Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾
19.8K posts

Juwairiya Zulkifli 🇲🇾
@juezulkifli
▫️Pegawai Penyelaras DUN Hulu Kelang▫️Timb Ketua Wanita Keadilan Pusat ▫️Timb Pengerusi LPPKN
Hulu Kelang Katılım Kasım 2010
991 Takip Edilen13.4K Takipçiler
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi

Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi

Konflik di Asia Barat yang berlarutan kini mula memberi kesan nyata kepada rantaian bekalan global, khususnya tenaga. Walaupun Malaysia masih bertahan berbanding negara lain, hakikatnya kita sedang berdepan satu fasa baharu yang amat mencabar.
Situasi ketika ini bukan lagi keadaan seperti biasa. It is no longer business as usual.
Kerajaan telah bertindak awal untuk memastikan bekalan tenaga terjamin, ekonomi kekal stabil, dan kebajikan rakyat terus dilindungi. Antara langkah yang dilaksanakan:
🧭 Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersidang lebih kerap dengan penglibatan wakil industri, nelayan, petani dan sektor berkaitan bagi merangka tindakan susulan
💰 Pembatalan rumah terbuka Aidilfitri peringkat Persekutuan sebagai langkah penjimatan
⛽️ Penyelarasan kuota BUDI95 kepada 200 liter sebulan sebagai langkah sementara
🚫 Penguatkuasaan had pengisian diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan
💻 Pelaksanaan dasar Bekerja dari Rumah (BDR) bermula 15 April bagi mengurangkan penggunaan bahan api
Dalam masa yang sama, Kerajaan telah bertindak menampan impak krisis tenaga global menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat, dengan perbelanjaan mencecah RM4 bilion setakat ini. Hasilnya, rakyat terus menikmati harga RON95 pada RM1.99 seliter, manakala sektor perniagaan, nelayan dan golongan yang layak terus menerima subsidi diesel.
Usaha juga sedang dipergiat untuk mempelbagaikan sumber bekalan tenaga negara bagi menjamin kesinambungan bekalan dalam jangka panjang.
Namun di saat negara berhempas pulas berdepan krisis, ada pihak yang menyebarkan berita palsu untuk mencetuskan kekeliruan, semata-mata meraih keuntungan politik murahan dan kelangsungan politik sempit. Tindakan ini adalah pengkhianatan kepada negara.
Dalam saat mencabar ini, negara memerlukan kebijaksanaan, disiplin dan rasa tanggungjawab bersama. Insya-Allah, usaha berterusan ini akan memastikan kestabilan ekonomi, jaminan bekalan tenaga dan kebajikan rakyat terus terpelihara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Indonesia
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan dasar bekerja dari rumah bagi semua Kementerian, agensi, serta badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan bermula 15 April ini.
#AWANInews
#AWANI745
astroawani.com/berita-malaysi…
Indonesia
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi

Laporan Tahunan Bank Negara 2025 yang diterbitkan hari ini memperlihatkan asas ekonomi negara yang kukuh dan berdaya tahan serta tatakelola yang baik.
Ekonomi negara telah berjaya mencatat pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus pada tahun 2025 didokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan. Kadar inflasi pada 1.4 peratus adalah yang terendah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2026 pula diunjurkan berkembang antara 4.0% hingga 5.0%, manakala inflasi keseluruhan pada tahun ini dijangka kekal sederhana dengan diunjurkan sekitar 1.5% hingga 2.5%.
Ini mencerminkan suatu petanda bahawa dasar yang dilaksanakan berada di landasan yang tepat.
Dalam situasi konflik di Asia Barat yang memberi tekanan kepada harga komoditi dan rantaian bekalan, Malaysia tetap menghadapi cabaran global ini dengan kesiapsiagaan yang mapan.
Insya-Allah dengan sistem kewangan yang mempunyai berdaya tahan, kita akan terus mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan melindungi rakyat.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI
Bernama Business@BernamaBiz
Malaysia’s Economy To Grow 4-5 Pct In 2026 Backed By Domestic Resilience bernamabiz.com/news.php?id=25… #BernamaBiz
Indonesia
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi

Tahniah kepada semua anak-anak yang menerima keputusan cemerlang hari ini.
Terus melangkah dengan tekad dan keyakinan untuk melakar kecemerlangan di peringkat lebih tinggi, seterusnya menyumbang kepada pembinaan negara yang berteraskan ilmu, nilai dan keinsanan.
Bagi yang kurang bernasib baik, usah berputus asa. Perjalanan ini masih panjang dan ruang untuk bangkit sentiasa terbuka buat mereka yang terus berusaha tanpa kenal lelah.
Sistem pendidikan negara tersedia untuk menyokong setiap langkah. Masa depan tidak ditentukan oleh satu keputusan, tetapi oleh kesungguhan untuk terus melangkah dan berjaya.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI

Indonesia
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi

JP Morgan menamakan Malaysia sebagai salah satu ekonomi paling kebal di Asia (bersama China) dalam berdepan krisis harga tenaga akibat konflik Asia Barat.
Mengapa Malaysia berbeza?
🛡️ Status sebagai pengeksport tenaga bersih (net energy exporter).
🛡️ Defisit fiskal yang dikawal rapi menerusi dasar kerajaan.
🛡️ Kadar inflasi yang stabil dan terkawal.
Faktor-faktor ini bukan sahaja menjadi penampan kepada pasaran ekuiti tempatan, malah memberi sokongan kukuh kepada mata wang Ringgit di saat negara serantau lain berdepan risiko kemelesetan.
#jpmorgan #malaysia #ekonomimalaysia
Indonesia
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi

Ketegangan akibat konflik AS/Israel –Iran kini mengganggu lalu lintas kapal di Selat Hormuz, antara laluan eksport minyak paling kritikal di dunia.
Jumlah aliran trafik kapal merosot dengan mendadak apabila syarikat perkapalan menangguhkan pelayaran dan syarikat insurans menaikkan premium risiko perang.
Gangguan ini mengetatkan bekalan tenaga global serta mendorong kenaikan kos penghantaran dan harga minyak.
Pada 28 Feb, 2026, iaitu hari serangan pertama dilancarkan ke atas Tehran, sebanyak 105 kapal melalui selat itu berbanding 148 kapal sehari sebelumnya.
Menjelang 6 Mac, jumlah trafik menjunam kepada hanya tujuh kapal.
#KonflikAsiaBarat
#Hormuz
#Iran
#Maritim
#Ekonomi
#GarasiBernama
Indonesia
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi

Usai menunaikan solat tarawih di Surau Madrasah Al Huda, Taman Keramat semalam, saya meluangkan masa moreh bersama rakan-rakan PERPADUAN Hulu Kelang.
Malam yang cukup bermakna sebagai medan silaturrahim dan muafakat, menghimpunkan wakil-wakil KEADILAN, UMNO, Amanah, ahli-ahli majlis serta ketua-ketua kampung. Inilah kekuatan PERPADUAN, duduk semeja, berbincang dengan hati yang terbuka demi kepentingan rakyat.
Saya turut menggesa agar semua untuk menyusun gerak kerja dan memperkemaskan koordinasi antara komponen PERPADUAN, agar kestabilan politik dan pentadbiran terus dipelihara. Dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan ini, semoga semangat perpaduan dan kebersamaan terus menjadi tunjang dalam kita membangun dan menjaga kesejahteraan negeri.
#KitaSelangor
#Gombak
#Ramadan




Indonesia
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi

Two Major Constitutional Reforms tabled Today! 🇲🇾
First: PM term limit 10 years
Today the Government tabled constitutional amendment to limit Prime Minister term limit to only 10 years.
This might be the first among Westminster parliamentary system.
The 10 years limit will enhance democracy in Malaysia. It is stated in 2022 PH Manifesto.
In normal circumstances, it is unlikely for a Prime Minister to limit his own term and power.
It takes a reform minded Kerajaan Perpaduan to deliver this reform. Syabas dan Tahniah 👍

English
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi

Sebanyak RM550,000 bantuan sempena Ramadan disalurkan kepada 45 masjid dan surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Klang.
Penyelaras DUN, Juwairiya Zulkifli @juezulkifli berkata lapan daripadanya masjid, manakala selebihnya surau dan surau solat Jumaat di kawasan berkenaan.
#RamadanSelangor #DUNHuluKlang #BantuanMasjidSurau #SelangorPrihatin #mediaselangor #klik
Indonesia
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi

📌 Ringgit rose to 3.8995 against the US dollar on Wednesday, near an eight-year high
📌 Ringgit melonjak kepada 3.8995 berbanding dolar AS pada Rabu, hampir cecah paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun
@MalaysiaPMO @BNM_official @anwaribrahim
#BernamaBiz #Ringgit

Indonesia
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi

Alhamdulillah, seperti kebiasaan setiap kali menjelang ketibaan bulan mulia Ramadan, saya akan menyempurnakan pengagihan Sumbangan Ihya’ Ramadan kepada masjid dan surau di Parlimen Gombak.
Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadan 2026/1447H telah berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Pada majlis ini, sumbangan disampaikan kepada 137 penerima yang merangkumi masjid, surau Jumaat, surau serta musolla di seluruh Parlimen Gombak.
Alhamdulillah, sejumlah RM1.6 juta diperuntukkan pada Ramadan kali ini bagi menyokong keperluan pengurusan rumah-rumah Allah SWT, khususnya ketika jumlah aktiviti pengimarahan semakin bertambah dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Insya-Allah, sumbangan ini diharapkan dapat membantu memperkukuh pelaksanaan pelbagai program seperti majlis berbuka puasa, sahur, qiamullail dan aktiviti-aktiviti lain demi manfaat jemaah serta komuniti setempat.
#KitaSelangor
#Ramadan
#Gombak




Indonesia
Juwairiya Zulkifli 🇲🇾 retweetledi

Padang Merbok akhirnya dikembalikan kepada pemilik asalnya, rakyat.
• Ogos 2022, ruang awam ini dipagari di bawah pentadbiran Perikatan Nasional terdahulu.
• 14 Januari 2026, pagar itu diturunkan sepenuhnya. Kerajaan MADANI membetulkan apa yg tidak wajar.
#MADANIBekerja




Indonesia









