Babah Of Six

44.1K posts

Babah Of Six banner
Babah Of Six

Babah Of Six

@SyafiqDacan

Aurat itu cantik. Jadi simpan ia kekal usah kamu tarik ayah/suami/abang ke neraka. An oldschool Father of Six. Kepada Allah Berserah (akaun baru) #YNWA #Hiruk

Johor Bahru, Johor Katılım Mart 2015
296 Takip Edilen271 Takipçiler
Sabitlenmiş Tweet
Babah Of Six
Babah Of Six@SyafiqDacan·
🔴Breaking News: Fabrizio memano also been notify. Im officially Babah of Six today at 12.20am. Baby boy @ 2.8kg just landed for medical. Hes a Red, and understand the baby only want me. Contract until Jannah no problem for both side. Here We Go
Babah Of Six tweet media
English
6
1
9
1.3K
Babah Of Six
Babah Of Six@SyafiqDacan·
Meh la tokmin. Masuk sini jela. Linggi dihantor nya. Linggi ni Umno tak pernah kalah dah 40 tahun kot. Sikamat tu 4 penggal dah tokmin pegang. Haha
Babah Of Six tweet media
Indonesia
1
2
2
93
Babah Of Six retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
HQ @partibersamamy dijangka siap minggu ini. Esok, Insya-Allah saya umumkan program pertama di sini. Terima kasih kepada semua ahli BERSAMA dan rakyat yang menyumbang. RM10 RM20 anda membantu parti baru ini bertapak.
Rafizi Ramli tweet media
Indonesia
43
180
909
53.1K
Babah Of Six
Babah Of Six@SyafiqDacan·
@fitriiiiiimn Yep. Tengah pening kwn tu. Kalau menang, bubar nanti tak boleh join(akta lompat). Kalau kalah senang la. Tenguklah 1 Ogos nanti
Indonesia
0
0
0
468
Fitri Mn
Fitri Mn@fitriiiiiimn·
@SyafiqDacan Nismilan ni leader dia tok min. Rasanya rafizi pun tahu tok min ni bukan ceplos. Tok min ni kawan baik rafizi jugak. Takde masalah pun kalau Bersama taknak masuk nismilan ni. Rafizi ni pun bukannya kejam sangat nak tengok tok min jatuh tersungkur.
Indonesia
1
0
3
660
Babah Of Six
Babah Of Six@SyafiqDacan·
Bersama ni kalau skip N9, Go on BN kalahkan PH & Menang di Melaka dan tarik sokongan akhir tahun ni. Zahid hamidi naik jadi PM senang sikit buat kerja lagi 5 tahun. Kenapa perlu korbankan Negara 5 tahun lagi? Hmm Apa terma "korbankan" Korang tu? PH sendiri 2x5 dengan BN "Baru". Bagi je wake up call pada PH & DAP yang dah selesa & angkuh sangat tu. Ni sesilap kalau Bersatu retak, midin masuk umno jemin masuk pkr balik 😂 Ikut aku masuk je Nismilan tu jangan skip. Tapi yelah dah arahan atasan. Takut pecah undi PH katanya. Aku harap ada uturn last corner. Permas ready je. Tapi kalau kekal skip, it is what it is. Melaka kamu tunggu branding kami sampai. Bersamau Melakau 😂
Babah Of Six tweet media
Indonesia
8
11
59
7.4K
ZarulGTI666
ZarulGTI666@ZARUL_GTI·
@SyafiqDacan Bole je masuk,tp kena 1-3 kerusi je.. sbb kancil tak bole lompat, nak kena Kancil Besar menang PRU16, dapat 12-20 seat, automatically lps ni DUN ada PRN bole menang, sbb cop mohor da ada kat Parlimen
Indonesia
1
0
1
579
Babah Of Six
Babah Of Six@SyafiqDacan·
Adeh skip pulak. Hmm payah kalau garuda pun dah dipengaruhi politik
GIF
Indonesia
0
0
1
38
Shegun 🌪️🌟
Shegun 🌪️🌟@ShegunTweets·
the answer was right there in the question
English
370
2.2K
89.4K
2.4M
Babah Of Six
Babah Of Six@SyafiqDacan·
@rafiziramli Jangan skip N9! Jalan terus saudara! Kalau risau kacau undi PH kita lanyak tempat BN. Apadahal. Team permas sedia membantu!
GIF
Indonesia
0
0
1
67
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
Keputusan ini bukan penamat. Ia adalah permulaan. Kami sedar perjalanan ini tidak akan mudah. Kami tahu membina sebuah gerakan politik yang benar-benar mengembalikan kuasa kepada rakyat tidak akan berlaku dalam masa 50 hari. Namun, kami tetap melangkah, dan anda melangkah bersama kami. Terima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada BERSAMA. Kepada mereka yang mengundi sebuah parti yang baru berusia 50 hari, kepada para sukarelawan yang mengorbankan masa dan tenaga, kepada penyumbang yang percaya pada perjuangan ini, dan kepada semua yang mendoakan kami - terima kasih. Setiap undi, setiap perbualan, setiap teguran, dan setiap sokongan adalah amanah yang kami bawa ke hadapan. Kami menerima segala pengajaran dengan hati yang terbuka. Kami akan terus belajar, memperbaiki kelemahan, dan bekerja lebih kuat. Kerana perjuangan ini tidak pernah hanya tentang satu pilihan raya. Ia adalah perjalanan yang panjang untuk membina politik yang lebih jujur, lebih dekat dengan rakyat, dan benar-benar milik rakyat. Benih itu telah ditanam. Kini, tiba masanya kita memupuknya bersama. Perjalanan BERSAMA baru sahaja bermula.
Indonesia
90
322
1.1K
106.4K
Babah Of Six
Babah Of Six@SyafiqDacan·
@syareez Awat tak kabo. Nanti ada ada buat sesi potluck sikit meh datang weekdays malam ni
Indonesia
1
0
0
60
syz
syz@syareez·
@SyafiqDacan saya yang dekat kereta tu beg bersilang
Indonesia
1
0
0
316
Babah Of Six
Babah Of Six@SyafiqDacan·
Ranking Jumlah Undi Bersama 1. Permas: 3,147 2. Larkin: 2,737 3. Mahkota: 2,711 4. Puteri Wangsa: 2,332 5. Tiram: 2,229 6. Johor Jaya: 2,051 7. Skudai: 1,985 8. Senai: 1,818 9. Kota Iskandar: 1,668 10. Bukit Batu: 1,566 11. Bukit Permai: 1,494 12. Stulang: 1,372 13. Kempas: 1,380 14. Perling: 1,251 15. Bukit Naning: 138 Welldone Team Permas. Thank you Jentera
Babah Of Six tweet media
Indonesia
18
82
386
19K
Babah Of Six retweetledi
Budak Felda
Budak Felda@aku_anak_felda·
Terima Kasih 28,816 Pengundi BERSAMA! Ada yang gembira. Ada yang kecewa. Ada yang menghina. Dan ada juga yang bersyukur. Dalam pertarungan demokrasi yang kita semua dah saksikan semalam, secara jujurnya aku tergolong dalam golongan yang bersyukur. Aku ni memang jenis yang suka tengok satu benda tu daripada angle yang berbeza. Aku lebih suka pandang dari angle yang positif. Dan sejujurnya, aku sangat embrace serta menikmati perjalanan kapal kecil yang baru berlayar ni. In my humble opinion, pada peringkat awal ni aku tak pedulik pasal jumlah sangat. Apa yang aku tuntut cuma satu - BERSAMA do the right thing from the beginning. Banyak sifir yang dibawa oleh Parti BERSAMA sangat selari dengan prinsip asas hidup aku. Salah satu prinsip itu ialah, tak kemaruk nak pilih jalan yang mudah. Bila kau buat benda yang betul dan cakap benda yang betul, lagi-lagi untuk sebuah parti yang baru berusia 50 hari, memang takkan ada hasil dalam masa yang singkat. Kita bukannya bodoh. Kita sedar jalan kat depan ni sangat panjang, sangat melelahkan, penuh ranjau dan berduri2. Sebelum buat keputusan untuk masuk dalam kapal ni pun, kita dah tahu risiko dan harga yang perlu dibayar. Tapi kita tetap pilih jalan ni. Pasaipa? Sebab kita yakin kita sedang berdiri di atas jalan yang betul. Aku memang tak puas hati gilababi la bila ada orang kata apa yang BERSAMA bawakan ni terlalu idealistik. "Kat Malaysia ni Bro, kalau nak berpolitik, kena ikut old fashion method. Kita kena kompromi semaksima yang boleh, diplomasi melampau, jual prinsip, berpusing2 di grey area, dan cakap depan lain, belakang lain." Konsep macam ni dah lama disumbat dalam kepala aku ni. "Alah.. Biasalah Bro... kalau nak main politik, memang macam ni." - ujar mereka. Dari dulu lagi kepala hotak aku ni tertanya-tanya, Takkan la benda ni langsung tak boleh diubah? Manusialah yang telah cipta persepsi bangang ni, takkan la manusia sendiri tak boleh nak ubahnya? Takkan tak ada langsung sesiapa yang ada willingness untuk ubah budaya pemikiran politik bodoh macam ni? Tengah aku kompius pikir, tetiba datanglah Parti BERSAMA yang bawak sinar kepada orang macam aku. Aku suka bila BERSAMA tell a spade a spade kepada rakyat. Kalau kau tak suka, aku tak boleh buat apa. Tapi kebenarannya memang begini. Aku cuma bagitahu keadaan sebenar, dan aku offer solusi. Kalau kau tak nak, aku tak boleh paksa. Lepastu, kita tak pilih jalan untuk instant glory. Kita pun tak tunggang populariti sesiapa. Kita ketengahkan calon-calon yang muka diorang pun orang tak kenal, tak popular di akhbar dan kaca TV. Apasal? Sebab kita cuba do the right thing dari awal. Kita nak buat benda yang betul. Kita tak nak bakat-bakat yang ada ni habis masa berpolitik sampai kebajikan rakyat entah ke mana. Macam yang banyak berlaku sekarang. Macam selalu yang Raf bagitahu: "Ada Anwar cakap pasal isu ni? Ada DAP cakap? Diorang tak nak cakap benda-benda macam ni. Biarlah tanggungjawab ni dipikul oleh BERSAMA." So, ada baiknya kita ambil rakyat marhaen yang benar-benar ikhlas nak buat kerja. Yang peka dengan masyarakat sekeliling. Yang faham denyut nadi rakyat. Ye betul, mungkin calon-calon ni tak pandai sangat nak berpolitik. Tapi diorang ni bawak satu perkara yang sangat penting. Vision Yang Jelas. Sangat jelas. Calon-calon yang diketengahkan ni memang masih "kain putih". Tapi diorang berani melangkah ke depan untuk gift something kepada society. Kekadang aku terfikir... Kalau parti baru yang lain la kan, maybe dah lama diorang sunting Marina Ibrahim untuk dijadikan pemberat undi di Skudai. Lagipun, secara zahirnya, prinsip beliau nampak hampir sama dengan kita. Tapi, pucuk pimpinan BERSAMA ni memang lain breed. Fighter. Diorang pilih jalan yang jauh lebih susah. Diorang lebih rela mengetengahkan orang biasa yang berani tampil ke depan. Orang biasa yang memang layak berdasarkan merit dan portfolio mereka. So.. Kita yang pilih jalan ni. Kita start again dari bawah. Jalan susah. No shortcut. No cable. Tour satu Malaysia. Berkempen atas lori kat Johor. Pasaipa ntah.. Aku rasa semua ni benar-benar mengingatkan aku kepada our very good old days. Aku sangat suka konsep BERSAMA yang lebih memikirkan pasal future anak cucu kita daripada kepentingan diri sendiri. Benda ni sangat dekat dengan jiwa aku. Konsepnya mudah, terpakai untuk semua hidupan termasuk haiwan di seluruh dunia pun iaitu: Biar aku susah, janji anak cucu aku senang. Biar aku lapar sekarang, janji anak aku kenyang. Biar aku berhujan jadi Rider bawak Grab, janji anak aku cukup makan dan boleh hidup selesa. Kita sentiasa cuba melahirkan generasi yang lebih baik, lebih baik dan lebih baik. So, biar aku hadap all those bullshit ni. Janji anak cucu aku dapat mewarisi sebuah sistem kepimpinan negara yang jauh lebih baik daripada apa yang kita ada hari ini. Apa? Idealistik? Gi mampus. Aku tak kisah kau nak panggil delulu ke apa. Selepas bertahun-tahun melalui pelbagai siri kekecewaan, cakap tak serupa bikin dan janji yang tinggal janji daripada hampir semua parti di Malaysia, orang macam aku dah makin hilang harapan terhadap politik negara. Semuanya... Cilaka. Babi. Anjing. Macam kita ni betul-betul bodoh dan senang sangat nak digula-gulakan. Tiba-tiba datang Parti BERSAMA menawarkan rumah baru kepada orang macam aku. Dan aku sangat happy. Sebab hakikatnya, aku dah lama tak ada rumah. Rumah lama yang aku pernah ada dah tak lagi terasa seperti rumah. Sekarang aku dah jumpa rumah baru untuk berteduh. Aku tak kisah penghuninya ramai atau tak. Yang penting, aku bersyukur sebab akhirnya masih ada manusia yang berkongsi prinsip yang sama dengan aku. Rumah ini... Represent diri aku. Sebab itu aku sangat bersyukur apabila di 15 DUN di Johor, masih ada 28,816 orang yang sama macam aku. Bagi aku, itu angka yang sangat besar untuk permulaan sebuah perubahan. Kalau ikut peratus pengundi yang keluar mengundi tadi, BERSAMA memperoleh 1.58%. Dan kalau peratus yang sama digunakan ke atas jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di Malaysia, sekitar 21.2 juta orang, secara anggaran kasar kita mungkin bercakap tentang hampir 300,000 orang yang berada di atas kapal yang sama. Ya Tuhan... Ramainya. "Eh Bro... parti lain lagi ramai la. Berpuluh kali ganda. Silap-silap berjuta-juta penyokong." Eh... Pergi matila. Pedulik pulak aku pasal parti lain. Aku tengah embrace dan bersyukur dengan hakikat bahawa ada lebih kurang 300 ribu orang yang berkongsi pemikiran dan prinsip yang sama dengan aku. Bagi aku itu ramai. Dan aku berharap jumlah itu akan terus berkembang dari semasa ke semasa. So hari ni, aku cuma nak memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana menghadiahkan satu nombor yang jelas. Ianya adalah satu asas yang nyata. Dan satu komuniti yang besar bagi sebuah parti baru bernama BERSAMA. Lots of kerja keras masih diperlukan untuk kita sampai ke puncak. Ingat lima aku janji yang dah dimeterai. Maybe kalau kita konsisten buat macam gaya Rafizi di Pandan, bukak pusat khidmat, bukak kaunter aduan, turun padang dan benar-benar cuba untuk menyelesaikan masalah rakyat, InsyaAllah PRU 2032 nanti akan membawa perubahan besar kepada landskap politik negara, selaras dengan trajektori yang pernah dikemukakan oleh Rafizi sendiri. Tahniah, BERSAMA. Aku bangga menjadi sebahagian daripada kalian. Time will tell everything. Just do the right thing. The reward will come later. InsyaAllah. @partibersamamy @rafiziramli
Budak Felda tweet media
Indonesia
28
97
383
6.4K
Babah Of Six
Babah Of Six@SyafiqDacan·
"Kacau" Haha. What they expect bila kau rigged pemilihan yang lepas. Oh nevermind we still with PH yada yada? Please Bersama jangan back off skip N9 and go for Melaka atas nasihat disana takut pecah kan undi PH. Just enter N9 and give em hell. PH kan dah kuat, nak takut apa dgn kancil. Just enter N9 @rafiziramli
Nizam, CFP, IFP@nizamiks

Bersama berjaya kacau PH punya vote. Slight difference. If only RR masih dalam PH probably this will be different.

Indonesia
5
15
59
5.3K
DizzyingHeights
DizzyingHeights@mageisbored·
@rafiziramli Selama nie your fanatics keep yapping that sebab you la PH menang, data la, formula la, tak habis2 mengarut. Skrang kalah teruk sampai hilang deposit kat semua kerusi. At least lps nie jgn terhegeh-hegeh nk create fake narrative la ye.
Indonesia
12
0
9
4.9K
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026 Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini. Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan bagi semua kerusi, Bilik Kempen BERSAMA telah mendapat sebahagian dari Borang 14 di saluran-saluran 15 kerusi yang kami bertanding. Ada juga kerusi-kerusi yang keputusan tidak rasmi telah dilaporkan oleh media. Maklumat setakat ini menunjukkan calon-calon BERSAMA mendapat secara purata antara 3-6% undi. Ini bermakna kesemua calon BERSAMA hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5%. Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15% undi. Analisa awal menunjukkan ada peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum. Semua calon dari parti-parti lain, baik PH, PN, BERSAMA atau MUDA terkesan dengan peralihan undi ini. Di pihak BERSAMA, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambahbaik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BERSAMA dalam usia parti ini yang begitu muda. Penghargaan tertinggi adalah kepada calon-calon, ahli-ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA yang setia membantu kempen PRN Johor 2026. Satu majlis penghargaan ringkas dan sederhana akan diadakan di ibu pejabat baru BERSAMA dalam tempoh terdekat, setelah ia siap untuk digunakan dalam dua minggu. Walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada BERSAMA, pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari ini. Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan mendoakan rakyat Malaysia terbuka untuk menerima BERSAMA satu hari nanti. Rafizi Ramli 11 Julai 2026
Rafizi Ramli tweet mediaRafizi Ramli tweet mediaRafizi Ramli tweet media
Indonesia
169
536
2.4K
445K