RMK
95 posts


@mynewshub Mengurangkan ketirisan bukan dengan kurangkan had subsidi tapi dengan penguatkuasaan … hapuskan elaun minyak para menteri & timb menteri dulu … KERAJAAN PALING BEBAL !!!
Indonesia

Subsidi RON95 Mungkin Dipotong Lagi Kepada 150 Liter Sebulan
OLEH MYNEWSHUB
KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lagi had subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI95 daripada 200 liter kepada 150 liter sebulan, dalam usaha memperkemas pengurusan subsidi dan mengurangkan ketirisan.
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, cadangan itu dibuat berdasarkan data penggunaan rakyat yang menunjukkan majoriti pengguna sebenarnya menggunakan petrol jauh lebih rendah daripada had semasa.
Menurut beliau, sebelum ini kuota subsidi telah dikurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter pada Mac lalu sebagai fasa awal rasionalisasi subsidi bahan api.
“Data secara konsisten menunjukkan 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan. Langkah seterusnya ialah 150 liter kerana kira-kira 60 peratus populasi menggunakan kurang daripada 150 liter,” katanya ketika sesi fireside chat pada program Affin Market Outlook 2026 pada Selasa.
Beliau turut menjelaskan bahawa langkah itu bukan sekadar pengurangan subsidi, sebaliknya sebahagian daripada strategi pengurusan permintaan bahan api bagi memastikan bekalan domestik negara kekal stabil sekiranya konflik geopolitik dunia berpanjangan.
Dalam masa sama, kerajaan juga dilaporkan sedang mengkaji langkah mengetatkan kelayakan subsidi dengan kemungkinan mengecualikan golongan berpendapatan tinggi (T20) serta warga asing daripada menikmati subsidi RON95.
Bagaimanapun, Liew menegaskan kerajaan masih mahu memastikan golongan rentan termasuk penunggang motosikal dan isi rumah berpendapatan rendah terus menikmati akses kepada bahan api bersubsidi.
“Secara politik, saya mahu memastikan penunggang motosikal terus menikmati kadar subsidi tinggi. Mereka hanya menggunakan sekitar 50 liter sebulan dan golongan ini paling terkesan jika harga meningkat,” katanya.
Selain itu, kerajaan turut merancang mekanisme subsidi diesel bersasar untuk Sabah dan Sarawak, selain menggalakkan pelaburan lebih besar dalam pengangkutan awam serta penggunaan kenderaan elektrik bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap minyak dalam jangka panjang. - MYNEWSHUB


Indonesia

Pemimpin tertinggi UMNO hadir ke Istana Besar Johor sempena ulang tahun ke-80
Beberapa kenderaan pemimpin tertinggi UMNO mula memasuki Istana Besar Johor seawal jam 9.30 pagi bagi meraikan sambutan ulang tahun penubuhan UMNO ke-80.
Antara yang kelihatan hadir ialah Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta barisan kepimpinan tertinggi parti dari seluruh negara.
#SinarHarian #60Saat #PemimpinTertinggi #UMNO #Johor
Indonesia

@mynewshub Boleh saman sama ada JKR atau DBKL kerana lalai menunaikan tanggungjawab …
Indonesia

@sunnyice255 @bckupacc99 Susah sangat ke nak ikut peraturan atau memang jenis manusia yang suka langgar peraturan …
Indonesia

@bckupacc99 Still tak paham knp kena tolak motor dari luar sekolah smpai dlm parking sekolah.
Indonesia

Majlis agama disaran pastikan masjid tangani lalu lintas ketika solat Jumaat dlvr.it/TSDRnP
Indonesia

@SinarOnline Dia menuduh semua orang sakau berbillion billion …. Konon dia yang terpaling integriti … tapi tiba tiba … 😁
Indonesia

Pemilikan wang di luar negara: Bawa bukti jika ada dakwaan, jangan jadi fitnah - PM
Tegas Anwar, beliau tidak akan melayan dakwaan tidak berasas yang tular di media sosial kononnya melibatkan pemilikan wang di luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AnwarIbrahim #dakwaan #pemilikanwang #luarnegara
sinarharian.com.my/article/777108…
Indonesia

@SinarOnline Dia pun sama … sila bawa bukti yang berkotak kotak tu … jangan fitnah juga dan jangan hanya berani menuduh di dalam dewan rakyat sahaja …
Indonesia

Pemilikan wang di luar negara: Bawa bukti jika ada dakwaan, jangan jadi fitnah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan melayan dakwaan tidak berasas yang tular di media sosial kononnya melibatkan pemilikan wang di luar negara.
Mengulas dakwaan yang dikaitkan dengan sebuah video tular melibatkan individu dikenali sebagai Albert Tei, Anwar berkata, sebarang tuduhan perlu disertakan dengan bukti kukuh dan tidak boleh dijadikan bahan fitnah.
Artikel: sinarharian.com.my/article/777108…
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #PMX #pemilikanwang
Indonesia

Tunku Mahkota Ismail tokoh penting dalam ekosistem bola sepak negara
#BHsukan Kita harus sedar hakikat bola sepak negara tidak pernah ditadbir tanpa pengaruh tokoh berjawatan tinggi
bharian.com.my/sukan/bola/202…
Indonesia

Presiden FAM perlu dapat 'restu' TMJ - Mohd Yusoff
MANA-MANA individu yang mahu menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seharusnya terdiri daripada kalangan mereka yang mendapat 'restu' serta kepercayaan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sekiranya baginda tidak mahu menerajui badan induk bola sepak itu.
Bekas Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, kriteria itu penting memandangkan baginda merupakan figura paling konsisten dan berpengaruh dalam bola sepak negara.
#SinarHarian #Threads #sukan #bolasepak #TMJ #FAM

Indonesia

Saya tak boleh 'brain' bagaimana wakil² rakyat pembangkang khususnya dari PAS berduyun membela Tiktoker Jorjet Myla.
Kiriman dan ungkapan yang jelas menghina, mencaci dan mencarut (lucah) oleh seorang 'muslimah' boleh dihalalkan. Dikatakan itu hanyalah kritikan.
Tidakkah mereka boleh bezakan antara komen, kritik dan penghinaan yang menjijikkan? Saya nak siar ulang video-video yang banyak tu pun tak lalu nak makan. Tapi mereka sangat teruja mempertahankan.
Inikah kebebasan bersuara diperjuangkan sebuah organisasi mendakwa perjuangkan Islam yang syumul? Adakah syumul bermaksud terima semua, halalkan semua asalkan kena dengan selera?
Memualkan... Lebih memualkan mereka yang membela dan menghalalkannya.
.

Indonesia

@MadaniNomics Kata sumbangan … jadi kalau sumbangan bukan mesti bagi atau bayar … jadi siapa yang salah …
Indonesia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terbuka dengan cadangan memotong gaji menteri sekiranya keadaan ekonomi semakin meruncing.
Namun Anwar menjelaskan bahawa gaji menteri kabinetnya masih rendah dan merupakan hak berdasarkan prestasi mereka. #AWANInews
Indonesia

@MCMC_RASMI Yang kata kena bayar tol tu bukan dari pihak kerajaan ke dan yang kata diesel dari Malaysia bukan ke dari kerajaan Filipina … siasatlah mereka …
Indonesia

@NgaKorMing Kerajaan sekarang pun banyak juga menipu dan kerap menabur janji palsu … tak nak suruh MCMC siasat sekali ke … jangan double standard …
Indonesia

PKR Bukan Parti Biasa, Komitmen Berdasarkan Doa Nabi Syuaib - Anwar
Oleh Mynewshub
KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa PKR bukan sebuah parti politik biasa, sebaliknya berteraskan perjuangan reformasi sejak penubuhannya.
Berucap pada mini konvensyen PKR Terengganu semalam, beliau berkata prinsip reformasi yang menjadi asas parti itu telah digariskan sejak Pengisytiharan Permatang Pauh 1998 dan terus kekal relevan sehingga hari ini.
Menurut Anwar, komitmen perjuangan PKR adalah untuk membawa perubahan ke arah kebaikan, meskipun mengakui ia bukan penyelesaian kepada semua masalah negara.
"Kita ni bukan parti politik biasa. Banyak orang bilang, sebagai parti politik — tidak. Kita ni parti, terasnya apa? Reformasi.
"Dan dalam Pengisytiharan Permatang Pauh 1998, apa yang kita sebut? Kita sebut terasnya itu. Makna komitmen kita berdasarkan doa Nabi Allah Syuaib S.A.W, sedaya upaya bawa perubahan, perubahan ke arah kebaikan," katanya.
Dalam masa sama, beliau turut mempertahankan prestasi kerajaan campuran di bawah gagasan Kerajaan Madani yang menurutnya telah menunjukkan kestabilan sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran.
Anwar mendakwa beberapa petunjuk ekonomi negara menunjukkan perkembangan positif, termasuk peningkatan pertumbuhan ekonomi, penurunan kadar pengangguran serta pencapaian pelaburan yang disifatkan antara tertinggi dalam sejarah.
Beliau juga menyatakan bahawa kedudukan mata wang negara semakin mengukuh dan berada antara yang terbaik di rantau Asia ketika ini.
"Apalagi ini suatu kerajaan campuran. Kerajaan Madani ini kita mewakili satu sosok. Tapi sudah lihat sekurang-kurangnya tiga tahun lebih ini, kerajaan ini stabil.
"Ekonomi memuncak naik, pengangguran turun, pelaburan tertinggi dalam sejarah. Kekuatan ringgit terbaik di Asia. Itu kenyataannya. Jadi dengar," katanya. - MYNEWSHUB

Indonesia

@NaratifRakyat Hari2 meroyan … bilalah pulak nak selesaikan masalah negara bila asyik salahkan orang lain melainkan diri sendiri …
Indonesia

Harga Minyak: "Ada pihak kurang cerdik salahkan kerajaan, kamu tidak ikut berita kah?" - PM Anwar Ibrahim
#MADANIBekerja
#SelatHormuz #konflikasiabarat #MalaysiaMADANI #anwaribrahim #keadilanuntuksemua
Indonesia












