
Animasi 17 Saat Teaser Komik Nirnama: Hikayat Pendekar Tanpa Nama 1. Animasi ini diusahakan oleh @StudioMintt pimpinan @aminimint. 17 saat je sebab saya tak banyak duit nak berhabis kat animasi. 🤣 Tapi alhamdulillah, Nirnama sudah berkembang kepada beberapa novel dan sekarang mula melebarkan sayap ke komik bersiri. Komik Nirnama: Hikayat Pendekar Tanpa Nama 1 dilukis oleh Myle Ismail . Saya, Hilal Asyraf, sebagai pemilik Nirnama mengusahakan skrip dan dialognya. Siri komik ini akan mengadaptasi perjalanan cerita dari Novel Nirnama 1. Visinya, akan ada 4 jilid. Jilid satu akan keluar di PBAKL2025, insyaAllah jilid seterusnya 2026 pula. Audiens komik lebih mencapah. Mahu terjemah ke bahasa lain untuk market antarabangsa pun lebih mudah & murah berbanding novel. Jadi saya positif dan terus berimpian. Moga-moga ada rezekinya untuk Nirnama dianimasikan satu hari kelak. Sama ada akan dihadirkan Allah SWT pelabur memberikan modal, atau karya-karya Nirnama jadi laris selaris-larisnya sampai untung berjuta-juta sampai boleh diketepikan sebahagiannya jadi modal animasi. Saya terus berimpian. Saya akan terus berusaha! Mohon doa dan sokongan semua!


















