Unit Pengurusan Nilai (UPN), BPPK, CPAB, JKR

790 posts

Unit Pengurusan Nilai (UPN), BPPK, CPAB, JKR banner
Unit Pengurusan Nilai (UPN), BPPK, CPAB, JKR

Unit Pengurusan Nilai (UPN), BPPK, CPAB, JKR

@uvm_jkr

Twitter Rasmi Unit Pengurusan Nilai (UPN), Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Jabatan Kerja Raya Malaysia

Kuala Lumpur Katılım Temmuz 2020
499 Takip Edilen372 Takipçiler
Unit Pengurusan Nilai (UPN), BPPK, CPAB, JKR retweetledi
JKR Malaysia Rasmi
JKR Malaysia Rasmi@IPJKR_Official·
Rakaman video sepanjang majlis berlangsung
Indonesia
0
5
8
242
Unit Pengurusan Nilai (UPN), BPPK, CPAB, JKR retweetledi
JKR Malaysia Rasmi
JKR Malaysia Rasmi@IPJKR_Official·
Menjelang Aidilfitri, ada rindu yang terpaksa dipendam demi sebuah amanah. Saksikan Setulus Janji Wira Kuning, sebuah naskhah meruntun jiwa daripada JKR Malaysia yang menyingkap pengorbanan di sebalik seragam mereka. Lebih istimewa, kisah penuh emosi ini dihidupkan sepenuhnya melalui teknologi AI. Nantikan 17 Mac 2026, hayati sebuah kisah yang mungkin pernah kita lupakan. Pautan di Youtube: youtube.com/watch?v=XcFPvl… #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
YouTube video
YouTube
Indonesia
0
9
19
326
Unit Pengurusan Nilai (UPN), BPPK, CPAB, JKR retweetledi
Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi@AlexNantaLinggi·
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri seperti yang diumumkan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri @anwaribrahim , dapat membawa kegembiraan kepada para perantau yang akan pulang meraikan Syawal bersama keluarga di kampung halaman. Langkah ini juga diharap dapat membantu meringankan kos perjalanan rakyat, terutama mereka yang menempuh perjalanan jauh serta menanggung pelbagai keperluan persiapan hari raya. Seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Kerajaan MADANI telah bersetuju untuk memberikan diskaun tol 50 peratus sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2026. Inisiatif ini melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan bagi tujuan pembayaran balik pampasan kepada Syarikat Konsesi Tol yang dianggarkan berjumlah RM 21.03 juta. Keputusan ini selaras dengan agenda Kerajaan MADANI dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum, dan kepercayaan. Pelaksanaan diskaun tol ini akan bermula pada jam 12.01 tengah malam, 18 Mac 2026 dan berakhir pada jam 11.59 malam, 19 Mac 2026. Diskaun ini diberikan secara kepada kenderaan persendirian Kelas 1 (Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang) di semua lebuh raya KECUALI di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA). Pemilihan tarikh pelaksanaan diskaun ini bertujuan mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan, selain mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan di sepanjang kawasan hentian sebelah serta kawasan Rehat dan Rawat (RSA) di lebuh raya. Selaras dengan tanggungjawab KKR dalam memastikan kelancaran operasi lebuh raya, saya juga telah mengarahkan semua kerja penyenggaraan dihentikan sepanjang tempoh 18 hingga 30 Mac 2026. Arahan ini bertujuan memastikan trafik lebih lancar, mengelakkan lorong ditutup, serta meminimumkan gangguan kepada pengguna yang pulang ke kampung atau kembali semula ke ibu kota selepas Aidilfitri. Sehubungan itu, pengguna lebuh raya diharap dapat merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Pengguna juga disarankan memuat turun aplikasi TuJu Navigasi Lebuh Raya LLM dan MyPLUS-TTA untuk mendapatkan cadangan jadual waktu perjalanan bagi meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan pemanduan. Selain itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan papan tanda, had laju, dan memberi perhatian kepada maklumat yang dipaparkan di Variable Message System (VMS). Bagi mereka yang menggunakan lorong smartlane, anda diminta memberi isyarat awal sebelum memasuki lorong tersebut, memandu dengan kelajuan ditetapkan, dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Pengguna juga disarankan untuk menyemak status trafik semasa atau sebarang insiden di lebuh raya melalui saluran rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia di Facebook, TikTok, atau menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752. Maklumat tambahan juga boleh didapati melalui laman sesawang rasmi LLM untuk paparan CCTV serta WhatsApp Channel LLM Info Trafik. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan semoga anda semua tiba ke destinasi dengan selamat.
Alexander Nanta Linggi tweet media
Indonesia
0
6
6
448
Unit Pengurusan Nilai (UPN), BPPK, CPAB, JKR retweetledi
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Mobiliti Masa Hadapan: Pengurusan Infrastruktur Secara Bijak Pembangunan infrastruktur di Asia Tenggara terus berkembang pesat, namun cabaran sebenar adalah memastikan ia diurus secara lebih bijak, mampan dan memberi manfaat kepada rakyat. #KKR #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
Kementerian Kerja Raya Malaysia tweet media
Indonesia
0
2
2
150
Unit Pengurusan Nilai (UPN), BPPK, CPAB, JKR retweetledi
Kementerian Kerja Raya Malaysia
𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗢𝗟 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲! 🌙✨ Tempoh pemberian diskaun adalah: 🗓 𝟏𝟖 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝟏𝟐.𝟎𝟏 𝐩𝐚𝐠𝐢) 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟗 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝟏𝟏.𝟓𝟗 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦) #KKR #MalaysiaMADANI
Kementerian Kerja Raya Malaysia tweet media
Indonesia
0
17
16
1.2K
Unit Pengurusan Nilai (UPN), BPPK, CPAB, JKR retweetledi
JKR Malaysia Rasmi
JKR Malaysia Rasmi@IPJKR_Official·
𝐴𝑠𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚𝑢𝑎𝑙𝑎𝑖𝑘𝑢𝑚 𝑊𝑎𝑟𝑎ℎ𝑚𝑎𝑡𝑢𝑙𝑙𝑎ℎ𝑖 𝑊𝑎𝑏𝑎𝑟𝑎𝑘𝑎𝑡𝑢ℎ, 𝑆𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎 𝑀𝐴𝐷𝐴𝑁𝐼 𝑑𝑎𝑛 𝑆𝑎𝑙𝑎𝑚 𝐼 𝑎𝑚 𝐽𝐾𝑅. 𝑆𝑒𝑔𝑎𝑙𝑎 𝑝𝑢𝑗𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑠𝑦𝑢𝑘𝑢𝑟𝑎𝑛 𝑘𝑒 ℎ𝑎𝑑𝑟𝑎𝑡 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑆.𝑊.𝑇. 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑙𝑖𝑚𝑝𝑎ℎ 𝑘𝑢𝑟𝑛𝑖𝑎-𝑁𝑦𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑖𝑧𝑖𝑛𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑒𝑚𝑝𝑢𝑟𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑖𝑏𝑎𝑑𝑎ℎ 𝑑𝑖 𝑏𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑛𝑢ℎ 𝑘𝑒𝑏𝑒𝑟𝑘𝑎𝑡𝑎𝑛. 𝑆𝑒𝑙𝑎𝑤𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑒 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑗𝑢𝑛𝑗𝑢𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑠𝑎𝑟 𝑁𝑎𝑏𝑖 𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝑆.𝐴.𝑊., 𝑎ℎ𝑙𝑖 𝑘𝑒𝑙𝑢𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑝𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑏𝑎𝑡 𝐵𝑎𝑔𝑖𝑛𝑑𝑎. 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑢𝑝𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑑𝑟𝑎𝑠𝑎ℎ 𝑡𝑎𝑟𝑏𝑖𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑖𝑑𝑖𝑘 𝑗𝑖𝑤𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑠𝑎𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑡𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛. 𝑆𝑒𝑔𝑎𝑙𝑎 𝑖𝑏𝑎𝑑𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑜𝑟𝑏𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑙𝑎𝑙𝑢𝑖 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑗𝑎 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑘𝑢𝑘𝑢ℎ 𝑘𝑒𝑖𝑚𝑎𝑛𝑎𝑛, 𝑚𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑡𝑖ℎ 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑏𝑎𝑖𝑘𝑖 𝑑𝑖𝑟𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑏𝑎𝑛𝑦𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑚𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑗𝑖𝑘𝑎𝑛. 𝐽𝑢𝑠𝑡𝑒𝑟𝑢, 𝐴𝑖𝑑𝑖𝑙𝑓𝑖𝑡𝑟𝑖 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑖𝑚𝑏𝑜𝑙 𝑘𝑒𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑟𝑜ℎ𝑎𝑛𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑦𝑢𝑐𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑟𝑖, 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑔𝑢𝑠 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑤𝑎𝑑𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑒𝑟𝑎𝑡 𝑠𝑖𝑙𝑎𝑡𝑢𝑟𝑎ℎ𝑖𝑚 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑢𝑏𝑢𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑠𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑠𝑎𝑚𝑎 𝑖𝑛𝑠𝑎𝑛. 𝐷𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑚𝑏𝑢𝑡 𝑆𝑦𝑎𝑤𝑎𝑙, 𝑎𝑠𝑝𝑒𝑘 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑎 𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑦𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑑𝑖𝑎𝑏𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛. 𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑹𝒂𝒚𝒂 (𝑱𝑲𝑹) 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑘𝑜𝑚𝑖𝑡𝑒𝑑 𝑏𝑒𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎𝑠𝑎𝑚𝑎 𝑟𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑖ℎ𝑎𝑘 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑠𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑚𝑢𝑎 𝑙𝑎𝑙𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖 𝑏𝑎𝑤𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑙𝑖𝑎𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑎𝑑𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑒𝑎𝑑𝑎𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡, 𝑠𝑒𝑙𝑒𝑠𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑙𝑎𝑛𝑐𝑎𝑟. 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒌𝒔𝒂𝒏𝒂𝒂𝒏 𝑶𝒑𝒔 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒆𝒑𝒂𝒅𝒖, 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑎𝑘𝑡𝑖𝑓𝑎𝑛 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑻𝒓𝒂𝒇𝒊𝒌 (𝑻𝑴𝑷) 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑢𝑔𝑎𝑠𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑠𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑜𝑛𝑑𝑎 𝑑𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑡 𝑛𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑒𝑟𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑚𝑖𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑘𝑦𝑎𝑡 𝑏𝑒𝑟𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑡𝑢𝑟 𝑠𝑒𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑢𝑠𝑖𝑚 𝑝𝑒𝑟𝑎𝑦𝑎𝑎𝑛. 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒌𝒔𝒂𝒏𝒂𝒂𝒏 𝑳𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒎𝒂𝒏𝒅𝒖𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒏𝒅𝒆𝒓𝒂𝒂𝒏 𝑩𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒎𝒑𝒆𝒏𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍𝒇𝒊𝒕𝒓𝒊 (𝑯𝑹𝑨) 2026 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢𝑖 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑎𝑛 𝑂𝑝𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑒𝑝𝑎𝑑𝑢 𝑑𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑚𝑝𝑒𝑛 𝐾𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝐽𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑅𝑎𝑦𝑎 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑑𝑎 19 𝑴𝒂𝒄 𝒉𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂 29 𝑴𝒂𝒄 2026. 𝐽𝑢𝑠𝑡𝑒𝑟𝑢, 𝑝𝑖ℎ𝑎𝑘 𝑠𝑦𝑎𝑟𝑖𝑘𝑎𝑡 𝑘𝑜𝑛𝑠𝑒𝑠𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑙𝑢 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂-𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒊𝒏𝒂𝒂𝒏 𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒆𝒏𝒈𝒈𝒂𝒓𝒂𝒂𝒏 𝒓𝒖𝒕𝒊𝒏 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉 𝒂𝒘𝒂𝒍, 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑑𝑖𝑠𝑖𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒍𝒖𝒎 𝑶𝒑𝒔 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒆𝒑𝒂𝒅𝒖 𝑑𝑖𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎, 𝑘𝑒𝑐𝑢𝑎𝑙𝑖 𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑚𝑝𝑎𝑙 𝑝𝑜𝑡ℎ𝑜𝑙𝑒, 𝑘𝑒𝑐𝑒𝑚𝑎𝑠𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑟𝑖𝑡𝑖𝑘𝑎𝑙 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎𝑎𝑛 𝑑𝑖 𝑙𝑢𝑎𝑟 𝑟𝑖𝑧𝑎𝑏 𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑠𝑙𝑎ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑎 𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑦𝑎. 𝑆𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛 𝑖𝑡𝑢, 𝑱𝑲𝑹 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑠𝑒𝑛𝑡𝑖𝑎𝑠𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑖𝑎𝑝 𝑠𝑖𝑎𝑔𝑎 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢𝑖 𝑘𝑜𝑜𝑟𝑑𝑖𝑛𝑎𝑠𝑖 𝑒𝑟𝑎𝑡 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎 𝑝𝑖ℎ𝑎𝑘 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑡𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑎ℎ𝑎𝑝 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑢𝑟𝑢𝑠𝑎𝑛 𝑡𝑟𝑎𝑓𝑖𝑘. 𝑅𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔𝑙𝑎ℎ 𝑝𝑒𝑟𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑖𝑗𝑎𝑘, 𝑝𝑎𝑡𝑢ℎ𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑎𝑡𝑢𝑟𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑛𝑑𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑒𝑚𝑎ℎ 𝑎𝑔𝑎𝑟 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡 𝑡𝑖𝑏𝑎 𝑘𝑒 𝑑𝑒𝑠𝑡𝑖𝑛𝑎𝑠𝑖. 𝑆𝑒𝑚𝑜𝑔𝑎 𝑆𝑦𝑎𝑤𝑎𝑙 𝑖𝑛𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑡𝑖𝑡𝑖𝑘 𝑡𝑜𝑙𝑎𝑘 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑘𝑢𝑘𝑢ℎ 𝑠𝑖𝑛𝑒𝑟𝑔𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑝𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛, 𝑚𝑒𝑚𝑒𝑙𝑖ℎ𝑎𝑟𝑎 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎𝑎𝑛, 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑗𝑒𝑚𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖-𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑚𝑢𝑟𝑛𝑖 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑖𝑠𝑡𝑖𝑞𝑎𝑚𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑠𝑒𝑡𝑖𝑎𝑝 𝑎𝑠𝑝𝑒𝑘 𝑘𝑒ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝𝑎𝑛. ْتَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُم "𝑆𝑒𝑚𝑜𝑔𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 (𝑎𝑚𝑎𝑙 𝑖𝑏𝑎𝑑𝑎ℎ) 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑎𝑙𝑖𝑎𝑛" 𝑆𝑎𝑙𝑎𝑚 𝐴𝑖𝑑𝑖𝑙𝑓𝑖𝑡𝑟𝑖, 𝑀𝑎𝑎𝑓 𝑍𝑎ℎ𝑖𝑟 𝑑𝑎𝑛 𝐵𝑎𝑡𝑖𝑛. 𝑫𝒂𝒕𝒐’ 𝑺𝒓𝒊 𝑰𝒓. 𝑹𝒐𝒔𝒍𝒂𝒏 𝒃𝒊𝒏 𝑰𝒔𝒎𝒂𝒊𝒍 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒂𝒉 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑹𝒂𝒚𝒂
JKR Malaysia Rasmi tweet mediaJKR Malaysia Rasmi tweet mediaJKR Malaysia Rasmi tweet media
Indonesia
0
6
11
275
Unit Pengurusan Nilai (UPN), BPPK, CPAB, JKR retweetledi
JKR Malaysia Rasmi
JKR Malaysia Rasmi@IPJKR_Official·
Sebuah janji yang pernah dilafaz, kini ditunaikan bersama juraian air mata dan keringat. Menjelang Syawal ini, JKR Malaysia mengajak anda menyelami lubuk hati yang paling dalam menerusi naskhah #DramAIdilfitri, Setulus Janji Wira Kuning. Hayatilah erti sebuah pengorbanan. Pautan di Youtube :youtube.com/watch?v=oJQ91e… #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak #BiarJasaJadiPahala SEBALIK TABIR Penasihat/Penanung : Ir. Faizul Azlan (BKK) Pengarah/Idea Asal : Muhammad Faiz (BKK) Pengarah Bersama : Ar. Hazwan (CA) & Fido (JKR Perlis) Penasihat Teknikal : Ir. Tuan Khusairry (CJ) & Ts. Mohd Azhar (CSFJ) Prompter: Faiz, Nora, Ilmi (BKK), Wan (CA), Fido (JKR Perlis), Amsyar (BPSK), Poji (CPAB) Penulis Lirik/Komposer 'Lebaran Sempurna' : Faiz (BKK) Jurufoto : Syafiq & Wawa (BKK) Pelakon Utama : Zalizam (CKBA1), Alizal & Aniza (BKK), Haji Yaser Penampilan Istimewa : KPKR, TKPKR (Infra), TKPKR (Bangunan), TKPKR (Pakar) Penampilan Khas : Pengarah Kanan CJ & CKAS, Pengarah CSFJ & CKC Warna Rias / Editor : Faiz & Ilmi (BKK) Suara Latar : Mulyadi (BKK), Meria & Syafiqah (BPSK)
YouTube video
YouTube
Indonesia
0
8
13
774