
UiTM Seri Iskandar • Infopelajar2U
46.3K posts

UiTM Seri Iskandar • Infopelajar2U
@uitm_si
Rujuk @mppuitmsi dan @mppuitmtapah untuk info terkini. Baca hashtag dan moment #rayuanipta #intakeuitm #daftarcourse #ptptnsi



Kerajaan Malaysia dijangka meneliti cadangan pelaksanaan kerja dari rumah (WFH) dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas esok sebagai sebahagian daripada langkah penyelarasan ekonomi susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang kian meruncing. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, langkah tersebut merupakan antara perkara yang bakal dipertimbangkan selepas mengambil kira indikator ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini. Menurutnya, kerajaan maklum bahawa banyak syarikat swasta telah mengadaptasi budaya kerja hibrid sejak pasca pandemik, namun untuk sektor awam, penelitian mendalam diperlukan. Berita penuh: malaysiakini.com/news/770139




NERAKA UNTUK YANG SOLAT. Kata ustaz dalam kuliah maghrib tadi, ada orang yang solat pun masuk neraka. Nama neraka itu adalah Neraka Wail. Dalilnya Surah Al-Ma'un (107): 4-5. Mereka golongan yang lalai dalam solat. Rukuk dan sujud sambil lewa, melewat-lewatkan solat hingga akhir/habis waktu dan tidak mengingati Allah dalam solatnya. Wail tu satu lembah kat dalam Neraka Jahannam. Gunung ganang hancur lebur kalau dicampak ke situ. Bayangkan orang yang solat pun boleh dimasukkan dalam neraka, apatah lagi mereka yang tidak solat. NERAKA UNTUK YANG TIDAK SOLAT. Neraka khusus untuk mereka yang tak solat pula adalah Neraka Saqar. Dalilnya Surah Al-Muddatstsir: 42-43. Neraka Saqar ni tingkatan ke-6 dari 7 tingkat neraka. Siksaan api yang sangat menyengat dan sangat dasyat kepanasannya. Terus menerus membakar kulit manusia. Kata ustaz, sesekali kita kena diingatkan tentang azab Neraka juga. Baru ada rasa takut nak tinggal solat. Sama-sama kita jaga dan perbaiki solat. Jika ada culas dan tertinggal solat, segera bertaubat dan Qada' solat selagi hayat kita masih ada. Jangan pandang dan judge orang lain! Lihat diri kita sendiri dan perbaiki diri kita dulu.

Good morning, LRT Kelana Jaya Line buat hal lagi (we’ve been waiting for more than 10minutes for a train).

















