
Ustazah Asma' Harun
1.2K posts

Ustazah Asma' Harun
@ustazahasma
Pendakwah | Penulis | Like, Follow, Subscribe laman sosial rasmi UAH 👇👇
Katılım Mart 2020
324 Takip Edilen83.5K Takipçiler


🕘 8:00 pagi -12:30 pm
📍 Perkampungan Al Hijrah, Lenggeng, Negeri Sembilan✨Himpunan selawat, tausiyah & cinta buat Nabi Muhammad ﷺ
✨Masuk PERCUMA – bawa hati, hadirkan cinta 🌸
📌 Untuk pendaftaran sila klik link berikut:
🔗 forms.gle/wpmY9P4TPhwFjA…
Indonesia

AMALAN SEBELUM TIDUR, usahakan, InsyaAllah tenang dan rasa ringan segala yang berat 🌷
1. Berwuduk
2. Bersihkan tempat tidur
3. Perbanyakkan Istighfar (buat yang sukar tidur boleh cuba amal hingga tertidur)
4. Membaca surah al-Mulk & as-Sajadah
5. Membaca 3 Qul
6. Zikir Fatimah
7. Tidur mengiring ke kanan
8. Membaca doa tidur
9. Membaca 2 ayat terakhir dari Surah al-Baqarah
10. Membaca Ayatul Qursi
#SahabatHijrah
Indonesia

“Ustazah, setiap kali musim banjir, saya pasti akan tertanya-tanya bagaimana dengan status wuduk dan mandi wajib saya. Adakah sah jika saya hanya menggunakan air banjir?”
Soalan ini menjengah di ruang inbox saya, terdetik untuk menjawab.
Bacaan Penuh di sini 👇
facebook.com/share/p/1W2hWm…

Indonesia

Wahai wanita muslimah bakal bidadari di Jannah, ketahuilah bahawa dirimu adalah ciptaan yang sangat berharga. Menghargai diri bukanlah tanda keegoan, tetapi bukti kesyukuran. Allah telah menciptakanmu bersama keunikan yang indah, dengan kekuatan, keistimewaan serta bakat yang saling melengkapi. Allah SWT memuliakanmu dengan sebaik-baik penciptaan dan Rasulullah SAW juga memuliakanmu dengan penuh kasih penghormatan. Maka, hargailah dirimu sebagaimana Allah dan Rasulullah telah memuliakanmu. 🌷
Indonesia

3 surah yang Nabi SAW sarankan kita baca waktu malam, Al-Mulk, As-Sajdah dan Al-Waqiah, ia memberikan ketenangan dan kelapangan yang mendalam. Kerana punca segala resah dan gelisah kita diubati dengan KalamNya. Ibu Ayah, inilah masanya kumpulkan semua anak² tadarus bersama, ikatan hati yang bukan hanya di dunia, tapi juga boleh bawa bersama menuju SyurgaNya.
Indonesia

Akhir zaman, hampir semua manusia tidak selamat daripada penyakit hati.
Riya', ujub (bangga diri), dengki, suma'ah (suka dipuji), iri hati, takabbur (sombong), pemarah, buruk sangka, tamak, Kedekut, menghina, menipu, penting diri, putus asa, dendam, dll.
Perbanyakkanlah Istighfar (اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ)
Hadirkan dengan rasa takut dan harap.
Indonesia

Duhai Suami, Isterimu adalah harta paling berharga...
Dia bukan sekadar teman hidup, tetapi penenang jiwa, pelengkap kepada kekuranganmu. Rasulullah SAW bersabda:
"Mahukah kamu, aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Perkara itu ialah seorang isteri yang solehah, iaitu apabila dipandang, menggembirakannya, apabila diperintahkan, mentaatinya, dan apabila suaminya tiada, dia memelihara dirinya dan harta suaminya."
(HR Abu Daud, hadis sahih)
Indonesia

Alhamdulillah, kita sudah masuk Hari Jumaat, bergembiralah seluruh Umat Islam. Persiapan & pasang niat nak amal Sunnah Baginda Nabi SAW bila tiba hari Jumaat, tak dapat buat semua, usaha jangan tinggal semua, kerana setiap langkah kita menuju kebaikan pasti ada ganjaran dari-Nya.🤲🏻
1. Azam baca penuh Surah al-Kahfi
2. Azam baca Surah al-Sajadah & Al-Insan pada pagi Jumaat
3. Mandi Sunat hari Jumaat
4. Berpakaian putih @ terbaik (bagi lelaki)
5. Bersedekah
6. Tetapkan bilangan Selawat dan usaha capai target
7. Banyakkan berdoa
8. Banyakkan Istighfar
9. Datang awal ke Masjid (lelaki)
10. Berwangian (lelaki)
Indonesia



