
SELEWENG DANA ZAKAT | Tiga individu termasuk seorang Timbalan Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditahan kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor turut menyita 18 buah kenderaan mewah, hartanah bernilai kira-kira RM11 juta serta pelbagai harta alih lain termasuk wang tunai dan jam tangan berjenama. #BuletinTV3 #BeritaTerkini #SelewengDanaZakat #SPRM #Rasuah Berita penuh di bit.ly/4u0BMqQ























