Mathew Achari
21.3K posts



PEMANDU CAMNI TAK LEH CAJ CUBAAN MEMBUNUH???? Caj bawah APJ lemah dan tidak menginsafkan.......kita bercakap pasal soal nyawa di sini.... Petikan laporan Harian Metro Perodua Myvi lawan arus sebabkan kemalangan Oleh Omar Ahmad Johor Bahru: Perodua Myvi yang dipandu memandu lawan arus di Kilometer 2.6 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di sini, tengah malam tadi mengakibatkan empat lagi kenderaan kemalangan. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku pada 12.30 malam apabila kereta dipandu lelaki 20 tahun itu berada di lorong kanan secara melawan arus. Katanya, pacuan empat roda Mitsubishi Triton dipandu lelaki berumur 40 tahun dari arah utara yang menghala ke pusat bandar, cuba mengelak kereta itu yang mengakibatkannya terbalik di tengah jalan. "Selepas itu, kereta Honda City, Toyota Vios dan Audi A3 yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak serta melanggar dua kenderaan terbabit. "Pelanggaran menyebabkan pemandu Perodua Myvi parah dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurut Raub, pemandu dan penumpang kenderaan lain hanya mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Ennada periya coldplay concert.. ava enna enna thedi vanthu anjalai live ah vibe panni feel pannirikiya.. anthu lyrics straight ah unnode nenji kulle kuttam.. anthu sugamana vaali feel pannirikiyaaa solluda sollu.. 😂😂





