sufyian

499 posts

sufyian

sufyian

@sufyianWH

Sarawak, Malaysia Katılım Temmuz 2023
237 Takip Edilen12 Takipçiler
sufyian retweetledi
Faisal Aziz ☕️🇲🇾
Faisal Aziz ☕️🇲🇾@faisalazizfa·
Kami @bersihofficial, Mandiri dan gabungan pertubuhan masyarakat sivil CSO tegaskan bahawa himpunan Tangkap Azam Baki pada Sabtu ini akan tetap diteruskan. Kita akan pastikan kontrak Azam Baki tidak akan disambung untuk kali keempat pada 12 Mei ini. 1/3
Faisal Aziz ☕️🇲🇾 tweet mediaFaisal Aziz ☕️🇲🇾 tweet media
Indonesia
11
74
152
8.8K
sufyian retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
Musim raya sudah habis, sekarang musim bersuara. Jemput ke rumah terbuka Malaysia di Dataran Merdeka, hari Sabtu, 25 April 2026, jam 3 petang. Tetamu kehormat ialah Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM. Antara kuih muih yang ada ialah Almond Mafia, Onde-onde Korporat, Ketupat Saham dan lain-lain. Kalau boleh pakai baju raya paling cantik. Jumpa di Dataran Merdeka hari Sabtu ini, 25 April 2026 jam 3 petang.
Rafizi Ramli tweet media
Indonesia
77
521
1.2K
48K
sufyian
sufyian@sufyianWH·
@SyeffulE PKR da jd parti bangsat. Parti masa depan da makin hilang arah. Kena akui Anwar gagal. Mengecewakan.
Indonesia
0
0
0
119
Sepulturaz
Sepulturaz@SyeffulE·
Terpaling RAMANAN
Indonesia
89
167
456
82.8K
sufyian retweetledi
Road To Success
Road To Success@_RoadToSuccess_·
This experiment shows how barriers mostly exist in our minds‼️
English
47
1.9K
8.7K
1.2M
sufyian retweetledi
NutaniMan
NutaniMan@rouppme·
Pagi ini ke kebun demplot alpuket, eh ketemu makhluk ini. Mungkin kebanyakan kita ih jijik. “Bunuh! Pasti hama!” Tetot! Anda Salah. Dia bukan musuh. Dia adalah cleaning service yang bekerja 24 jam di bawah tanah tanpa digaji. Jangan bunuh dia. Anda BUTUH dia. Ada yang tahu siapa ini?
NutaniMan tweet media
Indonesia
192
750
3.2K
197K
nurul amin hamid
nurul amin hamid@nurulaminhamid·
Kalau takat potong subsidi, naik harga minyak, pindahkan beban kepada rakyat, siapa pun boleh jadi PM, tak hebat pun PMX seperti yang di lihat semasa beliau jadi pembangkang.Dia tak ada idea.. #pmxgagal
Indonesia
342
46
220
69.7K
sufyian retweetledi
ReeN 🇵🇸
ReeN 🇵🇸@ReeNGaston·
Malam Lailatul Qadar bermula selepas waktu Maghrib, hingga waktu Subuh. “ Lailatul Qadar terjadi pada 10 malam terakhir Ramadan, biasanya malam ganjil. “ - Riwayat Bukhari dan Muslim 19 Ramadan 1447H
Indonesia
7
871
2K
44.2K
sufyian retweetledi
Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴
Kita kehilangan tokoh legenda Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas hari ini Kehilangan yang besar kepada dunia Cendikiawan Islam AL FATIHAH
Indonesia
8
789
2.6K
53.3K
sufyian retweetledi
Sauffie
Sauffie@Sauffie_84·
@alif_appm Bila tak ada majoriti, terpaksa minta "pedoman" kayangan. Jadilah PM Remote Control. Disuruh duduk, duduk. Disuruh bangun, bangun.
Hermannsburg, Deutschland 🇩🇪 Indonesia
1
5
40
7.6K
sufyian retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠 & 𝗙𝗟𝗘𝗫𝗜𝗠𝗔𝗥𝗧 Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Kesum dan Fleximart sebagai perusahaan sosial di bawah Ayuh Malaysia telah melancarkan Infaq Kesum dan Fleximart. Inisiatif ini dilancarkan sebagai membuka peluang kepada masyarakat untuk sama-sama menyumbang dalam bentuk bakul makanan dan juadah berbuka puasa kepada mereka yang memerlukan. Kedua-dua infaq ini memberikan beberapa cara untuk menyumbang: 1) Kepada senarai penerima yang telah dikenalpasti oleh Kesum dan Fleximart (tersedia di laman web rasmi). 2) Penyumbang sendiri mencalonkan penerima berdasarkan maklumat yang diperoleh dan dikenali. 3) Sumbangan kepada Fleximart dan Kesum tetapi penerima ditentukan sendiri oleh Fleximart dan Kesum Bentuk sumbangan: • Fleximart – Bakul makanan keperluan asas (turut terbuka kepada penyumbang di luar KL) • Kesum – Juadah makanan berbuka puasa. Untuk melakukan sumbangan infaq, semua boleh dilakukan secara atas talian dengan mengakses laman web Fleximat dan Kesum: KESUM: kesum.my/Infaq FLEXIMART: fleximart.my/Infaq Insya Allah, inisiatif infaq ini akan diteruskan selepas bulan puasa bagi membuka peluang kepada masyarakat untuk terus menyumbang dan membantu mereka yang memerlukan. Pohon dikongsikan hebahan ini kepada semua.
Rafizi Ramli tweet mediaRafizi Ramli tweet media
Indonesia
10
231
583
21K
sufyian retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
24 𝘍𝘦𝘣𝘳𝘶𝘢𝘳𝘪 2026 𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗦𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗚-𝗣𝗣: 𝗞𝗘𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗞𝗔𝗡𝗜𝗦𝗠𝗘 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞-𝗜𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 Kami mengalu-alukan pembentangan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 yang bertujuan memisahkan fungsi pendakwaan jenayah dari jawatan Peguam Negara. Ini selari dengan tuntutan reformasi yang diperjuangkan selama ini untuk memastikan pendakwaan dilakukan secara bebas (tanpa pengaruh dan campur tangan mana-mana pihak berkepentingan), adil dan telus. Ahli-ahli Parlimen kerajaan telah dimaklumkan bahawa pengundian untuk meluluskan akta ini dijangka akan dibuat pada 3 Mac 2026 (Selasa minggu depan) yang memerlukan kelulusan undi dua pertiga Dewan Rakyat. Berdasarkan bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam, berikut adalah intipati pindaan Perlembagaan yang dicadangkan kerajaan berkenaan mekanisme untuk mewujudkan satu jawatan baru Pendakwa Raya: i)Perkara 138 Fasal 1A – Calon Pendakwa Raya akan disyorkan oleh sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; ii)Perkara 145A: a.Pendakwa Raya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicaranya, atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja; b.Syarat pelantikan Pendakwa Raya ialah seorang warganegara dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya sepuluh tahun dalam litigasi; c.Tempoh jawatan Pendakwa Raya ialah tujuh tahun, kecuali dia memilih untuk meletakkan jawatan atau dipecat melalui kaedah tribunal; d.Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan boleh membuat representasi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Pendakwa Raya, sama ada atas alasan tidak berdaya untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya (atas sebab kelemahan tubuh atau akal), atau salah laku atau berperangai buruk; e.Berdasarkan representasi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu tribunal, dan boleh atas syor tribunal itu memecat Pendakwa Raya dari jawatan. iii)Perkara 145B memerihalkan kuasa dan tugas Pendakwa Raya. Kami juga mengambil maklum pendirian bersama pertubuhan-pertubuhan sivil yang terdiri dari BERSIH, C4 Center, IDEAS, Projek SAMA, Rasuah Busters, IKRAM Malaysia dan ABIM yang dikeluarkan semalam (Isnin, 23 Februari 2026). Mereka menggesa supaya Ahli-ahli Parlimen memberi perhatian kepada keperluan menguatkan lagi semangat pemisahan kuasa dan memperkukuhkan semak imbang dalam pindaan Perlembagaan ini, supaya tidak ada mana-mana satu individu memegang kekuasaan penuh dalam proses ini. Oleh itu, pertubuhan-pertubuhan sivil tersebut telah mencadangkan supaya pelantikan Pendakwa Raya melalui proses berlapis yang telus dan bertanggungjawab dengan melibatkan Parlimen (sebagai institusi terbesar yang dipilih oleh rakyat) di dalam proses ini. Kami mempunyai pandangan yang selari dengan pendirian pertubuhan-pertubuhan sivil ini, terutamanya setelah menginsafi beberapa kejadian unik sebelum ini. Contoh yang baik adalah berhubung kritikan yang memuncak terhadap tingkah laku Peguam Negara (yang pada ketika itu memegang kuasa seorang Pendakwa Raya) semasa skandal 1MDB. Walaupun kritikan rakyat terhadap perilaku Peguam Negara ketika itu dalam mengendalikan siasatan skandal 1MDB turut diterjemahkan di Parlimen oleh ahli-ahli Parlimen, rakyat dan Parlimen tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengambil tindakan terhadap Pendakwa Raya. Malah, berdasarkan cadangan pindaan Perlembagaan dalam bentuk sekarang, secara hipotetikal, sekiranya tingkah laku dan prestasi Pendakwa Raya tidak diperakukan oleh rakyat sehingga rakyat menzahirkan keputusan untuk menukar kerajaan dan ahli-ahli Parlimen, seorang Pendakwa Raya itu masih boleh kekal dengan jawatan dan kuasanya. Ini mewujudkan satu institusi penguatkuasaan undang-undang yang kuasanya dipusatkan kepada beberapa orang sahaja, iaitu: i)Perdana Menteri, yang mempunyai kuasa mencadangkan nama-nama anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; ii)Anggota-anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, yang mempunyai kuasa mencadangkan nama calon Pendakwa Raya kepada Yang di- Pertuan Agong dan berkuasa membuat representasi menubuhkan tribunal untuk memecat Pendakwa Raya; 𝗱𝗮𝗻 iii)Pendakwa Raya, yang jawatan dan kuasanya mempunyai perlindungan Perlembagaan, asalkan dia mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri dan anggota-anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Oleh yang demikian, kami menyeru kerajaan mengambil kira cadangan-cadangan dan pendirian kami seperti berikut: (𝟭)𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 (𝗣𝗶𝗻𝗱𝗮𝗮𝗻) (𝗡𝗼. 𝟮) 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗶𝗻𝗶 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗿𝘂𝗷𝘂𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 (𝗛𝗮𝗸 𝗔𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮, 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶) 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴, 𝗬𝗕 𝗪𝗶𝗹𝗹𝗶𝗮𝗺 𝗟𝗲𝗼𝗻𝗴. Langkah merujuk pindaan Perlembagaan ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah selari dengan semangat pemisahan kuasa di antara cabang eksekutif dan perundangan; yang merupakan salah satu tonggak utama reformasi institusi yang dibawa oleh kerajaan Madani sendiri. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hendaklah mendapatkan maklum balas dan pendirian rentas parti dari ahli-ahli Parlimen untuk menambah baik cadangan pindaan Perlembagaan sedia ada. (𝟮) 𝗙𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗱𝗶𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗥𝗮𝘆𝗮. Antara mekanisme yang boleh dipertimbangkan ialah seperti berikut: (a)Calon Pendakwa Raya yang disyorkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan hendaklah melalui proses prosiding pengesahan (𝗰𝗼𝗻𝗳𝗶𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗰𝗲𝗲𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗰𝗼𝗻𝗳𝗶𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗵𝗲𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴) di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang disiarkan kepada orang ramai; (b)Calon yang telah melepasi tapisan prosiding pengesahan diundi oleh Dewan Rakyat dan memerlukan undi majoriti untuk disahkan; (c)Calon Pendakwa Raya yang telah diundi dan disahkan Parlimen diangkat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan dan pelantikan. (𝟯) 𝗙𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗱𝗶𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗽𝗲𝗺𝗲𝗰𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗥𝗮𝘆𝗮. Pindaan Perlembagaan memasukkan satu mekanisme supaya Dewan Rakyat boleh membuat satu usul untuk memulakan proses tribunal ke atas seorang Pendakwa Raya (tertakluk kepada bentuk-bentuk kesalahan seperti yang telah digariskan di dalam draf sedia ada), yang memerlukan undi dua pertiga untuk diluluskan. Sekiranya diluluskan, Parlimen berhak membuat representasi kepada Yang di- Pertuan Agong supaya satu tribunal ditubuhkan, seperti mana kaedah yang digariskan di dalam cadangan Perkara 145A. (𝟰) 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻. Tempoh tujuh tahun yang dicadangkan adalah terlalu panjang dan boleh menjadikan seorang Pendakwa Raya terlalu berkuasa merentasi beberapa kerajaan. Tempoh yang terlalu panjang juga akan memisahkan kuasa rakyat yang dizahirkan di peti undi dari mempunyai apa-apa makna kepada perjalanan pentadbiran undang- undang. Kami bertanggungjawab menyampaikan hasrat pengundi-pengundi progresif yang mahukan proses berlapis seperti ini untuk mengelakkan kuasa melantik dan memecat Pendakwa Raya berpusat di kalangan beberapa orang sahaja. Sokongan kami kepada pindaan Perlembagaan ini (yang memerlukan undi dua pertiga) adalah bergantung dan tertakluk kepada keterbukaan kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan- cadangan ini. Lebih-lebih lagi, kami berpandangan sesuatu pindaan sepenting ini tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa dan memerlukan rundingan dan pandangan semua pihak. 𝗗𝗶𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮: 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜 AP Pandan 𝗪𝗢𝗡𝗚 𝗖𝗛𝗘𝗡 AP Subang 𝗥𝗢𝗗𝗭𝗜𝗔𝗛 𝗜𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟 AP Ampang 𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗 AP Setiawangsa 𝗟𝗘𝗘 𝗖𝗛𝗘𝗔𝗡 𝗖𝗛𝗨𝗡𝗚 AP Petaling Jaya 𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗩𝗔𝗡 AP Sg Siput 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗛𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡 AP Wangsa Maju 𝗕𝗔𝗞𝗛𝗧𝗜𝗔𝗥 𝗪𝗔𝗡 𝗖𝗛𝗜𝗞 AP Balik Pulau 𝗢𝗡𝗡 𝗔𝗕𝗨 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥 AP Batu Pahat 𝗛𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗜𝗠 AP Pasir Gudang Kenyataan media penuh boleh diakses di pautan ini: drive.google.com/file/d/1R82yGu…
Rafizi Ramli tweet media
Indonesia
17
179
510
27.7K
sufyian retweetledi
Bumbung Ehsan Official
Bumbung Ehsan Official@bumbungehsan·
Dikala musim persekolahan ni, pemilik rumah amal ni berasa sangat tersepit kerana ramai anak yatim disini akan mula bersekolah secara serentak.. dan kondisi kewangan mereka pula dalam keadaan serba kekurangan 🥺 Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi ni menempatkan seramai 26 orang anak yatim & asnaf.. Tanpa dana operasi yang kukuh, keperluan harian dan sekolah anak2 yatim disini tak dapat disempurnakan dan mereka terpaksa mencatu keperluan dan makanan harian.. Oleh itu, kami menjalankan semula kempen untuk rumah ni dan menjemput semua yang melihat tweet ini untuk bantu sedekah makanan, ada pilihan makanan cuma RM3 saja.. Mereka sangat memerlukan bantuan kita, anggaplah mereka seperti anak-anak atau adik-adik kita sendiri yang memerlukan pertolongan kita.. Pilihan Makanan Untuk Disedekahkan : 👉🏻 Kliksini.my/SedekahBerkeka… 👉🏻 Kliksini.my/SedekahBerkeka… 👉🏻 Kliksini.my/SedekahBerkeka…
Indonesia
3
201
257
791.9K
sufyian
sufyian@sufyianWH·
@Solisidtor Cepat kasitau akmal. Isu mcm nie biasa dia suka.
Indonesia
0
0
4
572
Sid
Sid@Solisidtor·
Ada satu hotel di Melaka list 'gay friendly' facilities di website hotel dia. Apa benda hotel gay friendly ni? Macam² gila zaman ni.
Sid tweet media
Indonesia
25
25
44
7.9K
sufyian retweetledi
Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴
Guys, mohon bantuan semua. Infak ini untuk kelas mengaji mualaf. Kalau tak mampu bantu ringgit, satu RT pun sudah sangat bermakna 🙏🏻 Mungkin mengaji itu biasa bagi kita, tapi bagi mereka ia langkah pertama kepada Allah. Baki diperlukan tinggal RM2,230 sahaja 🤍
Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴@Marchfoward

Sedekah bukan soal ada duit, Tapi soal ada hati. Kata Ustaz dulu, tak semua orang diberi 'izin' untuk bersedekah walaupun kaya. Jom sama-sama sumbang, itu bermakna Allah telah memilih kita untuk menerima keberkatan-Nya. Jangan lepaskan peluang terpilih ini.

Indonesia
1
688
474
143.2K
sufyian retweetledi
Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴
TERKINI PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dua RUU utama akan dibentangkan di Parlimen tahun ini Yang pertama ialah pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya Yang kedua ialah menghadkan tempoh pemerintahan Perdana Menteri kepada hanya 10 Tahun atau dua penggal
Indonesia
19
451
1.5K
90K
sufyian retweetledi
Fahmi Reza
Fahmi Reza@kuasasiswa·
Happy New Year TMJ. Kami rakyat Malaysia tak akan lupa. We will never forget you 😊 #thegameisrigged
Fahmi Reza tweet media
Indonesia
89
3.5K
6.7K
430.1K
sufyian retweetledi
Ezal 🏴
Ezal 🏴@_ezalzamri·
Kenyataan Media: Pemuda UMNO Tiada Mandat, Jangan Gugat Kestabilan Negara
Ezal 🏴 tweet media
Indonesia
41
91
242
47.5K
sufyian
sufyian@sufyianWH·
@mkini_bm "Penyatuan melayu hanya akan terjadi jika PAS dan UMNO bersatu." Ahli politik punya sembang mcm semua org bawah2 nie percaya kata dia serupa anjing. Jual retorik mcm kita budak2 bodoh tak tahu niat sebenar dia. Bagi dia kuasa hari nie esok dia rembat berjuta bagi kat puak2 dia.
Indonesia
3
1
10
833