Sabitlenmiş Tweet
Azri Abdullah
47.1K posts

Azri Abdullah
@AzriAbdullah22
Partner / Lawyer at NRAA | Podcaster @ AtasPagar | Ketua Pemuda AMANAH Melaka & EXCO @PemudaAmanah #NRAALaw @PartiAmanah @ChelseaFC #MOZAC0610
Malacca, Malaysia Katılım Ekim 2012
713 Takip Edilen2.9K Takipçiler
Azri Abdullah retweetledi

KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
PERKEMBANGAN NEGERI SEMBILAN: SELESAIKAN SECARA TERTIB DAN MUAFAKAT
Saya telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus malam tadi bagi membincangkan perkembangan melibatkan institusi Raja dan pentadbiran Kerajaan Negeri, selain menjunjung kasih atas kebijaksanaan Duli Tuanku dalam menangani perkara ini.
Dalam pertemuan tersebut, saya menyokong titah Duli Tuanku agar YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun terus menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar demi memastikan kestabilan pentadbiran negeri, memelihara kepentingan rakyat serta menjunjung kedaulatan undang-undang yang berkuat kuasa. Saya yakin berdasarkan pengalaman dan khidmat cemerlang, beliau akan terus menjalankan tugas dengan sempurna.
Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan yang melibatkan institusi Undang sedang ditangani melalui saluran serta proses yang sah serta kebijaksanaan Undang. Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan kerjasama penuh untuk memastikan kelangsungan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Dalam apa jua keadaan, keluhuran institusi Raja dan undang-undang negeri mesti terus dipelihara serta dipertahankan.
Saya juga menyeru rakyat khususnya di Negeri Sembilan terus berhemah, beradab dan menjaga ketertiban terutama dalam membicarakan ehwal institusi Raja dan undang-undang negeri.
"Kemenakan beraja ke mamak, mamak beraja ke muafakat, muafakat beraja kepada kebenaran, dan kebenaran itu berdiri sendiri."
ANWAR IBRAHIM
28 April 2026


Indonesia
Azri Abdullah retweetledi

Hari ini saya hadir bersama warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam Program Jelajah Wira MADANI di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan. Satu inisiatif bagi menghargai jasa dan pengorbanan pasukan barisan hadapan yang sentiasa mempertahankan keselamatan serta kedaulatan perairan negara. Terima kasih juga kepada rakan-rakan media yang hadir membuat liputan.
Program ini lahir daripada ilham Perdana Menteri, yang mahu memastikan setiap anggota pasukan keselamatan diberikan pengiktirafan sewajarnya atas tanggungjawab besar yang mereka pikul setiap hari.
Hakikatnya, cabaran maritim hari ini semakin kompleks. Jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dadah, senjata api dan pemerdagangan manusia terus meningkat, khususnya di laluan strategik seperti Selat Melaka. Dalam masa yang sama, ketegangan geopolitik di Laut China Selatan serta ancaman penangkapan ikan secara haram dan pencemaran laut turut menuntut kesiapsiagaan berterusan daripada pasukan penguat kuasa kita.
Sebab itu kerajaan terus memperkukuh keupayaan APMM melalui peningkatan aset dan teknologi, termasuk pembinaan dua unit mothership baharu, perolehan helikopter AW189, pemasangan radar tambahan di Sabah serta penambahan bot operasi bagi memastikan kesiapsiagaan di perairan negara sentiasa berada pada tahap terbaik.
Dalam program hari ini, selain menghargai warga APMM, kita juga mengambil pendekatan untuk menyantuni komuniti setempat. Saya berkesempatan menyampaikan sumbangan khas kepada anak-anak yatim & sekolah.
Pendekatan ini membawa mesej yang jelas bahawa kekuatan pasukan keselamatan seperti APMM bukan hanya bergantung kepada aset dan teknologi, tetapi turut disokong oleh masyarakat, komuniti dan institusi pendidikan yang menjadi sebahagian daripada ekosistem keselamatan negara.
Insya-Allah, komitmen kerajaan untuk memperkukuh keselamatan maritim negara akan terus diperkasa demi memastikan kedaulatan negara kekal terpelihara dan keselamatan rakyat sentiasa terjamin.
#MalaysiaMadani
#YakinMadani
#KementerianDalamNegeri
#SaifNasution




Indonesia

@Afro_Dreamer Macam belum. So far ada MB NS punya statement je
Indonesia

@AzriAbdullah22 PH (in general) dah keluar statement belum?
Indonesia
Azri Abdullah retweetledi

Lima Sorotan Mingguan Menteri Kesihatan @DrDzul 20-26 April 2026:
1. Data NHMS 2025: Hanya 14.7% menua sihat; warga emas kini diangkat sebagai aset 'Ekonomi Perak'.
2. Kunjungan Namibia: Sistem kesihatan Malaysia jadi penanda aras antarabangsa, memacu pelancongan kesihatan.
3. Hari Autisme: KKM menggerakkan Pendekatan Sepanjang Hayat; memastikan tiada individu autistik tercicir.
4. Buku 'Mai Kurang': Inisiatif kurangkan gula dan garam dalam masakan demi mengekang kos NCD sebanyak RM64.2 bilion.
5. Kempen 6020: Rawatan pergigian terus ke komuniti, menyasarkan warga emas usia 60 tahun kekal dengan 20 gigi asli.
Indonesia

@aminmubarak_ GOT dengan House of Cards tu umpama show wajib untuk pemula politik
Indonesia

@AzriAbdullah22 Kesianlah bro klu sedikit pun tak dpt keistimewaan. Lebih baik suruh parti ikut gabungan lain.
Indonesia

@HalimCrypto Personally dah biasa. Takde beza jadi pemuda di Kerajaan ataupun Pembangkang
Indonesia

@AzriAbdullah22 Kahkahkah dah boleh standby jadi pembangkang balik.. berakhirlah episod suka .
Indonesia

@AzriAbdullah22 Confius sikit. Kalau umno ada jumlah cukup, umno nak persembah pada siapa? Bukan ke puak dorang tak puas hati pasal krisis diraja ni😂.
Indonesia

@HereComeShahrul Rasanya kot rul. Aku sampai baru tau ada Ozil
Indonesia

@ahnewyear19 Boleh agak tapi bila kena still pedih. Hahahaha
Indonesia

@AzriAbdullah22 @nizambakeri Krisis adat ni, yg berada dibelakang tu bukan parti politik. Tapi ada isu lg besar. UMNO guna peluang yg ada. Lagi satu, isu dalaman adat n9 dah lama terjadi, bukan baru. Org hanya tahu selepas isu Undang Rembau, sedangkan ada isu lain lg yg tak terkeluar.
Indonesia

@azliby Tak perlulah bagi tawaran tu YB, lebih baik ke medan pilihanraya. Apa guna lagi kita berkawan dengan musuh dalam selimut?
Indonesia

@M_Amirularif @nizambakeri Tak sangka sampai ke tahap adat depa boleh bongkar demi kuasa
Indonesia

@AzriAbdullah22 @nizambakeri Salah PH, UMNO buat kerja 'belakang tabir' dah lama. Mmg tunggu ruang & peluang yg sesuai. Krisis adat ni cuma bayang utk diaorg jadikan asas.
Indonesia

@taqishokordey Jelujur kasar ke or jelujur halus tu? Hahahaha licik depa ni. Perahu di tangan PH sekarang, nak terus ditipu atau berani ke medan
Indonesia

@AzriAbdullah22 Dah agak dah. Since krisis diraja start memang UMNO duk cucuk jarum.
Indonesia
Azri Abdullah retweetledi







