Presiden AS, Donald Trump mengumumkan penangguhan serangan ke atas loji tenaga Iran selama 10 hari atas permohonan Tehran.
Menurut Trump, penangguhan itu dibuat atas permintaan kerajaan Iran.
#AstroAudioNews
Cuaca panas di 14 lagi kawasan di Perak, Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Pahang berada pada tahap berjaga-jaga.
Perlis, Hulu Perak dan Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik serta Baling di Kedah alami gelombang haba dengan suhu maksimum harian boleh cecah hingga 40 darjah Celsius.
JPJ maklumkan pemegang Lesen Memandu Malaysia yang lesennya tamat tempoh melebihi 36 bulan, tidak lagi layak menerima subsidi BUDI95.
Ketua Pengarahnya berkata status lesen memandu memainkan peranan penting dalam menentukan kelayakan penerima subsidi berkenaan.
#AstroAudioNews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Iran, Masoud Pezeshkian kerana memberikan laluan untuk kapal tangki minyak Malaysia melintasi Selat Hormuz.
#AstroAudioNews
Kerajaan akan memperluas penguatkuasaan larangan pembelian petrol RON95 kepada pemandu dan pemilik kenderaan berpendaftaran asing, berkuat kuasa Rabu depan.
Menteri KPDN berkata langkah itu sebagai usaha memperketat kawalan terhadap penggunaan subsidi bahan api.
#AstroAudioNews
Seorang penghantar makanan dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Ayer Keroh selepas mengaku bersalah membelasah isterinya yang sedang hamil, dua minggu lalu.
#AstroAudioNews
18 kawasan di Semenanjung Malaysia melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan dan Johor merekodkan cuaca panas tahap berjaga-jaga.
#AstroAudioNews
DBKL nafi terlibat dengan sebarang bentuk aktiviti meminta wang perlindungan, salah guna kuasa atau perlakuan yang menyalahi undang-undang.
Ia susulan video viral babitkan kes jurugambar haram pukul orang awam semalam yang didakwa berkaitan dengan DBKL.
#AstroAudioNews
YDP Agong, Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook baginda hari ini menasihati rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
#AstroAudioNews
Iran menolak pelan damai 15 perkara yang dicadangkan Presiden Trump untuk menamatkan perang.
Dalam pada itu, Iran menetapkan lima syarat sendiri, termasuk jaminan keselamatan dan pengiktirafan kedaulatan di Selat Hormuz, sambil menegaskan operasi pertahanan akan diteruskan.
Kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad dilapor kembali cuba dapatkan khidmat Mohamed Salah.
Terdahulu, Al Ittihad pernah cuba tandatangani Salah dengan harga 150 juta pound pada 2023 namun tawaran itu ditolak oleh The Reds.
#AstroAudioNews
Seorang lelaki ditahan di Butterworth, Pulau Pinang kerana disyaki muat naik komen berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di Facebook.
#AstroAudioNews
Lebih 40 stesen minyak yang beroperasi dalam lingkungan 25 kilometer dari sempadan negara di Kelantan dikenal pasti berisiko tinggi berlakunya aktiviti ketirisan subsidi.
#AstroAudioNews
Orang ramai diingatkan untuk ambil langkah pencegahan bagi mengelak gejala penyakit akibat cuaca panas.
KKM berkata antaranya merancang aktiviti luar rumah seperti ziarah raya dengan mengelakkan waktu puncak panas antara pukul 11 pagi hingga 4 petang.
#AstroAudioNews
Baling, Pokok Sena dan Pendang di Kedah kekal alami cuaca panas tahap 2 atau gelombang haba.
Manakala 16 kawasan lagi termasuk di Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Pahang berada pada tahap berjaga-jaga.
#AstroAudioNews
Pengisytiharan bencana kemarau di Tawau yang diumumkan 10 pagi tadi ditarik balik.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Tawau memaklumkan, ini selepas pihaknya mendapati keadaan di daerah berkenaan tidak lagi memenuhi kriteria kemarau.
#AstroAudioNews
Semua institusi pendidikan diarah menangguhkan aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celsius.
Kementerian Pendidikan berkata ia bagi mengelakkan kejadian tidak diingini susulan negara dilanda musim panas ketika ini.
#AstroAudioNews
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen di Shah Alam, petang semalam.
#AstroAudioNews