
Azli M.
2.6K posts

Azli M.
@Azli_Mohamed_
globe-trotter slowing down, former CF + M&A slave. trying to hv work/play/music/photography equilibrium. runs #GasMalaysia. #YNWA














Perbincangan bersama Siemens Energy berkisar kepada pelaburan teknologi hijau di Malaysia. Siemens Energy boleh memainkan peranan penting dalam strategi pelaburan hijau Malaysia dengan memanfaatkan kepakarannya dalam teknologi hidrogen dan tenaga boleh diperbaharui. Saya yakin kerjasama bersama Siemens ini boleh membantu mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah ekonomi berkarbon rendah. #SiemensEnergy #GreenInvestment #MITI #TZA







Memulakan lawatan di Jerman dengan mengunjungi Siemens Energy yang merupakan salah satu syarikat teknologi tenaga utama dunia. Turut bersama adalah Menteri Luar, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Duta Malaysia ke Jerman. Saya dan delegasi Malaysia berpeluang melihat dengan lebih dekat operasi kilang ini sebelum sesi perbincangan lanjut bersama pengurusan tertinggi diadakan. Sebagai rekod, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Siemens Energy memeterai memorandum persefahaman untuk memulakan pembangunan hidrogen hijau pada tahun lalu. Ia bertujuan untuk mempercepatkan penyahkarbonan jana kuasa termal TNB, menggunakan hidrogen hijau yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh baharu. #MalaysiaMADANI



Thanks for the briefing. Exciting to learn more from the industry & tech perspectives.










