
Cheng Yam Tan
70 posts















PY.1.1.1 is descended from "FLiRT" variant LF.7.9.1. PY.1.1 added the K679R mutation, then PY.1.1.1 added A435S (same mutation that characterised NB.1.8.1). PY.1.1.1 is presumed to have originated from India, rising sharply to 14% frequency there in June. 🧵


Salam 🇲🇾 Madani ❤️ Saya ingin memaklumkan bahawa kadar konsultasi ILI (Influenza-Like Illness) dan kemasukan kes SARI (Severe Acute Respiratory Infection) menunjukkan peningkatan berterusan pada Minggu Epid 42/2025. 📈 Kadar konsultasi ILI: •ME 41/2025: 9.22% •ME 42/2025: 9.68% ⬆️ 🔹 Perbandingan & trend tahunan: i. Puncak 2022 – 13.48% (ME 29/2022) ii. Puncak 2023 – 8.55% (ME 32/2023) iii. Puncak 2024 – 9.55% (ME 31/2024) iv. Tahun 2025 – kadar ILI kekal stabil antara 6.00 – 6.64% (ME 29–32/2025), namun mula meningkat ketara bermula ME 39 (5.95%) → ME 40 (7.38%) → ME 42 (9.68%). 🏥 Kadar kemasukan kes SARI: •ME 41/2025: 9.63% •ME 42/2025: 10.56% ⬆️ 📌 Situasi Wabak Dilaporkan Sehingga ME 42/2025, sebanyak 747 wabak telah direkodkan — peningkatan 104.7% berbanding tempoh sama tahun 2024 (365 wabak). Bagi minggu semasa (ME 42/2025), 216 wabak dilaporkan, meningkat 6.9% berbanding 202 wabak pada ME 41/2025. 🧪 Survelan Makmal (ILI & SARI) 🦠 Kadar positif influenza: •ME 41/2025: 29.8% •ME 42/2025: 25.0% ⬇️ 🧬 Kadar positif SARS-CoV-2: •ME 41/2025: 0.70% •ME 42/2025: 0.50% ⬇️ 📊 Peratus virus yang dikesan (sehingga ME 42/2025): •🅰️ Influenza A (H3): 23.9% •🅰️ Influenza A (H1N1): 0.9% •🅱️ Influenza B: 0.6% •🧬 Virus SARS-CoV-2: 0.5% 🏠 Pesanan KKM kepada Ibu Bapa & Penjaga: Panduan Penilaian di Rumah (Home Assessment Tool) Sebagai Menteri Kesihatan, saya menyeru agar ibu bapa dan penjaga sentiasa peka terhadap kesihatan anak-anak. Bawa mereka ke hospital atau klinik berdekatan SEGERA jika menunjukkan mana-mana tanda atau gejala berikut: 1️⃣ Anak lemah, lesu atau tidak mahu makan/minum. 😴 Perubahan tingkah laku – terlalu mengantuk, tidak aktif atau merengek tanpa sebab. 2️⃣ Tanda dehidrasi: 👀 Mata cengkung 👅 Mulut/lidah kering 😢 Tiada air mata ketika menangis 🚽 Kencing sedikit atau jarang 3️⃣ Pernafasan laju atau sukar. 😮💨 Nafas berbunyi atau dada kelihatan masuk ke dalam semasa bernafas. 4️⃣ Mengalami sawan. ⚡️ 5️⃣ Bibir atau jari kebiruan. 💙 6️⃣ Demam berpanjangan atau tidak kebah selepas beberapa hari. 🌡️ 🧡 Jangan tunggu. Jika ragu-ragu, segera bawa anak ke fasiliti kesihatan berdekatan untuk penilaian lanjut. Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab terhadap kesihatan rakyat, saya ingin menegaskan bahawa KKM akan terus memantau rapi situasi influenza dan jangkitan pernafasan akut ini, serta memastikan kesiapsiagaan fasiliti kesihatan berada pada tahap terbaik. 🤲🤝✊ Marilah kita sama-sama mengamalkan langkah pencegahan… menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin, menjaga kebersihan tangan, serta mengelakkan tempat sesak (eg malls) apabila tidak sihat. Kesihatan anak-anak dan keluarga adalah tanggungjawab kita bersama. ❤️🇲🇾❤️ #KesiapsiagaanKesihatan #KKM #Influenza #SihatBersama #MalaysiaMADANI





















