

Majoriti Harga Rumah Di Malaysia Di Luar Kemampuan Orang Ramai Tahap kemampuan pemilikan rumah di Malaysia masih menjadi cabaran utama, dengan paras 4.5, yang meletakkan negara dalam kategori tidak mampu milik. Nilai ini menunjukkan bahawa harga rumah purata adalah kira-kira 4.5 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan tahunan isi rumah, sekali gus menggambarkan tahap kemampuan yang masih belum memuaskan. Keadaan ini mencerminkan ketidakseimbangan yang berterusan antara peningkatan harga rumah dan pertumbuhan pendapatan isi rumah. Walaupun terdapat negeri yang menunjukkan tahap kemampuan yang lebih baik, jurang kemampuan secara keseluruhan masih ketara, terutamanya di negeri-negeri dengan harga rumah yang tinggi. Kesannya dapat dilihat ketara di pusat-pusat bandar utama dan negeri-negeri maju, di mana harga rumah melonjak jauh melebihi kuasa beli rakyat. Kesannya, impian pemilikan rumah pertama bagi golongan muda semakin sukar dicapai.











