CMark989(🦄,🦄).lens (L3, ❄️) (🌸,🌿 | ETHGas ⛽ retweetledi

ULANG TAHUN SEMASA RAYA
Setiap kali raya Aidilfitri dan Aidiladha, saya ada 2 ulang tahun yang bermakna:
Aidilfitri setiap tahun - hari kelahiran saya sebab saya dilahirkan 1 Syawal
Aidiladha setiap tahun - hari persahabatan dengan netizen di X yang saya tak pernah jumpa, sebab Aidiladha yang lepas kawan-kawan bertungkus lumus mempertahankan saya, memberi kata-kata semangat hingga saya pun sama-sama tukar profile menjadi character Simpsons.
Sekarang sudah hampir setahun dan semasa Aidiladha nanti, saya akan ingat setiakawan itu.
Bila kita tidak ada wang untuk ditabur, tidak ada kuasa untuk melantik bagi imbuhan, yang kita ada hanyalah idea dari kekuatan iman dan moral kita.
Jika idea dan pandangan itu tidak disampaikan kepada masyarakat, maka niat kita untuk menyumbang membaiki masyarakat tidak ke mana-mana.
Maka kalau pun saya ada sumbangan, ia sangatlah kecil berbanding sumbangan rakyat biasa dan pihak media yang berani menongkah arus memanjangkan pandangan saya kepada masyarakat.
Netizen yang celik - ada moral, tahu yang betul dari salah, bersikap adil dan mengutamakan ilmu - akan mengalahkan 1,000 propaganda yang digerakkan oleh jutaan wang ringgit.
Selamat kembali bekerja!

Indonesia








