IrritationIrksideOut
92.5K posts



Hi korang 🥹 If you don’t mind, could you help share this for me? 🙏 I need to settle Blue’s outstanding vet bill by tomorrow, and I can’t cover it upfront as Batik is also going to the same vet every few days for treatment. Any help, no matter how small, would mean so much. 🙏



Bagus la charge tax untuk orang pakai AI. Habis air dan electricity dekat sini bagi data centre melantak. Singapore mana ada sgt data centres, tanah tak banyak. Data centre buat kat sini sebab nak cater segala demand AI dari seluruh dunia. Kita ni mmg tong sampah dunia.



🚨 Not just PERKESO won’t refund the money they already collected in June You have ONLY until 31 AUGUST 2026 to opt OUT of Lindung 24 Jam After that? Automatically enrolled and you will be paying 0.75% from your salary every month So clever 😂

Dakwaan Warga Israel Di Network School: 266 Individu Dari 40 Negara Diperiksa - Imigresen #MGFlash Seramai 266 warganegara asing daripada 40 negara yang terbabit dalam operasi Network School di Forest City, Johor telah diperiksa dan memiliki dokumen imigresen yang sah berdasarkan rekod semasa.

KENYATAAN MEDIA ISU NETWORK SCHOOL DI FOREST CITY 1. Kerajaan Negeri Johor mengambil maklum dan memandang serius kebimbangan rakyat berhubung operasi Network School di Forest City, termasuk dakwaan terdapat warga Israel yang menyertai program tersebut menggunakan pasport negara kedua. 2. Saya menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Johor tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan negeri ini sebagai tapak untuk membawa ideologi atau gerakan yang bercanggah dengan undang-undang, kedaulatan dan kepentingan Johor serta Malaysia. 3. Oleh itu, Kerajaan Negeri meminta agar Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan agensi keselamatan berkaitan menjalankan semakan serta siasatan menyeluruh terhadap: i. identiti dan kewarganegaraan individu terlibat; ii. dokumen perjalanan dan penggunaan pasport kedua; iii. jenis pas serta tujuan kemasukan ke Malaysia; dan iv. keselarasan antara tujuan kemasukan dengan aktiviti sebenar yang dijalankan. 4. Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Digital dan agensi kawal selia berkaitan turut telah diminta menentukan status sebenar operasi Network School serta sama ada program yang dijalankan memerlukan pendaftaran atau kelulusan di bawah undang-undang negara. 5. Di peringkat negeri, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor serta agensi-agensi berkaitan akan menyemak semula semua aspek pematuhan yang berada di bawah bidang kuasa masing-masing, termasuk pematuhan terhadap syarat lesen premis, penggunaan bangunan, syarat nyata dan syarat khas tanah, penginapan, aktiviti perniagaan serta apa-apa keperluan perundangan atau peraturan lain yang berkuat kuasa. 6. Sekiranya siasatan mendapati wujud pelanggaran undang-undang, penyalahgunaan pas, pelanggaran syarat lesen atau syarat tanah, atau sebarang unsur yang boleh menjejaskan kepentingan negeri serta keselamatan negara, Kerajaan Negeri menggesa agar tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa tanpa sebarang kompromi. 7. Kerajaan Negeri akan terus bertindak secara bertanggungjawab serta berlandaskan undang-undang demi melindungi kepentingan negeri dan mempertahankan kedaulatan negara. DATO’ ONN HAFIZ GHAZI Menteri Besar Johor


























