Setia Alam retweetledi

EARTH HOUR 2026 🌍
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyokong pelaksanaan Earth Hour 2026 yang akan diadakan pada 28 Mac 2026 (Sabtu).
Orang ramai diseru untuk bersama-sama mengambil bahagian dengan memadamkan lampu selama satu (1) jam bermula 8.30 malam hingga 9.30 malam sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemeliharaan alam sekitar dan pengurangan jejak karbon.
Antara tindakan yang boleh dilakukan semasa Earth Hour:
• Memadamkan lampu yang tidak diperlukan
• Mematikan peralatan elektrik yang tidak digunakan
• Meluangkan masa bersama keluarga tanpa penggunaan elektrik
• Mengambil peluang untuk beribadah atau refleksi diri
Ayuh bersama-sama kita menyumbang ke arah menjadikan Shah Alam sebagai Bandar Raya Rendah Karbon.
#WeLoveShahAlam
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani
#HasilDiraihKitaNikmatiBersama
#PemacuKemajuan
#PenerajuKecemerlangan

Indonesia




















