Zafri Hassan
18K posts




Tempat wuduk Masjid Putra,Putrajaya. Macam ni ke tempat ambik wuduk masjid pusat pentadbiran? Kontraktor cleaner mana? Bahana ada pengurusan masjid yang acuh tak acuh. PMX @anwaribrahim kalau tahu ni memang dia bengang la. Kredit gambar: Shafid Amran










Malaysia Mencatatkan Jumlah Jam Bekerja Yang Agak Tinggi Berbanding 7 Negara Lain Malaysia telah merekodkan purata jam bekerja mingguan yang agak tinggi iaitu sebanyak 44.7 jam bagi setiap pekerja. Angka ini menjadikan Malaysia negara kedua dalam antara 7 negara terpilih dengan Brunei mencatatkan jumlah jam bekerja tertinggi iaitu sekitar 46.3 jam seminggu. Sebaliknya, negara maju seperti Switzerland, United Kingdom & Jerman menunjukkan purata jam bekerja yang lebih rendah, sekitar 33 hingga 35 jam seminggu. Jerman dikenali dengan tahap produktiviti yang sangat tinggi bagi setiap jam bekerja, membolehkan pekerjanya bekerja dalam tempoh yang singkat tetapi tetap menghasilkan output ekonomi yang tinggi Ini menunjukkan bahawa negara membangun, seperti negara di Asia Tenggara, masih mencatatkan jumlah jam bekerja yang lebih panjang berbanding negara-negara di Eropah. Walaupun Malaysia sedang menuju ke arah negara maju, keseimbangan antara masa bekerja dan produktiviti masih menjadi cabaran utama.


















