
MMI
15.1K posts



Hari ini saya turut menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Malaysian Medical Association (MMA) dan Persatuan Perubatan Swasta MMA (PPSMMA), diketuai oleh Presiden Dato’ Dr Kalwinder Singh Khaira dan disertai juga oleh Presiden-elect, Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo, secara maya. Pertemuan ini tertumpu kepada isu semakan fee schedule bagi klinik perubatan swasta (GP) di bawah Jadual Ke-7 Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 2006, satu isu penting yang telah tertangguh lebih 30 tahun. Sebagaimana saya nyatakan pada 9 Jun lalu, cadangan pindaan ini kini dibawa ke peringkat Jawatankuasa Eksekutif yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk penelitian dan keputusan selanjutnya. Insya-Allah, kita akan muktamadkan secepat mungkin demi kepentingan semua pihak. Saya amat menghargai keterbukaan dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh MMA dan PPSMMA dalam perbincangan hari ini. Kita semua berkongsi matlamat yang sama yakni memastikan kelangsungan perkhidmatan primer yang berkualiti, mampu milik, dan berdaya saing demi kesihatan rakyat. 📱Sumber: Media Sosial Rasmi YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja

"Kamu fahamkah apa itu GST? Perkhidmatan cukai menyeluruh — semua orang dikenakan cukai." - PM @anwaribrahim







Jangan bebankan GP, jangan jejaskan pesakit! MMA gesa kerajaan tangguh paparan harga ubat hingga fi konsultasi GP disemak & penjualan Ubat preskripsi dikawal ketat. Pastikan kesihatan rakyat terjamin! bharian.com.my/berita/nasiona…

Parlimen New Zealand digantung sebentar pada Khamis selepas ahli Parlimen dari suku kaum Maori mempersembahkan tarian haka untuk mengganggu undian pada Rang Undang-Undang yang dipertikaikan akan mentafsir semula Perjanjian 184 tahun antara British dan Pribumi Maori. Pertama kali ditandatangani pada tahun 1840 antara pemerintahan diraja British dan lebih daripada 500 ketua Maori, Perjanjian Waitangi meletakkan bagaimana kedua-dua pihak bersetuju untuk memerintah. #SinarHarian #VideoViral #NewZealand
















