radi
radi@radidaros·
@Marchfoward Aku cadangkan guna robot je.
Indonesia
0
0
0
539
Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa 20 pegawai sudah dibuang kerja kerana terlibat dengan Sindiket Counter Setting 227 pegawai Imigresen lagi ditahan dan disiasat dengan kesalahan sama dan tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan selesai Counter Setting ialah sindiket di mana PATI boleh masuk ke Malaysia melalui kaunter khas tanpa melalui proses dan prosedur sah dengan bayaran tertentu
Indonesia
70
897
1.7K
80.3K
radi
radi@radidaros·
@SinarOnline Aku sokong Midin, Sokong turun je lah. . x.com/radidaros/stat…
radi@radidaros

Dulu, di kampani IT aku kerja, ada bartender khas dalam pejabat. Setiap hari Rabu, client yang ada hubungan dengan vendor akan datang untuk minum alkohol dan berkaraoke di ruang pejabat yang dibina macam kelab malam. Antara yang hadir termasuk Tan Sri, Dato’ Seri, dan pegawai atasan dari pelbagai latar belakang agama, dari masjid hingga ke kuil. Mereka berkumpul sambil bersorak “yam seng,” berborak tentang pelbagai hal, termasuk merancang masa depan projek dan kerjasama. Bartender tu memang ada tugas khas untuk layan mereka, sediakan minuman sambil muzik dimainkan. Segelas Jack Daniel’s, whisky, cognac, vodka, dan tequila tersusun sebaris menjadi teman sementara untuk melepaskan tekanan. Namun, inilah sebenarnya yang dinamakan rasuah tidak langsung (Indirect Bribery). Walaupun tiada wang tunai bertukar tangan, layanan hiburan, minuman keras, dan kemewahan yang disediakan itu tetap dikira sogokan. Nilainya bukan pada duit, tetapi pada bentuk layanan istimewa yang bertujuan mempengaruhi keputusan dan memberi kelebihan kepada vendor dalam urusan perniagaan. Kini aku sudah berhenti daripada kampani itu dan bekerja di luar negara—di sebuah negara yang amalan rasuahnya terlalu minima. Bezanya jelas terasa: suasana kerja jauh lebih profesional, telus, dan bebas daripada sogokan tersembunyi. Rasa keberkatan dalam setiap rezeki dan pekerjaan itu semakin kuat, menjadikan aku lebih tenang dan yakin dengan kerjaya aku hari ini. Rujukan: Aku jumpa mamat ni kat surau KLIA.

Indonesia
0
0
0
13

313
radi
radi@radidaros·
Aku NIOSH Dan Triple SSS Aku pernah bertugas di sebuah syarikat developer yang kononnya teragung mendonia. Disebabkan syarat BDIC yang mewajibkan ada lesen Bumiputeri, maka kebiasaannya syarikat non Malai akan cari jalan nak penuhi syarat tu tapi selalunya hanya atas kertas je. Jawatan aku masa tu Projek Manager. Tapi dalam organisasi tu, boss aku yang non Malai hanya dipanggil “executive” je. Kau bayangkan, aku sebagai Projek Manager drive MyBi, dia sebagai “executive” pula boleh meluncur dengan Fortuner. Lagi satu, ada sorang lagi yang pangkat kerani je, tapi steady drive Ford Raptor. Dari situ pun dah cukup jelas nampak permainan yang menutup mata orang luar. Belum masuk lagi bab lain ,makan bersuap pengantin, taja persatuan itu ini, taja majlis makan malam siang petang, jumpa sana sini, memacam lagi yang ditaja. Itu pun tak kira lagi bab main golop, karok sampai pagi, dan check-in bagai. Yang paling kelakar tu kan, ada pula pegawai alias AJK surau/masjid siap datang mintak sumbangan majlis kat surau masjid. Semua tu dah jadi “bajet operasi” untuk pancing projek Bumiputeri. Yang aku tengok, kehidupan jadi macam tiada keberkatan. Integriti? Tak payah cerita lah. Macam mana nak doa halal haram, solat Jumaat, solat lima waktu — tapi dalam masa sama bersubahat dalam hal macam ni. Benda tu memang tak selari langsung. Tapi nak buat macam mana, sebab untuk dapat projek Bumiputeri, contohnya projek developer untuk pakaian yang pakai baju seragam atau projek khas , kontraktor memang wajib ada lesen Bumiputeri. Apa yang aku perhati, ramai juga ahli keluarga pesara atau pegawai tinggi kerajaan dan politik yang masuk bekerja dengan syarikat non Malai macam ni. Jadi bila kerajaan keluarkan tender projek, kau boleh agak dah apa jadi, kan? Aku ni cuma makan gaji. Awal-awal kerja dulu memang tak tahu pun modus operandi macam ni. Lepas dua tiga tahun barulah aku mula nampak jelas cara mereka bergerak. Inilah rupa sebenar “jalan belakang” nak dapat projek Bumiputeri. Sekarang ni aku tengah termenung jauh, fikir apa langkah terbaik untuk aku move on dari semua ni. macam nak jadi influencer jee.
radi tweet media
Indonesia
0
0
1
50
radi
radi@radidaros·
@Marchfoward tahniah @PDRMsia . mungkin kampani ini beroperasi 2 in 1. unit yg ini kerja ikut atas nama operasi SSM dan unit yang itu kerja scam. sian budak intern.
Indonesia
0
0
0
2.4K
Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴
TERKINI PDRM KL TUMBANGKAN SCAMMER ONLINE TERBESAR KL DALAM MASA 48 JAM Ketua Polis KL, Datuk Fadil Marsus Callsign Blade mengumumkan menahan 400 orang yang terlibat dalam kegiatan scammer online di KL dalam satu operasi besar besaran hari ini Semalam PDRM KL tahan 100 orang terlibat dalam perkara sama di sebuah menara di Kampung Kerinchi atau kini dipanggil Bangsar South. 12 buah trak Black Maria PDRM terlibat dalam operasi di Kampung Kerinchi itu dan Datuk Blade memaklumkan akan ada sidang media dalam masa terdekat berkenaan kejayaan ini
Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴 tweet media
Indonesia
58
1.2K
3.3K
813.1K