☺️🇲🇾
25K posts

☺️🇲🇾
@nr___na
#AllEyesonSudan #FreePalestine

It was an honor to host Indonesian Defense Minister @sjafriesjams at the Pentagon today. I was proud to announce that we are elevating our relationship to a Major Defense Cooperation Partnership, in recognition of the strength and potential of our bilateral defense ties.

@ajim_hirako juga tak condescending dan selalu rasa superior macam mentor dia 😅

JUST IN - U.S. announces a defense partnership with Indonesia.



𝗖𝗔𝗥𝗔-𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗘𝗠𝗢 & 𝗣𝗥𝗢𝗧𝗘𝗦𝗧 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗝𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 Kebelakangan ini musim protest dan demo, sebab ada isu-isu berbangkit. Hujung minggu depan, pada hari Sabtu 25 April 2026, akan ada satu lagi demo Tangkap Azam Baki. Saya akan turun bersama-sama anak muda dan rakyat Malaysia yang mahu Malaysia bebas dari rasuah. Bila kita rasa orang dan badan yang diberi amanah membanteras rasuah telah menjadi senjata untuk mengejar sesiapa yang tidak sekepala dengan yang berkuasa, SPRM perlu dibaiki. Ia bermula dengan menukar Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki, yang terpalit dengan skandal pemilikan saham sebanyak dua kali dan tuduhan bersekongkol dengan mafia korporat. Tapi sebelum turun, kita kena tahu selok belok berdemo. Pertama, demo sebab ada isu yang kita ambil pendirian, selalunya anak muda yang tampil sebab mereka percaya kepada idealisme mereka, apa pun pandangan kita kepada pendirian mereka. Kalau boleh jangan jadi demo macam yang satu lagi ni (boleh rujuk video ini). Takut nak tunjuk muka. Malu-malu. Bila ditanya kenapa pakai penutup muka, jawabnya “sebab habuk”. Orangnya pula semua yang dah lanjut usia dengan rekod katak politik yang pernah masuk semua parti. Jom kita sama-sama tunjukkan cara demo yang sebenar di Dataran Merdeka, 25 April ini. Jumpa hari Sabtu minggu depan, lagi dekat nanti lagi banyak promo dari saya.




Perbicaraan kes pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar berhubung pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan ke Julai depan. Tarikh baharu itu diputuskan selepas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rosli Ahmad membenarkan permohonan peguam Shaarvin Raaj yang mewakili pasangan itu untuk menangguhkan perbicaraan pada hari ini, 14 hingga 17 April, 18 hingga 22 Mei dan 8 hingga 12 Jun 2026 berikutan pihaknya perlu menyiapkan pernyataan pembelaan. “Mahkamah menetapkan perbicaraan pada 20 dan 24 Julai, 17 dan 18 Ogos, 16 serta 23 Okt, 3, 20 dan 30 Nov, 17 dan 18 Dis manakala Januari 2027 pada 15, 28 dan 29,” kata Hakim Rosli. Berita penuh: malaysiakini.com/news/772488

𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗧𝗔𝗞 𝗚𝗨𝗡𝗔, 𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦 𝗥𝗠𝟳𝟱𝟬 𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗩𝗘𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗖𝗛𝗜𝗡𝗘 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗦𝗔𝗛 Naib Presiden PKR, R Ramanan menegur Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara live di depan rakyat Malaysia. Isunya mengenai satu projek membasmi kemiskinan, iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Boleh tonton teguran Ramanan kepada Dato’ Seri Anwar di video ini. Serangan politik Ramanan menggunakan isu IPR dan vending machine ini tidak cerdik dari beberapa sudut. Pertama - faktanya salah. Saya boleh saman terus dan menang. Tapi takkan la hidup kita ini kerja turun naik mahkamah bila ada orang yang secara berterusan menyerang kita. Kedua - dari pengalaman saya, Inisiatif Pendapatan Rakyat ini agak popular dengan rakyat biasa. Menyerang IPR mengundang cemuhan. Awal-awal dulu bila Dato’ Seri Sanusi MB Kedah menyerang IPR dengan ceramah “gedegum”, berbulan-bulan dia kena troll. Ketiga - ini program awal Kerajaan Madani yang mendapat pujian dari Perdana Menteri sendiri, sehingga dimasukkan dalam ucapan belanjawan dan ucapan-ucapan dasar yang lain. Menyerang IPR sama seperti memperlekehkan penilaian Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Faktanya begini: Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dilancarkan dalam tahun 2021, kerajaan pada masa itu memperuntukkan RM1.5 billion sehingga 2025 untuk membasmi kemiskinan. Disember 2022, saya dilantik menjadi Menteri Ekonomi. Dari zaman Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, tanggungjawab membasmi kemiskinan diletakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi (atau EPU) yang kemudiannya menjadi Kementerian Ekonomi. Saya pun gembira sebab saya datang dari keluarga susah, jadi usaha basmi kemiskinan ini memang dekat dengan jiwa saya. Cuma bila saya semak, pelaksanaan dasar basmi kemiskinan ini masih guna cara yang sama berdekad-dekad. Contohnya: bagi duit berpuluh ribu untuk kelengkapan berniaga. Beli gerai berniaga, kelengkapan dan sebagainya. Tapi hasil itu belakang kira. Tanggungjawab kerajaan hanyalah bagi bantuan, apa nak jadi lepas itu nasib penerima. Bila kami kaji kenapa program-program seperti ini, contohnya 1Azam yang dibuat semasa Dato’ Seri Najib dahulu tidak mencapai sasaran yang lebih tinggi, ada beberapa diagnosis: 1 - Matlamat program adalah bantuan yang diberikan supaya kerajaan kata kerajaan dah tolong. Kerajaan boleh umum kami dah agihkan RM1.5 billion kepada orang miskin, tetapi matlamat utama memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh masa yang panjang tidak tercapai 2 - Semua risiko perniagaan ditanggung oleh penerima yang memang miskin. Dia kena cari tempat berniaga, dia kena tanggung risiko pemasaran, semua risiko perniagaan dia tanggung. Akhirnya, puluhan ribu yang diberikan untuk memulakan perniagaan banyak berakhir dengan kegagalan dan duit rakyat hangus. 5 tahun kemudian, kerajaan akan umum lagi RM1.5 billion untuk bantu orang miskin. Ini masalah biasa dalam kerajaan. Niatnya betul, dasarnya betul tetapi pelaksanaan tidak berkesan. Pelaksaan tersasar dari matlamat kerana program design yang dipilih itu tidak mengambil kira semua perkara seperti risiko mengusahakan perniagaan kecil. Dari situlah, konsep Inisiatif Pendapatan Rakyat dibangunkan dan ia adalah salah satu dari program terawal kerajaan yang dilancarkan pada bulan Februari 2023, sebelum pun jenama Madani dilancarkan. Pendekatan berbeza: daripada matlamat mengagihkan wang semata-mata, IPR mesti memenuhi beberapa matlamat struktur: 1 - Aset itu mestilah kekal aset kerajaan supaya penerima hanya kekal dalam program selama 2 tahun, selepas itu kumpulan baru akan masuk 2 - Kayu ukur bukanlah dana yang diagihkan tetapi pendapatan yang diperolehi setiap bulan oleh peserta. Sasaran IPR ialah peserta mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan 3 - Program berbentuk memberi pekerjaan tetap kepada peserta, bukan memberi wang. Mereka tidak menerima wang dari kerajaan, sebaliknya mendapat gaji atau keuntungan dari mengusahakan aset kerajaan Ada 3 kategori penjanaan pendapatan di bawah IPR, iaitu pertanian berkelompok di bawah INTAN, usahawan makanan di bawah INSAN dan pekerja perkhidmatan di bawah IKHSAN. Strategi IPR juga serampang dua mata, iaitu: Bagi INSAN, selain menambah pendapatan golongan miskin, ia juga membantu kos sara hidup masyarakat setempat dengan makanan dijual mestilah di bawah RM5. Bagi INTAN, tujuannya juga menyediakan infrastruktur pertanian moden berskala besar di tanah-tanah kerajaan untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan menarik lebih banyak pelaburan dan teknologi ke sektor pertanian. Jumlah RM750 juta itu adalah bagi tempoh 2023 hingga 2025, iaitu 3 tahun. Pecahan peruntukan ialah sekitar 50% kepada INTAN kerana membuka tanah untuk menyediakan ladang-ladang pertanian moden menelan belanja berjuta ringgit setiap projek, 30% kepada INSAN iaitu sewaan RM700 setiap bulan bagi setiap mesin vending dan 20% untuk IKHSAN. Tuduhan Ramanan bahawa RM750 juta untuk mesin vending itu sudah tentu mengarut. Kiraannya mudah - bagi setiap peserta, kerajaan menanggung RM700 sebulan sebagai sewa. Jumlah sasaran penerima untuk tempoh 3 tahun ialah 4,900 di seluruh negara, jadi jumlah adalah RM82 juta. Tetapi RM82 juta ini akan terus memanfaatkan penerima akan datang kerana mesin itu telah ada disitu di lokasi-lokasi strategik yang menjana ribu ringgit sebulan. Ia sama seperti kerajaan membina kedai-kedai di seluruh negara tetapi pada harga yang lebih murah. Saya tahu saya akan terus diserang selepas ini. Program-program kerajaan Madani yang sebelum ini dilambung akan terus dibakul sampahkan oleh orang kerajaan sendiri, semata-mata kerana mereka tidak selesa dengan kritikan saya mengenai tata kelola, rekod SPRM dan tuduhan seperti mafia korporat. Insya Allah selepas ini, saya akan membentangkan kembali usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Ekonomi dari dulu hingga sekarang untuk negara dan rakyat. Kalau pun nak burukkan nama saya sebagai menteri terpaling gagal, janganlah sampai nak benamkan sumbangan satu kementerian utama seperti Kementerian Ekonomi.






Kembali ke Rancangan Bodoh Apa Hari Ini daripada Bapa Ceplos @wfauzdin. 🤣 Bila masa Izzah lawan FRU? Yang melawan adalah rakyat yang cintakan negara. Izzah hanya ikut sahaja ke mana mamanya pergi ketika itu. Apa sumbangan Rafizi ketika itu yang masih muda belia? Beliau merupakan Presiden Majlis Tertinggi Pelajar-pelajar Malaysia (UKEC) di UK telah menubuhkan satu gerakan 'Free Anwar Campaign' (FAC). Beliau bertanggungjawab menjalankam kempen di Parlimen UK, Kementerian Luar UK dan Suruhanjaya Eropah. Menulis dan menghantar surat2 tentang ketidakadilan yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim di Tanah Air. Jadi, tidak payah dengki dengan sumbangan Rafizi. Beliau memang terlibat menyumbang daripada awal. Tambah2 beliau adalah juga pengasas kepada Kesatuan KEADILAN Antarabangsa Eropah. Kau patut lihat apa sumbangan kau pada reformasi ketika itu? Sampai tak ke standard Rafizi? Macamana nak capai standard Rafizi? Cakap omputeh pun tak pandai kata @Iswardy2025. 🤣


gila kena calit minya ka apa ni? smpai jdik bodoh mcm tu kesiannyaa. 6 bulan tanpa fon, Husb x bagi. Ada anak tiri lagi. Jaga mak mtua yg sakit lagi. Ujian buat dia. Semoga dipermudah urusan.














