
Colin Charles
67.9K posts

Colin Charles
@bytebot
Applied AI, open source, databases & infrastructure, remote. itinerant businessperson. globalist.


Or… what if we gave you $100 in Codex credits if you tell us what you love about GPT-5.6 Sol or why you switched? Tweet it, claim your gift, enjoy more usage. First 10k get the free tokens! switch-to-codex.openai.chatgpt.site


Malaysia says residents at tech commune run by ex-Coinbase exec have valid travel documents reut.rs/4ynQXgy reut.rs/4ynQXgy




coding with Cursor in a café. he’s gmi.








KENYATAAN MEDIA ISU NETWORK SCHOOL DI FOREST CITY 1. Kerajaan Negeri Johor mengambil maklum dan memandang serius kebimbangan rakyat berhubung operasi Network School di Forest City, termasuk dakwaan terdapat warga Israel yang menyertai program tersebut menggunakan pasport negara kedua. 2. Saya menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Johor tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan negeri ini sebagai tapak untuk membawa ideologi atau gerakan yang bercanggah dengan undang-undang, kedaulatan dan kepentingan Johor serta Malaysia. 3. Oleh itu, Kerajaan Negeri meminta agar Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan agensi keselamatan berkaitan menjalankan semakan serta siasatan menyeluruh terhadap: i. identiti dan kewarganegaraan individu terlibat; ii. dokumen perjalanan dan penggunaan pasport kedua; iii. jenis pas serta tujuan kemasukan ke Malaysia; dan iv. keselarasan antara tujuan kemasukan dengan aktiviti sebenar yang dijalankan. 4. Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Digital dan agensi kawal selia berkaitan turut telah diminta menentukan status sebenar operasi Network School serta sama ada program yang dijalankan memerlukan pendaftaran atau kelulusan di bawah undang-undang negara. 5. Di peringkat negeri, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor serta agensi-agensi berkaitan akan menyemak semula semua aspek pematuhan yang berada di bawah bidang kuasa masing-masing, termasuk pematuhan terhadap syarat lesen premis, penggunaan bangunan, syarat nyata dan syarat khas tanah, penginapan, aktiviti perniagaan serta apa-apa keperluan perundangan atau peraturan lain yang berkuat kuasa. 6. Sekiranya siasatan mendapati wujud pelanggaran undang-undang, penyalahgunaan pas, pelanggaran syarat lesen atau syarat tanah, atau sebarang unsur yang boleh menjejaskan kepentingan negeri serta keselamatan negara, Kerajaan Negeri menggesa agar tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa tanpa sebarang kompromi. 7. Kerajaan Negeri akan terus bertindak secara bertanggungjawab serta berlandaskan undang-undang demi melindungi kepentingan negeri dan mempertahankan kedaulatan negara. DATO’ ONN HAFIZ GHAZI Menteri Besar Johor












