Sum Dek Joe

3.1K posts

Sum Dek Joe banner
Sum Dek Joe

Sum Dek Joe

@sumdekjoe

Economist by training, leaving @amro_asia to serve a cause. Former @adb_hq @devpolicy

Kuala Lumpur, Wilayah Persekut Katılım Nisan 2013
508 Takip Edilen1.6K Takipçiler
Sabitlenmiş Tweet
Sum Dek Joe
Sum Dek Joe@sumdekjoe·
Keputusan sy resign bukan sesuatu yg besar. Namun, sy berharap kisah sy dpt beri sedikit inspirasi kpd anak2 muda & golongan profesional yg kerja overseas. Jika ada keikhlasan & keinginan berbakti kpd negara, all you need is to take the leap of faith🙏 #malaysia @partibersamamy
IZ@izwanzaimi

Tahniah Joe. Berani letak jawatan walaupun bergaji selesa di 🇸🇬 untuk gembleng tenaga bersama @partibersamamy demi masa depan 🇲🇾. Jom bersama sertai bersama.org

Indonesia
26
125
500
49.9K
Sum Dek Joe
Sum Dek Joe@sumdekjoe·
Parti Bersama has been accused by Tony Pua of being a “spoiler” that contributed to BN’s victory. A few points should be made, in addition to those that have already been made by @Thevesh 1. Far-fetched to assume BERSAMA votes are transferrable to PH. While BERSAMA's votes in Bukit Batu and Perling indeed larger than the winning majority, Tony’s argument makes a much bigger assumption: that every vote for BERSAMA would have gone to PH had BERSAMA not contested. Some BERSAMA voters were fence-sitters. Some voted for BERSAMA precisely because they were unhappy with PH. Without BERSAMA, they might have stayed home, or even voted for BN. One could just as easily argue that BN’s majority in Bukit Batu and Perling might have been larger without BERSAMA. Neither claim can be proven simply by adding and subtracting votes. 2. Johor Jaya contradicts the spoiler narrative. Johor Jaya was a PH-held seat that fell to BN. Yet BERSAMA received only 2,051 votes, far below BN’s winning majority. Applying Tony’s own logic, BERSAMA should have been a spoiler there, but we clearly did not determine the outcome there. 3. BERSAMA did not change the result in any UMNO-won seat. In all the seats contested by BERSAMA, PH and UMNO, where UMNO emerged victory, PH would still have lost even if 100% of BERSAMA’s votes had been transferred to PH. 4. Votes belong to voters, not politicians/political party. In a democracy, no party is entitled to anyone’s vote. A vote for BERSAMA is not a PH vote that has been “taken away”. They cannot assume that every voter who rejects them naturally belongs to their camp. Tony’s argument therefore appears to cherry-pick Bukit Batu and Perling to support a convenient narrative, while ignoring the other 13 seats contested by BERSAMA. Many of us have long respected Tony Pua for his work on 1MDB. That is why this attack is particularly disappointing. Instead of pointing fingers at a party that is barely two month old, it's best that PH/DAP leaders start reflecting on their own performance.
Sum Dek Joe tweet media
English
23
141
334
12.1K
Sum Dek Joe retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026 Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini. Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan bagi semua kerusi, Bilik Kempen BERSAMA telah mendapat sebahagian dari Borang 14 di saluran-saluran 15 kerusi yang kami bertanding. Ada juga kerusi-kerusi yang keputusan tidak rasmi telah dilaporkan oleh media. Maklumat setakat ini menunjukkan calon-calon BERSAMA mendapat secara purata antara 3-6% undi. Ini bermakna kesemua calon BERSAMA hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5%. Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15% undi. Analisa awal menunjukkan ada peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum. Semua calon dari parti-parti lain, baik PH, PN, BERSAMA atau MUDA terkesan dengan peralihan undi ini. Di pihak BERSAMA, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambahbaik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BERSAMA dalam usia parti ini yang begitu muda. Penghargaan tertinggi adalah kepada calon-calon, ahli-ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA yang setia membantu kempen PRN Johor 2026. Satu majlis penghargaan ringkas dan sederhana akan diadakan di ibu pejabat baru BERSAMA dalam tempoh terdekat, setelah ia siap untuk digunakan dalam dua minggu. Walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada BERSAMA, pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari ini. Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan mendoakan rakyat Malaysia terbuka untuk menerima BERSAMA satu hari nanti. Rafizi Ramli 11 Julai 2026
Rafizi Ramli tweet mediaRafizi Ramli tweet mediaRafizi Ramli tweet media
Indonesia
169
536
2.4K
442.6K
Sum Dek Joe
Sum Dek Joe@sumdekjoe·
Inilah wajah benar Malaysia, ada rakan2 dari pelbagai kaum dan mencerminkan komposisi dan kepelbagaian sebenar rakyat Malaysia. @partibersamamy ini baru ditubuhkan kurang dua bulan dan sudah dapat menarik perhatian sebegini. Marilah kita bawa gelombang Kancil dari Johor ke seluruh negara nanti. Ayuh rakyat Johor dan Malaysia, marilah kita bangkit dan memperjuangkan Malaysia yang lebih baik dan terang.
Sum Dek Joe tweet media
Indonesia
17
164
567
40.2K
Sum Dek Joe
Sum Dek Joe@sumdekjoe·
Ekonomi Johor berkembang 8.0% pada 2025, kdar tertinggi dalam negara. Tapi adakah poket rakyat Johor turut semakin tebal? Gaji median naik sekitar 4.7%, tetapi inflasi Johor 2.3%, antara tertinggi dalam negara. Selepas ditolak kenaikan harga barang, gaji sebenar rakyat hanya naik sekitar 2.4%. Sebab itu ramai masih rasa terhimpit: makanan makin mahal, sewa makin tinggi, komitmen makin berat. GDP tinggi memang penting. Tapi kalau tidak diterjemahkan kepada gaji lebih baik, kos hidup lebih munasabah dan pekerjaan lebih berkualiti, ia hanya tinggal angka atas kertas. Johor perlukan ekonomi yang benar-benar masuk ke poket rakyat, dan juga pembangkang yang lebih berkaliber. #Johor #JohorBahru #EkonomiRakyat #KosSaraHidup #Gaji #PartiBERSAMA #JomBersamaFahamMalaysia
Indonesia
7
81
218
4.3K
Sum Dek Joe retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗙𝗜𝗡𝗔𝗟𝗘 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 | 𝟴 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠, 𝟭𝟬 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 (𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧) 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗧𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗠𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 Sepanjang dua minggu kempen ini, kami telah menjelajah 15 DUN yang ditandingi melalui Trak Kancil BERSAMA, bertemu rakyat, mendengar sendiri masalah yang dihadapi dan berkongsi penyelesaian yang kami mahu bawa. Kini tiba masanya untuk perhimpunan terakhir sebelum hari mengundi. Semua 15 calon BERSAMA akan kembali berkumpul di atas satu pentas untuk menyampaikan mesej terakhir kepada rakyat Johor. Saya juga akan turut berucap bersama Nik Nazmi, berkongsi mengapa kami percaya Johor berhak memulakan lembaran politik baharu. Lebih bermakna lagi, Ceramah Finale BERSAMA akan diadakan di lokasi yang sama seperti tempat kami memperkenalkan kesemua calon BERSAMA pada hari pertama kempen. Kini, kita kembali ke tempat yang sama untuk menutup kempen dan menyerahkan keputusan kepada rakyat Johor. Kami percaya sudah tiba masanya politik negara keluar daripada kitaran lama yang hanya berkisar tentang perebutan kuasa, percaturan jawatan dan permainan kerusi. Politik sepatutnya kembali kepada tujuan asalnya: menyelesaikan masalah rakyat biasa - kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan anak-anak, perumahan, pengangkutan dan masa depan keluarga. Jika anda juga mahu melihat perubahan budaya politik ini bermula di Johor, saya ingin menjemput semua hadir bersama keluarga dan rakan-rakan. Daftarkan kehadiran lebih awal melalui pautan pendaftaran yang disediakan. Pendaftaran awal amat membantu pasukan kami menyediakan logistik dan memastikan program berjalan lancar. 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗙𝗜𝗡𝗔𝗟𝗘 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 🗓 𝟭𝟬 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁) 🕗 𝟴.𝟬𝟬 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 📌 𝗣𝗮𝗿𝗮𝗴𝗼𝗻 𝗠𝗮𝗿𝗸𝗲𝘁 𝗣𝗹𝗮𝗰𝗲 (𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗺𝗽𝗼𝗶) 🔗 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶: bersama.org/ms/acara/ceram… Ayuh kita akhiri kempen ini bersama-sama. Ayuh Johor. Ayuh BERSAMA.
Rafizi Ramli tweet media
Indonesia
11
83
227
12.9K
Sum Dek Joe
Sum Dek Joe@sumdekjoe·
Boleh faham knp ramai rakyat Johor dan Malaysia letih dengan politik. Inilah keadaan di stesen bas CW1 Kranji MRT dan CIQ JB pada pukul 1130pm. Baru selesai ceramah di Johor Jaya dan Bukit Permai, kemudian terus bergegas pulang ke Singapura. Pada waktu yang sama, masih ramai rakyat Malaysia yang baru tamat syif kerja di Singapura sedang beratur untuk pulang ke rumah. Sbb saya tekanakan dalam setiap ceramah, pertumbuhan ekonomi yang tertinggi tidak bermakna kalau gaji rakyat terpisah & tidak meningkat setimpal. To my fellow Malaysians: stay strong and don't give up.
Sum Dek Joe tweet mediaSum Dek Joe tweet media
Indonesia
7
45
152
7.3K
Sum Dek Joe retweetledi
Farhan
Farhan@lamkanahraf·
Ye truck kancil BERSAMA down selama sehari. Otw pulang dari Mahkota, ada issue. Tersadai sehari. Yang bergegas aturkan kerja repair beberapa orang. Bawah hujan Afiq dan Abg Azhar cuba selesaikan supaya boleh teruskan guna trak sebagai platform ceramah malam2. Kita takda duit nak bermewah2 buat ceramah di hotel / dewan. Trak ni satu je yang mampu. Tapi takpa, apa yang kita ada, kita jaga. Itu the BERSAMA mindset.
Marina Ibrahim@Marina_Ibrahims

Haritu nampak tepi jalan. Aku terus roger kawan aku. Bukan sebab aku sokong bersama, tapi sebagai kawan, aku tahu usaha kawan aku yang cuti 2 minggu dari bekerja di Singapore untuk bantu kempen. Diaorang ni berkempen 4,5 orang je.

Indonesia
11
100
447
27K
Sum Dek Joe
Sum Dek Joe@sumdekjoe·
Technically only three states/federal territories crossed the high income threshold, since a sizable part of Sarawak economy is made up of extractive sector (oil and gas) with limited spillovers to the rest of the economy. Removing it would better represent the development stage of Sarawak. It also highlights how development is overly concentrated in KL and to certain extent, Penang. Johor is certainly catching up with the inflow of investment from JS-SEZ, but still not quite there yet.
Apurva Sanghi@ApurvaSanghi

We (World Bank) have an update of Msia's march toward high-income: 1. M'sia remains (upper) middle-income for 38 years now: fig 1 2. ASEAN peers (Vietnam & Philippines) have also reached upper-middle-income: fig 2 3. Only 5 M'sian states cross high- income threshold: fig 3

English
1
25
48
5K
Sum Dek Joe retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 𝟮,𝟬𝟬𝟬 𝗣𝗔𝗖𝗔 Kempen BERSAMA di PRN Johor berjalan baik, walaupun dalam serba kekurangan. Bila kita tiada sumber yang melimpah ruah, kita belajar menggunakan apa yang ada di sekeliling kita. Kita bergantung kepada sukarelawan, kita bergantung kepada calon-calon kita yang bersusah payah cuba bertemu pengundi seberapa ramai yang mungkin tanpa perlu diangkat sebagai orang istimewa dalam majlis-majlis besar. Tapi kita masih memerlukan tenaga yang minima supaya kempen tidak tergendala, terutamanya pada hari mengundi. Kita memerlukan ejen-ejen kira undi atau PACA. Terima kasih yang telah mendaftar sebagai PACA setakat ini. Proses untuk mengesahkan jadual bertugas dan tempat bertugas sedang berjalan. Insya Allah anda akan mendapat pengesahan selewat-lewatnya pagi Selasa, 7 Julai 2026. Tapi kita masih memerlukan lebih kurang 2,000 PACA lagi. Berikut ialah tindakan kita untuk cuba menyediakan 2,000 PACA ini dalam masa 48 jam ini. Pertama - pasukan HQ akan menghubungi 2,570 ahli BERSAMA di Johor untuk mengenal pasti mereka yang berkelapangan untuk menjadi PACA. Kedua - pasukan HQ juga akan menghubungi ahli-ahli BERSAMA di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengesahkan mereka yang berkelapangan menjadi PACA. Ketiga - bagi ahli-ahli dari negeri-negeri lain, anda akan menerima emel peringatan untuk mengesahkan mereka yang berkelapangan menjadi PACA. Sila ikut panduan dalam emel untuk mendaftar menjadi PACA. Keempat - bagi semua yang berkelapangan untuk membantu menjadi PACA, sama ada ahli BERSAMA atau pun tidak, anda boleh mendaftar melalui dua cara: Sama ada mendaftar melalui sistem Kancil di komuniti.bersama.org dan ikuti panduan di situ, atau Dengan menghantar mesej ke Whatsapp bernombor 011 3977 6635 atau hubungi Haziq di nombor itu. Kita ada masa yang sangat terhad untuk mencukupkan PACA di tempat-tempat mengundi supaya kita berlaku adil kepada penat lelah calon-calon dan sukarelawan yang telah bertungkus lumus sejak 10 hari lepas. Sampaikan maklumat ini kepada yang lain-lain - forward di Whatsapp, share kandungan ini di media sosial anda.
Rafizi Ramli tweet media
Indonesia
11
163
371
16.4K
Sum Dek Joe
Sum Dek Joe@sumdekjoe·
Tabik kepada lebih 300,000 rakyat Malaysia yang merentas Tambak Johor setiap hari demi mencari rezeki di Singapura 🫡 Walaupun dah biasa dgn perjalanan ini, saya tetap kagum dengan pengorbanan mereka yang sanggup bangun seawal pagi, berdepan kesesakan, dan pulang lewat demi mencari lebih utk keluarga. Belum kira lagi kadar kemalangan yang tinggi di tambak melibatkan rakyat yang bawa motor. Semoga segala usaha dan kepenatan anda dipermudahkan serta diberkati. Honestly, we Malaysians deserve so much better 🥲 Sampai bila baru semua rakyat tak kira kaum & agama boleh bersatu dan memberi tumpuan kpd isu2 ekonomi struktur negara kita. Janganlah kita dipecahbelahkan oleh parti2 politik yg berunsur perkauman. IsU ekonomi menyentuh senua rakyat Malaysia. Just because I'm a Chinese, it doesnt mean I'm affected lesser.
Sum Dek Joe tweet media
Indonesia
2
22
91
2.2K
Sum Dek Joe
Sum Dek Joe@sumdekjoe·
Ptg tadi sempat menyampaikan ceramah untuk @partibersamamy di Johor Jaya, tempat saudara @yileong bertanding sebagai calon. Segar melihat seorang lagi anak muda yang sanggup mengambil langkah pertama untuk terjun ke arena politik demi memperjuangkan idealisme yang kita yakini. Perubahan tidak akan berlaku jika semua hanya menunggu orang lain bertindak. And I must say, sedap dengar ucapan Saudara Yileong dalam Bahasa Melayu. Saya kena kuat improve public speaking & BM saya 😅
Sum Dek Joe tweet mediaSum Dek Joe tweet mediaSum Dek Joe tweet media
Indonesia
7
59
231
4.2K
Sum Dek Joe
Sum Dek Joe@sumdekjoe·
Akhirnya habis lawatan kerja saya ke China selama dua minggu (walaupun dah resign, saya masih tengah serve notis sampai hujung bulan ini. Masih ada lagi kerja perlulah disiapkan 😅) Sampai Singapura pukul 11pm smlm. Pagi ini terus merentas Tambak Johor masuk JB untuk bantu @partibersama berkempen. Ramai sukarelawan pun sama, bekerja waktu siang, pastu turun bantu kempen slps waktu kerja. Untuk seminggu yang akan datang, tiap2 hari saya pun akan ulang-alik merentas Tambak Johor untuk bantu kempen, and be the change I want to see. Saya percaya BERSAMA boleh membawa kelainan. Sudah tentu ada kekurangan, tapi masih byk kepentingan bersama yang boleh menyatukan rakyat Malaysia seperti ISU2 EKONOMI. Jumpa malam ini di ceramah BERSAMA di Taman Molek pukul 7pm & Ungku Tun Aminah 9pm malam ini.
Sum Dek Joe tweet mediaSum Dek Joe tweet mediaSum Dek Joe tweet mediaSum Dek Joe tweet media
Indonesia
9
43
187
5.1K