Catatan Duha
Kadang kita lupa, betapa banyak aib kita yang Allah sembunyikan. Jika semuanya terbuka, pasti kita tidak mampu menghadapinya. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 26 Syawal 1447, 15 April 2026 Rabu
Catatan Duha
Kita bukan insan sempurna, namun Allah tetap melindungi aib kita. Itulah tanda kasih sayang-Nya yang tidak pernah putus. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 25 Syawal 1447, 14 April 2026 Selasa
Catatan Duha
Alhamdulillah, betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita. Walaupun kita penuh kekurangan dan kelemahan, Allah tetap menutup aib kita daripada pandangan manusia. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 23 Syawal 1447, 12 April 2026 Ahad
Catatan Duha
Berbuat baik bukan kerana orang layak, tetapi kerana kita hamba kepada Allah. Setiap kebaikan adalah cerminan iman dalam hati. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 22 Syawal 1447, 11 April 2026 Sabtu
Catatan Duha
Kebaikan kecil yang ikhlas, lebih bernilai daripada amalan besar yang mengharapkan pujian. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 20 Syawal 1447, 9 April 2026 Khamis
Catatan Duha
Saat kita menggembirakan orang lain, hakikatnya kita sedang membahagiakan hati sendiri. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 17 Syawal 1447, 6 April 2026 Isnin
Catatan Duha
Kebaikan yang kita beri, tidak pernah hilang, ia kembali dalam bentuk yang kita tidak sangka. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 15 Syawal 1447, 4 April 2026 Sabtu
Catatan Duha
Roda kehidupan sentiasa berputar, maka jangan sombong ketika di atas dan jangan putus asa ketika di bawah. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 14 Syawal 1447, 3 April 2026 Jumaat
Catatan Duha
Jangan kerana berada di atas, kita memandang rendah yang di bawah. Hidup ini sentiasa berputar. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 13 Syawal 1447, 2 April 2026 Khamis
Catatan Duha
Hari ini kita tersenyum di atas, esok belum tentu. Jadilah insan yang sentiasa mengingati orang vlain walau di mana posisi kita. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 12 Syawal 1447, 1 April 2026 Rabu
Catatan Duha
Dunia ini tidak kekal di satu tempat. Ketika kita diberi kemudahan, jangan lupa hulurkan tangan kepada yang memerlukan. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 11 Syawal 1447, 31 Mac 2026 Selasa
Catatan Duha
Rezeki dan keadaan sentiasa berubah, jangan kerana senang kita lupa mereka yang pernah susah bersama. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 10 Syawal 1447, 30 Mac 2026 Isnin
Catatan Duha
Hidup ini ibarat roda berputar, hari ini kita di atas, esok mungkin di bawah. Jangan lupa mereka yang pernah bersama kita ketika susah. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 9 Syawal 1447, 29 Mac 2026 Ahad
Catatan Duha
Setiap kebaikan yang kita beri kepada insan yang diuji, Allah akan gantikan dengan pertolongan-Nya saat kita dalam kesempitan. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 8 Syawal 1447, 28 Mac 2026 Sabtu
Catatan Duha
Siapa yang memudahkan urusan orang, Allah akan memudahkan urusannya. Hari ini kita bantu, esok Allah bantu kita. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 6 Syawal 1447, 26 Mac 2026 Khamis
Catatan Duha
Hulurkan bantuan saat orang lain susah, kerana di sebalik itu Allah sedang menyiapkan tangan-tangan yang akan membantu kita kelak. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 5 Syawal 1447, 25 Mac 2026 Rabu
Catatan Duha
Ringankan beban orang lain hari ini, insyaAllah Allah akan datangkan bantuan buat kita di saat kita memerlukan. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 4 Syawal 1447, 24 Mac 2026 Selasa