Sabitlenmiş Tweet
haryani mohd saleh
110.1K posts

haryani mohd saleh
@haryanimsl
une fille pétillante simple qui rêve de conquérir le monde
Kuala Lumpur , Malaysia Katılım Mart 2010
2.3K Takip Edilen2.6K Takipçiler
haryani mohd saleh retweetledi

Salam Semarak Subuh ❤️💙
Menjunjung Kasih @HRHJohorII 🙏
Semoga dipermudahkan segala urusan.



Indonesia
haryani mohd saleh retweetledi

Syukur Alhamdulillah, Johor terus melangkah ke hadapan sebagai destinasi utama industri berteknologi tinggi apabila menerima pelaburan strategik bernilai RM900 juta daripada Longda Group, syarikat berteknologi tinggi dalam rantaian bekalan global industri aeroangkasa, tenaga dan kejuruteraan berat, yang dijangka mewujudkan lebih 300 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, khususnya kepada anak muda Johor.
Semasa lawatan kerja saya ke China sebelum ini, saya dan delegasi berkesempatan meninjau sendiri operasi Jiangsu Longda Superalloy. Susulan itu, dalam pertemuan rasmi yang diketuai oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mr. Pu Yilong, perbincangan tertumpu kepada perkembangan pelaksanaan projek di Johor termasuk garis masa pembangunan, pematuhan piawaian teknikal serta pelan pengembangan operasi bagi jangka sederhana dan panjang.
Longda memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan aeroangkasa global dengan membekalkan superalloys berketulenan tinggi bagi komponen “hot-section” enjin pesawat untuk kegunaan komersial dan pertahanan. Keupayaan ini disokong oleh ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang komprehensif termasuk institut aloi suhu tinggi, pusat teknologi serta pangkalan penyelidikan pasca-doktoral, sekali gus membuka ruang pemindahan teknologi dan kepakaran kepada tenaga kerja tempatan.
Projek ini turut memberi penekanan serius kepada pembangunan modal insan melalui kerjasama strategik bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), melibatkan pemilihan 30 graduan tempatan untuk menjalani latihan industri di ibu pejabat Singda di China dengan kumpulan pertama seramai tujuh graduan dijadualkan berlepas pada 2 Mac dan satu lagi pengambilan seramai 30 graduan pada tahun hadapan bagi membina bakat Johor dalam bidang teknologi aloi berprestasi tinggi.
Terima kasih saya ucapkan kepada Longda Group atas keyakinan dan komitmen untuk memilih Johor sebagai destinasi pelaburan strategik mereka. Semoga kerjasama ini akan terus diperkukuh sekali gus memberi peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada anak Johor dan pembangunan bakat tempatan secara mampan. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JSSEZ #JTDC #IMFCJ
Indonesia

@GrabMY nearly one week plus of high fare? No one from the government is looking into this @anthonyloke @anwaribrahim

English

@AmanahIkhtiar nk tanya @MyMaybank hold paymnt ke.. rata2 dah tingga minggu tak masuk lagi…
Indonesia
haryani mohd saleh retweetledi
haryani mohd saleh retweetledi
haryani mohd saleh retweetledi

Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang hadir menyempurnakan penyerahan Hak Milik Tapak Rumah Kediaman kepada Generasi Kedua FELDA Tenggaroh 2 dan 6 di Dewan Terbuka FELDA Tenggaroh 6.
Inilah detik bermakna buat ratusan keluarga peneroka yang sekian lama menanti hak mereka. FELDA bukan sekadar tanah rancangan, tetapi rumah impian keluarga yang akhirnya akan membina masa depan anak bangsa. Di Johor, seramai 391 anak FELDA telah diraikan melalui penyerahan geran ini. Ini adalah bukti bahawa Kerajaan Negeri sentiasa bersama komuniti FELDA.
Bagi komuniti FELDA, tanah rancangan bukan sekadar ladang atau penempatan, tetapi simbol harapan dan perjuangan. Dengan penyerahan hak milik ini, generasi baharu kini memiliki kepastian untuk membina masa depan lebih terjamin. Ia adalah bukti bahawa Kerajaan Negeri sentiasa konsisten bersama warga FELDA, memperjuangkan hak mereka yang diwarisi daripada pengorbanan generasi terdahulu.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah menyalurkan RM4.6 juta kepada pelbagai badan FELDA termasuk JKKR, MBFM, GPW, masjid, surau serta bantuan bakul makanan. Insya-Allah, manfaat ini akan memberi kesan langsung kepada lebih 27,000 peneroka FELDA di seluruh Johor, membuktikan FELDA terus menjadi nadi kekuatan negeri.
Semoga segala usaha dan perancangan berfokus ini membuktikan bahawa komuniti FELDA tidak pernah dipinggirkan, malah sentiasa menjadi keutamaan dan ‘anak emas’ Kerajaan Negeri dalam menjayakan visi Johor yang lebih makmur, maju dan sejahtera. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #FELDAJohor #MuafakatFELDA #SegalanyaFELDA




Indonesia
haryani mohd saleh retweetledi

Syukur Alhamdulillah, saya gembira dapat hadir ke Majlis Perasmian Festival Hari Orang Asli Negeri Johor 2025 di Kluang. Festival ini bukan sahaja sebuah acara kebudayaan, tetapi bukti pengiktirafan terhadap warisan, identiti, dan kekuatan komuniti Orang Asli yang menjadi sebahagian daripada keluarga besar Bangsa Johor.
Di Johor, terdapat seramai 18,283 masyarakat Orang Asli di 60 buah kampung, terdiri daripada lima etnik utama iaitu Jakun, Seletar, Orang Kuala, Temuan dan Kanaq. Keunikan budaya, bahasa dan seni mereka adalah khazanah berharga yang wajib dipelihara dan diperkenalkan kepada masyarakat umum.
Kerajaan Negeri komited dalam menjaga kebajikan komuniti Orang Asli dengan menyalurkan peruntukan berjumlah RM3.87 juta, yang merangkumi 9 inisiatif. Antaranya termasuklah:
1. RM1 juta bagi Bantuan Tunai One-Off sebanyak RM200 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli di Negeri Johor;
2. RM529.3 ribu bagi Bakul Makanan bernilai RM100 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli Negeri Johor;
3. RM182.5 ribu bagi Bantuan Laptop kepada 73 Pelajar Universiti Orang Asli;
4. RM600 ribu bagi geran khas untuk kos pengurusan dan program Kampung Orang Asli;
5. RM735 ribu bagi naik taraf dan baik pulih 17 dewan dan 32 balai raya dengan setiap lokasi menerima RM15 ribu;
6. RM370 bagi sumbangan kepada masjid dan surau;
7. RM440 ribu bagi naik taraf kemudahan & peralatan sukan;
8. RM13.8 ribu bagi bantuan tunai one-off RM300 kepada 46 Tok Batin Negeri Johor;
9. Penubuhan Jawatankuasa Khas Pembangunan Komuniti Orang Asli Johor.
Pada masa yang sama, saya turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang SPM dan STPM tahun 2024 dari komuniti Orang Asli. Kejayaan mereka adalah bukti bahawa anak-anak Orang Asli mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, serta bersaing dan berjaya dalam bidang akademik apabila diberi peluang dan sokongan sewajarnya.
Semoga Festival Hari Orang Asli Negeri Johor 2025 menjadi titik tolak transformasi komuniti ini, bukan sahaja sebagai pewaris warisan, tetapi juga sebagai pencorak masa depan negeri. Insya-Allah, bersama-sama kita akan membina sebuah Johor yang lebih makmur, bersatu, dan maju menjelang 2030.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




Indonesia

@AmanahIkhtiar Ye, penat bjuang.. bila tak pinjam percentage pusat menurun.. bila meminjam pinjaman lambat masu. Dr 10 hari bekerja dahulu skrg 16 hri bkerja belum tentu… AIM ada masalah fund ke?
Indonesia

Mereka berjuang tanpa henti — demi sesuap nasi, demi masa depan anak-anak, demi sebuah negara yang sejahtera. 🇲🇾❤️
Inilah Jiwa Merdeka.
Inilah semangat Sahabat Usahawan AIM.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani

Indonesia

@AmanahIkhtiar semangat mcm nk ilang dah .. dulu dlm 10 hari bekerja dah lulus pinjaman skrg dikatakn 16 hari bkerja… hmmm.. bayaran balik kene on time.. tp pinjaman masuk tak pulak on time.. tunggu dh habis pinjaman baru boleh apply baru..bkn boleh overlap sesuka hati..
Amanah Ikhtiar Malaysia@AmanahIkhtiar
Mereka berjuang tanpa henti — demi sesuap nasi, demi masa depan anak-anak, demi sebuah negara yang sejahtera. 🇲🇾❤️ Inilah Jiwa Merdeka. Inilah semangat Sahabat Usahawan AIM. #AmanahIkhtiarMalaysia #SahabatUsahawanAIM #MalaysiaMadani
Indonesia
haryani mohd saleh retweetledi

Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi Semua! 😊
Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa didalam rahmat dan lindungan Allah SWT.
#semaraksubuhjohor

Indonesia
haryani mohd saleh retweetledi

Kepada Allah Kita Berserah
لاحول ولا قوة إلا بالله
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang menunaikan solat Subuh berjemaah di Surau As-Sholawatil Hikmah, Desa Mutiara, disusuli tazkirah oleh Tuan Haji Suhaimi bin Rebu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JAINJ.
Dalam tazkirah tersebut, beliau berkongsi peristiwa yang sarat dengan pengajaran besar tentang Saidina Ali bin Abi Talib RA. Dalam keadaan hidup yang amat sempit, beliau sanggup menjual bajunya demi memberi makan kepada keluarga tercinta. Namun, apabila bertemu dengan seorang fakir miskin yang kelaparan, Saidina Ali tetap menyerahkan seluruh 6 dirham yang ada padanya dengan penuh keyakinan terhadap janji Allah SWT.
Keyakinan itu dibalas oleh Allah dengan rezeki yang berlipat ganda, membuktikan bahawa pengorbanan ikhlas tidak pernah sia-sia di sisi-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Semoga kita semua, sebagai Bangsa Johor, diberikan kekuatan untuk menjadikan amalan infaq dan sedekah ini sebagai budaya hidup. Bukan hanya ketika kita berada dalam kelapangan, tetapi juga sewaktu kita diuji dengan kesempitan. Apa jua yang kita keluarkan kerana Allah SWT, akan diganti dengan yang lebih baik. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #SemarakSubuhJohor #GengSubuhMacamJumaat #RapatkanSaf




Indonesia
haryani mohd saleh retweetledi

Syukur Alhamdulillah. Johor sekali lagi membuktikan kemampuannya sebagai jantung ekonomi negara apabila merekodkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Jun 2025, dengan nilai sebanyak RM56.0 bilion.
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang sentiasa memberi sokongan, nasihat dan panduan dalam memastikan Johor kekal fokus terhadap pembangunan ekonomi demi kemajuan negeri dan Bangsa Johor.
Dengan pencapaian konsisten dua suku tahun berturut-turut, saya yakin Johor berada di landasan kukuh menuju sasaran bersejarah pelaburan tahun ini. Suka untuk saya kongsikan bahawa segala pencapaian ini bukan kebetulan. Ia lahir daripada kesungguhan dan iltizam seluruh pasukan pentadbiran negeri dengan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan.
Lebih daripada sekadar angka, kejayaan ini juga adalah manifestasi kesungguhan Johor memastikan setiap pelaburan dipulangkan kembali kepada rakyat melalui peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, peningkatan pemindahan teknologi dan kepakaran serta limpahan ekonomi kepada komuniti tempatan.
Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) menyerlahkan lagi keupayaan Johor sebagai hab ekonomi serantau yang berfokus kepada pelaburan berkualiti tinggi, teknologi maju dan industri masa depan. Saya positif ini adalah permulaan yang akan membuka lebih banyak ruang kejayaan untuk Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada barisan Exco Kerajaan Negeri, MIDA, MITI, Kementerian Ekonomi, IRDA, Invest Johor, serta agensi-agensi strategik yang sentiasa menjadi rakan pelaksana dalam menjayakan agenda pembangunan Johor. Semoga momentum ini terus diperkasa demi kemakmuran Johor dan kesejahteraan seluruh rakyatnya. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #JSSEZ


Indonesia

Open order utk HARI INI dan HARI- HARI ..
🥟 Steamed
🥟 Pan-Fried
🥟 Deep-Fried
🥟 Frozen
Siap masak kalau nak campur pun boleh. Ada stim/ goreng and pan fried !
Whatsapp Cik Teepah ye 0132233662
#dumplings #dumplingayam #DumplingIpoh #ipohfoodie #makanipoh

Indonesia
haryani mohd saleh retweetledi

Detik bersejarah bagi TLDM dirakam apabila DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor berkenan menamakan kapal LCS 2 sebagai RAJA MUDA NALA.
Menjunjung kasih, Tuanku.
#NavyUpdate
#LCS2
#15to5
Indonesia
haryani mohd saleh retweetledi

The panic about tariffs has given way to cautious optimism. But Trumponomics 2.0 will erode the foundations of America’s prosperity econ.st/4lwVB4F

English

🥟 Craving dumplings? Get 21 pcs for just RM24!
✔ Steamed
✔ Pan-Fried
✔ Deep-Fried
So worth it! 😍
📲 WhatsApp to order: 013-2233662
#dumplingipoh #ipohfoodie #makanipoh #steameddumplings #dimsumlovers #tiktokmakan #malaysiafood #supportlocal #orderonline #fyp


English





