PLUS Malaysia Berhad

18.5K posts

PLUS Malaysia Berhad banner
PLUS Malaysia Berhad

PLUS Malaysia Berhad

@plus2u

For PLUS highway customer enquiries or feedback, tweet us at @PLUS2u. For emergencies or accidents, call our PLUSLine 1800880000 (24hrs-a-day)

Petaling Jaya, Selangor Присоединился Şubat 2016
7 Подписки58.4K Подписчики
PLUS Malaysia Berhad
Perlukan bantuan di lebuh raya PLUS? Jangan panik! Dengan Aplikasi PLUS, bantuan hanya di hujung jari 🤳 Tekan butang SOS dan bantuan akan dihantar terus ke lokasi anda! 📲 Muat turun sekarang & nikmati kemudahan di sepanjang lebuh raya PLUS #TipPerjalananSelamat #PLUS_Safety
PLUS Malaysia Berhad tweet media
Indonesia
0
0
0
52
PLUS Malaysia Berhad
Tahukah Anda? Kemudahan seperti tandas dan surau turut disediakan di hentian sebelah plaza tol yang terpilih di sepanjang Lebuhraya PLUS. Manfaatkan kemudahan awam yang disediakan untuk kesenangan serta perjalanan yang lebih selesa ✨🚘 #PLUS_Comfort #PLUS_Safety
PLUS Malaysia Berhad tweet media
Indonesia
0
0
0
209
PLUS Malaysia Berhad
Perjalanan pulang ke bandar yang lancar bermula dengan perancangan yang baik. 🚗💨 Dengan MyPLUS-TTA dalam aplikasi PLUS, pengguna lebuh raya boleh merancang perjalanan lebih awal melalui cadangan waktu perjalanan yang disyorkan bagi mengelakkan kesesakan selepas cuti Hari Raya. Jom ikuti perkongsian pengalaman pengguna MyPLUS-TTA sebelum memulakan perjalanan pulang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Muat turun aplikasi PLUS sekarang di bit.ly/3pO2PYs dan mula merancang perjalanan anda lebih awal dengan MyPLUS-TTA untuk perjalanan yang lebih lancar dan selamat. 🚗💚 #AplikasiPLUS #MyPLUSTTA #HariRayaAidilfitri #PulangKeBandar
Indonesia
0
1
1
509
PLUS Malaysia Berhad
Pusat Pemantauan Trafik (TMC) PLUS hari ini menerima kunjungan YBrs. Ir. Mohd Hadzmir bin Yusoff, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dalam satu tinjauan kerja bersempena persediaan musim perayaan. Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaffar. Lawatan ini turut menjadi tanda penghargaan kepada petugas TMC yang komited memantau aliran trafik secara berterusan, khususnya sempena peningkatan pergerakan Hari Raya Aidilfitri. Beliau turut meluangkan masa bersama petugas mendengar pandangan petugas bertugas sebagai tanda keprihatinan dan sokongan pihak pengurusan terhadap kebajikan warga kerja. Semoga kerjasama LLM dan PLUS terus diperkukuh melalui penilaian tahap kesiapsiagaan serta kecekapan pemantauan trafik bagi memastikan perjalanan pengguna lebuh raya kekal selamat, lancar dan selesa. #PLUS_Comfort #HariRayaAidilfitri @moworksmy @LLMrasmi
PLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet media
Indonesia
0
2
4
907
PLUS Malaysia Berhad
Solat Sunat Aidilfitri pertama di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) telah berjaya dilaksanakan di Surau MADANI R&R Seremban (Arah Selatan) pada jam 8.30 pagi, 21 Mac 2026 (1 Syawal) dengan kehadiran hampir 200 orang jemaah yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Inisiatif ini bertujuan memberikan peluang dan mengurangkan tekanan kepada pengguna lebuh raya yang dalam perjalanan pulang ke kampung, serta para pekerja yang bertugas di R&R Seremban (Arah Selatan) pada pagi Aidilfitri, supaya mereka dapat menunaikan ibadah dalam suasana yang tenang, selesa, dan teratur sebelum meneruskan perjalanan. Penganjuran solat ini telah mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada 27 Februari 2026 serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Semoga inisiatif ini dapat memberikan manfaat kepada para pengguna lebuh raya yang masih dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, sekaligus memberikan ketenangan, keselesaan semasa beribadah pada pagi Aidilfitri. #PLUS_Comfort @moworksmy @LLMrasmi
PLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet media
Indonesia
0
2
2
828
PLUS Malaysia Berhad ретвитнул
LLM
LLM@LLMrasmi·
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA KE PUSAT PENGURUSAN TRAFIK (TMC) PLUS 22 Mac 2026 – YBrs. Ir. Mohd Hadzmir bin Yusoff, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengurusan Trafik (TMC) PLUS hari ini.
LLM tweet media
Indonesia
1
2
2
982
PLUS Malaysia Berhad
Pastikan anda memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan. Memakai tali pinggang keledar mampu menyelamatkan nyawa serta mengurangkan risiko kecederaan serius sekiranya berlaku pelanggaran atau kemalangan. Rancang perjalanan anda dengan MyPLUS-TTA untuk perjalanan balik kampung yang lebih lancar dan selamat 💚 #PLUS_Safety @moworksmy @LLMrasmi
PLUS Malaysia Berhad tweet media
Indonesia
0
1
1
534
PLUS Malaysia Berhad
Di Sebalik Lebuh Raya: POV Krew Tol (Edisi Raya) 🚗 Di saat lebuh raya dipenuhi kenderaan yang pulang ke kampung halaman, krew tol PLUS terus komited menjalankan tugas dengan memastikan urusan di plaza tol kekal lancar, demi keselesaan dan kelancaran perjalanan semua pengguna, terutamanya di musim perayaan ini. 💚 #PLUS_Comfort
Indonesia
0
1
1
557
PLUS Malaysia Berhad
Memandu jauh di lebuh raya? Pastikan anda berhenti dan berehat setiap dua jam untuk kekal segar dan fokus. Singgah di R&R atau Hentian Sebelah terdekat untuk rehat seketika dan nikmati kemudahan seperti tandas, surau dan pilihan makanan. Rancang perjalanan anda dengan MyPLUS-TTA untuk perjalanan balik kampung yang lebih lancar dan selamat 💚 #PLUS_Comfort #PLUS_Safety @moworksmy @LLMrasmi
PLUS Malaysia Berhad tweet media
Indonesia
0
2
1
300
PLUS Malaysia Berhad
PLUS Malaysia Berhad ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya. Semoga perayaan Hari Raya Aidilfitri ini mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama keluarga dan insan tersayang. Aidilfitri bukan sahaja masa untuk saling bermaafan, tetapi juga mengingatkan kita tentang kepentingan menjaga dan mengukuhkan silaturahim dengan insan tersayang.🌙✨ Dalam kegembiraan pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhemah, patuhi had laju dan rancang perjalanan anda dengan MyPLUS-TTA untuk perjalanan yang lebih selamat dan lancar. ✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🚗🌙✨ #IkhlasDaripadaPLUS #SelamatHariRayaAildifitri #PLUS_Safety #PLUS_Comfort
Indonesia
0
1
3
386
PLUS Malaysia Berhad
Sempena Hari Raya Aidilfitri, PLUS ada menyediakan kemudahan Solat Sunat Hari Raya di Surau Madani, R&R Seremban (Arah Selatan) pada 1 Syawal 1447H, jam 8.30 pagi. Bagi pengguna lebuh raya yang masih dalam perjalanan pulang ke kampung pada pagi Syawal, anda dijemput untuk singgah dan bersama-sama menunaikan Solat Sunat Hari Raya. Tempat adalah terhad mengikut kapasiti, harap maklum. Untuk maklumat lanjut, sila layari: plus.com.my/ms/?s=MEDIA #IkhlasDaripadaPLUS #PLUS_Comfort #SolatSunatRayaAidilfitri
PLUS Malaysia Berhad tweet media
Indonesia
1
4
5
1.9K
PLUS Malaysia Berhad
Alamak, tandas penuh pulak dekat R&R😲 Jangan risau! Kemudahan tandas juga ada disediakan di Hentian Sebelah dan beberapa plaza tol terpilih. Gunakan kemudahan yang disediakan dengan berhemah untuk keselesaan semua pengguna lebuh raya. 😉🚗 Rancang perjalanan anda dengan MyPLUS-TTA untuk perjalanan balik kampung yang lebih lancar dan selamat 💚 #PLUS_Comfort @moworksmy @LLMrasmi
Indonesia
1
1
1
301
PLUS Malaysia Berhad
Nak tahu berapa kadar tol di Lebuhraya PLUS dengan cepat dan mudah? 🚗💨 Mulakan perbualan dengan PUTRI, Pembantu Maya PLUS di WhatsApp untuk semak kadar tol perjalanan anda secara terus. #PUTRI #AplikasiPLUS
Indonesia
0
1
3
496
PLUS Malaysia Berhad
Pastikan anda menggunakan lorong mod pembayaran yang sama 😊 Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya sentiasa menggunakan lorong yang betul mengikut kaedah pembayaran pilihan anda ketika melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selesa. Rancang perjalanan anda dengan MyPLUS-TTA untuk perjalanan balik kampung yang lebih lancar dan selamat 💚 #PLUS_Safety #PLUS_Comfort
PLUS Malaysia Berhad tweet media
Indonesia
0
2
2
383
PLUS Malaysia Berhad
PLUS bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah menjalankan pemeriksaan bagi Surau Hentian Sebelah Sungai Bakap (Arah Utara) yang akan mula beroperasi hari ini. Surau Hentian Sebelah Sungai Bakap (Arah Utara) ini mampu menampung sekitar 20 jemaah lelaki dan 20 jemaah perempuan, serta dilengkapi ruang solat yang mesra OKU. Orang ramai dijangka boleh mula menggunakan kemudahan surau pada solat asar petang ini. #PLUS_Comfort @moworksmy @LLMrasmi
PLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet media
Indonesia
0
1
2
410